Cinta Pertama- Kenangan Diari Hidup 
  
Mendapat sebuah persoalan mengenai seorang muslimah akan pertanyaan yang sangat 
menarik iaitu berkenaan cinta pertama. Katanya Cinta Pertama itu sukar 
dilupakan dan bagaimana harus diperbuat supaya cinta pertama terhapus dalam 
ingatan dan membuatkan dirinya dapat setia baik zahir dan batin kepada suami.
  Persoalan ini wajar diketengahkan kepada umum bagaimana kaedah untuk kita 
menghilangkan rasa cinta ?
  Cinta yang terhasil dari kasih sayang yang tulus suci dan terhasil dari jalan 
yang syarak tidak mengapa dibiarkan subur dihati dan tidak mengapa memilikinya 
kerana Islam ialah agama kasih sayang dan cinta dan fitrah manusia yang 
bertepatan dengan syariat Islam dan tiada yang lebih indah dalam hidup ini 
melainkan memenuhi fitrah menurut kehendak dan pertunjuk yang diberikan oleh 
Allah swt.
  
“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya 
(tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).
  Contoh cinta sebegini ialah cinta yang terhasil dari perhubungan yang syarak 
seperti cinta kepada ibubapa dan adik-beradik, cinta kepada isteri dan 
anak-anak. Kasih kepada ahli keluarga lahir dari perhubungan yang syarak, juga 
demikian cinta kepada wanita yang menjadi isteri lahir dari akad nikah yang 
syarak.
  Cinta dan kasih kepada persahabatan juga terhasil dari syarak tetapi hanya 
untuk sama jantina adapun cinta dan kasih kepada lain jantina tidak dikira 
sebagai persahabatan yang syarak.
  Seterusnya cinta dan kasih sayang yang wajar dan harus serta bahkan wajib 
ialah kepada rasulullah, kepada para sahabat dan pejuang-pejuang agama serta 
ulama. Tidak mengapa cintanya seorang wanita kepada tokoh pejuang agama lelaki 
misalnya Salahuddin Al-Ayubi atau sesiapa kerana disebabkan faktor agama.
  Bila cinta menjadi haram ?
  Menjatuhkan haram pada perasaan ialah apabila ianya menimbulkan kerosakan dan 
kemudharatan dari sebab memiliki perasaan cinta itu. Misalnya cinta kepada 
seorang wanita sehingga dirinya (lelaki) melakukan pelbagai perkara haram maka 
ketika itu cinta ini sudah bertukar kepada haram.
  Demikian seorang isteri yang pernah memiliki cinta pertama dengan seorang 
lelaki sebelum suaminya. Sekiranya cinta pertamanya itu tidak menjejaskan 
kesetiaan, tanggungjawab dan kasih sayangnya kepada suami dan cinta pertama itu 
hanya dihati dan menjadi kenangan tanpa pernah mengakibatkan apa-apa kekurangan 
dalam tanggungjawab dan cintanya pada suami sekarang maka tidaklah dirinya 
berdosa.
  Ini kerana Allah tidak membebani manusia dengan sesuatu yang mereka tidak 
mampu dan perasaan yang dimiliki oleh manusia ialah sesuatu yang manusia tidak 
ada kuasa mengawalnya sepenuhnya bahkan wanita itu dibenarkan oleh syarak untuk 
bernikah lagi setelah diceraikan atau setelah suaminya meninggal dunia. Maka 
tentu sahaja sebagai manusia apatah lagi wanita mesti sekali-sekala terkenang 
dan membandingkan perihal suami dahulu dan suami sekarang.
  Maka hal ini tidaklah berdosa selama tidak mendatangkan kesan nyata atau 
kesan mudharat kepada dirinya dan tanggungjawab sebagai isteri. Perkara biasa 
apabila seorang wanita yang pernah bernikah dan bercinta misalnya akan 
mengenangkan kisah-kisah lama apabila berlaku sesuatu hal yang mengaitkan 
perkara hari ini dengan kisah dulu yang pernah berlaku. 
  Manusia sentiasa hidup di dalam sejarah dahulu.
Kerana itu harusnya cinta itu diikat dengan syarak dan Islam kerana apabila 
seorang wanita itu mengenangkan perihal suami-suaminya yang dahulu maka selama 
cinta yang pernah terhasil dahulu ialah cinta yang halal maka mengenangkannya 
juga ialah halal selama ianya tidak membawa mudharat keburukkan.
  
Tetapi apabila cinta-cinta yang dahulu ialah haram misalnya seorang wanita 
mengenangkan bagaimana dirinya disetubuhi (dizinai) oleh kekasihnya dibawah 
pokok Mempelam, di bawah lori, di atas jambatan, di bawah tangga, di dalam 
kelas dan bilik darjah atau mengenangkan kisah-kisah romantik cintanya dengan 
tunangnya (bukan suami) yang mana semua perhubungan cinta itu tidak syar'ie 
(tidak menurut agama) maka hukum mengenang kenangan ini ialah haram pada 
asalnya lagi dan sudah tentu lebih-lebih lagi haramnya apabila dengan 
mengenangkan kisah ini akan membuatkan berlakunya mudharat kepada keadaan 
dirinya yang sekarang ini mungkin sudah bergelar isteri kepada orang lain.
  
Bagaimana Menghilangkan Cinta ?
  
Tiada cara yang paling mujarab untuk menghilangkan cinta dan kenangan mengenai 
cinta melainkan dengan mengantikan cinta yang penuh racun dan luka dengan cinta 
bahagia dan kenangan baru yang mengembirakan.
Cinta ialah perasaan dan ibarat ubat yang diminum oleh hati dan jiwa maka 
apabila cinta itu merosakkan dan menderitakan maka bererti ubat itu ialah racun 
yang meluka.
  Maka tentunya cara yang paling sesuai merawati sakit akibat cinta ini ialah 
dengan memberi ubat baru yang lebih kuat dari ubat lama.
  
Memberi cinta baru dan kasih sayang yang lebih kuat dari dahulu untuk 
mengantikan rasa kasih dan rasa cinta yang lalu dengan cinta yang kini dan 
sekarang. Dimaksudkan dengan memberi cinta baru ialah misalnya seorang wanita 
yang dahulunya pernah dicintai oleh seorang lelaki dan pernah bercinta misalnya 
dengan kekasihnya.
  
Bagaimanakah mahu melupakan kekasihnya setelah kini dia bergelar isteri kepada 
lelaki lain ? Bagaimana mahu menghasilkan cinta baru yang dapat membuatkan 
dirinya melupakan kenangan lalu dan bahagia dengan kehidupan kini ? 
  Jawapannya ialah dengan memberi cinta baru dengan membuka hati dan terus 
memberi harapan kepada Cinta baru ini dan berusaha melakukan yang terbaik.
  
Jika dahulu dia pernah dicium oleh kekasihnya maka kini dia harus mencium 
suaminya dengan ciuman yang lebih manis, romantis dan lebih banyak. Jika dahulu 
dia pernah diberi hadiah oleh kekasihnya maka kini dia perlu berusaha memberi 
hadiah kepada suaminya. 
  Jika dahulu dia pernah berzina dengan kekasihnya maka kini dia harus memberi 
layanan seks yang halal kepada suaminya dengan lebih hebat dan mantap dari apa 
yang pernah diberikan kepada lelaki yang bukan suaminya dahulu.
Menguasahakan memberi yang terbaik sebagai menebusi kesalahan lalu dan hal itu 
dengan izin Allah akan menghasilkan cinta baru dan kasih sayang yang 
berterusan. 
  Pun begitu ianya berkait dengan bergantung kepada faktor pasangan itu 
sendiri. Terkadang si suami yang baru dinikahi tidaklah sebaik pasangan kekasih 
yang lalu maka hal ini menjadi masalah besar apabila suami kaki bangku bukan 
kerana tidak tahu bermain bola sebaliknya kerana hanya tahu duduk di bangku 
menantikan segalanya tersedia tanpa tahu erti membantu atau melayani isteri.
  
Digelar kaki katil kerana hanya tahu memuaskan diri sendiri tanpa tahu 
memuaskan hati isteri maka tentunya wanita yang pernah berzina dengan 
kekasihnya sebagai contoh akan merasai nikmat seks sewaktu berzina dahulu 
dengan pasangan kekasih lebih nikmat, lebih memuaskan dari menikmati seks 
dengan suami yang kaku, buntu dan haru biru.
  
“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta 
itu ialah hati mereka” (Al-Hajj : 46).
  
Demikianlah jadinya fitnah dan kerosakkan apabila syariat dan panduan dari 
Allah dan rasul diabaikan. 
  Sangat menyedihkan apabila perkara yang halal itu tidak dinikmati sebaliknya 
yang haram sering dihargai. Betapa ramai kita mendapat aduan bahawa dengan 
berzina maka pasangan yang melakukannya lebih merasa puas dan nikmat kerana 
masing-masing tanpa malu dan segan berusaha mendapat kenikmatan yang terbaik.
  
Mengilakan dan memelikkan apabila sudah bernikah dan menjadi halal sebaliknya 
persetubuhan dilakukan sekadarnya dan tidak dihargai seperti dahulu dan mereka 
yang melakukannya merasa tidak senikmat seperti zina.
  Demikianlah Iblis membelit dan menghiasi zina dan maksiat sehingga tampak 
lazat dan indah di mata manusia yang buta hatinya.
  
Sebaliknya Islam mengajar nilai kasih sayang dan erti ikatan keagamaan (akad 
nikah) dalam kehangatan badan dan hubungan dua jasad dalam mencari kenikmatan. 
  Islam mengajar pasangan sebelum bersama supaya terlebih dahulu membaca doa, 
bayangkan sunnah menunjuki suami supaya menghembusi ubun-ubun kepala isteri 
sebelum menidurinya.
  
Cubalah amalkan, bagaimana isteri tersenyum melihat wajah suami menghembuskan 
ubun kepalanya, terasa nyaman dan tertib, sebelum melakukannya terlebih dahulu 
berkucupan dan menghangatkan badan dan kasih dengan sentuhan lalu dilaksanakan 
dalam satu pakaian dan dibawah lindungan kain yang menutupi kedua-dua badan.
  Memastikan kepuasan bagi kedua-dua pasangan, menghormati hak-haknya dan 
memenuhinya dengan rasa cinta.
  
“Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu di dalam mengerjakan kebaikan dan 
taqwa” (Al-maidah : 2).
  
Selepas berhubungan Islam mengajarkan bersuci dan membersihkan badan, mengajar 
supaya melayani isteri dengan baik dan pelbagai lagi panduan dan ajaran yang 
sekaligus melahirkan sebuah rumahtangga harmoni dan suci. 
  
Nasihat Terakhir
  
Buat wanita yang mendapat suami yang malang kerana tidak memahami hati mereka, 
mendapat lelaki yang gagal menghayati dan memahami perasaan dan kehendak jiwa 
mereka maka perlulah bersabar dan bertaqwa kepada Allah swt kerana dengan taqwa 
dan kesabaran itu akan membuka jalan kepada pertunjuk dan rezeki yang tidak 
disangka-sangka.
  
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam 
keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepada mereka kehidupan 
yang baik" (An-Nahl:97).
  
Kesabaran dan doa serta amalan kebajikan yang dilakukan tidak akan pernah 
disia-siakan oleh Allah swt. Allah swt sentiasa akan mengantikan kepada 
hamba-Nya sesuatu yang terbaik dari sisi-Nya yang tidak diketahui dan tidak 
dapat dibayangkan oleh hamba-Nya.
  
“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka 
sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang 
sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah 
Al-Isra : 15).
  
“ Mohonlahlah kamu kepada Allah dengan sabar dan solat dan sesungguhnya yang 
demikian itu sangatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (Al-baqarah 
: 45).
  
posted by Ustaz Soleh...Yaman...

                
---------------------------------
Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls.  Great rates 
starting at 1¢/min.

[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke