Askar AS mengamuk di kota Balad, Haditha http://www.maynetwork.net
BAGHDAD: Tentera Marin Amerika Syarikat berdepan dua dakwaan terbaru membunuh penduduk awam Iraq, termasuk wanita dan kanak-kanak selain membiarkan seorang mangsa mati akibat banyak kehilangan darah, meskipun dirayu berjam-jam supaya diselamatkan. Dua akhbar Britain melaporkan semalam, anggota Marin terbabit membuat tuduhan palsu dengan mendakwa kesemua mangsa sebagai anggota pejuang musuh. Dakwaan terbaru itu membabitkan dua kejadian aitu pembunuhan 11 orang di Balad, 80 kilometer ke utara Baghdad pada 15 Mac lalu serta 8 yang lain di Haditha, barat Iraq yang berlaku November lalu. Di Balad, polis Iraq berkata, 11 mayat dikeluarkan daripada timbunan rumah yang dimusnahkan tentera AS itu. "Ini termasuk mayat empat wanita dan lima kanak-kanak berusia enam bulan sehingga 5 tahun. Tentera AS sebelum ini mengumpulkan 11 anggota keluarga terbabit dalam sebuah bilik dan menembak mati mereka begitu saja," kata satu laporan polis yang diperoleh wartawan akhbar Knight Ridder. Sebuah helikopter tentera AS mendarat dekat rumah Issa Harat Khalaf. Biarpun penduduk Abu Sifa biasa dengan bunyi bising pesawat AS, kali ini mereka hairan pendaratan helikopter pada waktu malam. Tentera terbabit kemudiannya menyerbu dari rumah ke rumah atas alasan mencari anggota kumpulan penentang. Khalaf yang bertugas sebagai pengawal keselamatan yang mengawasi saluran paip minyak, melihat sendiri bagaimana askar AS itu menyerbu rumah adiknya, Fayez. Mereka kemudiannya melepaskan tembakan membabi buta disusuli teriakan wanita dan kanak-kanak. "Mereka menembak bertalu-talu. Selepas itu askar terbabit dengan selamba pergi dari sini," kata Khalaf, minggu lalu. Berita pembunuhan kejam askar AS di perkampungan Abu Sifa di Balad pada 15 Mac lalu dibuat Ahad lalu - serentak dengan laporan majalah Time mengenai siasatan 10 minggu ke atas dakwaan pembunuhan 15 penduduk Haditha. Pegawai tentera Amerika mengakui 15 orang awam Iraq itu dibunuh askar Marinnya, bercanggah dengan dakwaan tentera terbabit bahawa mangsa maut akibat bom kumpulan penentang. Malah, satu-satunya askar AS yang maut adalah Lans Koperal Miguel Terrazas. "Terbukti, semua mangsa mati dibunuh tentera Marin yang mengamuk dan bukannya serangan balas seperti didakwa sebelum ini. Kejadian itu adalah bukti jelas pembunuhan warga awam Iraq oleh askar AS," kata akhbar berkenaan. Empat daripada lapan lelaki itu adalah pelajar yang dalam perjalanan ke kolej. Kesalahan mereka adalah melintasi konvoi askar Marin selepas tiba-tiba satu letupan berlaku. Kenyataan askar Marin itu menuduh pelajar itu lari apabila diminta keluar daripada kereta. "Akibatnya, mereka semua ditembak. Askar Marin itu kemudiannya mendakwa ketika itulah mereka menjadi sasaran serangan dari rumah berdekatan," kata kenyataan tentera AS. Dua kejadian di Balad dan Haditha itu kini disiasat pihak berkuasa AS. Namun, kejadian itu mencetuskan kebimbangan di kalangan aktivis hak asasi manusia yang komander tentera Pentagon gagal menangani pencabulan kuasa askarnya ke atas penduduk awam Iraq. Agensi Pihak Pentagon sendiri mendakwa menyiasat sekurang-kurangnya 600 kes penderaan askar AS yang berkhidmat di Iraq dan Afghanistan. Daripada itu, 230 askar dikenakan tindakan disiplin. Kajian tiga kumpulan hak asasi manusia di New York yang bakal diumumkan bulan depan, mendakwa kebanyakan askar terbabit dikenakan hukuman ringan seperti dipotong gaji, turun pangkat atau diberi tugasan tambahan. Hanya segelintir daripada 76 kes yang dikemukakan ke Mahkamah Tentera menyaksikan hukuman setimpal iaitu dihukum penjara lebih setahun, membabitkan kes di Abu Ghraib. Agensi http://www.maynetwork.net ==================================================================== Berita terkini ini dihantar kepada ahli berita terkini groups terus melalui email. Untuk maklumat lanjut & daftar online sila lawat ke : http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/ atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED] ==================================================================== TESTIMONI PENGGUNA : Saya seorang ibu tunggal berusia 39 tahun. Mengidap tekanan darah tinggi sejak 9 tahun yang lalu. Setiap hari mengambil ubat atenolol dan tekanan darah 130/90. Kalau saya stress tekanan darah boleh naik sehingga 180/100 dan waktu itu saya kena masuk hospital. Saya menggunakan BIOVCO sejak lebih sebulan yang lalu. Minggu lepas saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan rutin dan tekan darah saya 110/70. Berat badan saya pada mulanya 62kg sekarang sudah turun ke 58.5kg. Saya sangat bersyukur dengan perubahan ini. Sewaktu mula-mula mengunakan BIOVCO saya rasa mengantuk yang amat sangat, tak boleh nak buat kerja. Tapi saya lawan rasa mengantuk itu dengan melakukan senaman ringan iaitu berlari setempat sehingga rasa mengantuk itu hilang. Sekarang rasa mengantuk dah tak ada lagi. Saya juga menjadikan BIOVCO ini sebagai losyen muka disapu sebelum tidur, kesannya mula nampak sekarang. Kulit menjadi lebih lembab dan pori pada wajah semakin mengecil. Bukan itu sahaja, BIOVCO memberi kesan kepada PMS (pre-menstrual sindrome). Sebelum haid saya akan mengalami sakit kepala yang amat sangat disertai dengan sakit di bahagian paha. Apa yang lebih penting pada saya adalah kesihatan. Kalau badan sihat hati lebih senang, dan wajah akan jadi berseri. Semoga pengalaman saya menggunakan BIOVCO ini memberi manfaat kepada yang belum menggunakannya. Aini Sait Tanjung Batu Miri Sarawak Lain-lain testimoni : http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html Pembelian online : http://www.maynetwork.net/pembelian.html [Non-text portions of this message have been removed] ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

