saya dapat dari kawan. mungkin ada manafaat. 
  
  buat pengajaran..... 
  Sepasang suami isteri seperti 
pasangan lain di kota-kota 
besar akan 
meninggalkan anak-anak diasuh 
pembantu rumah semasa keluar 
bekerja. Anak 
tunggal pasangan ini, 
perempuan berusia tiga 
setengah tahun. Bersendirian 
di 
rumah dia kerap dibiarkan 
pembantunya yang sibuk bekerja 
bermain di luar, 
tetapi pintu pagar tetap 
dikunci. Bermainlah dia sama 
ada berbuai-buai di 
atas buaian yang dibeli 
bapanya, ataupun memetik bunga 
raya, bunga kertas 
dan lain-lain di laman 
rumahnya. Suatu hari dia 
terjumpa sebatang paku 
karat... 
  
Dia pun melakar simen tempat 
letak kereta ayahnya tetapi 
kerana diperbuat 
daripada marmar, lakaran tidak 
kelihatan. Dicubanya pada 
kereta baru 
ayahnya. Ya... kerana kereta 
itu bewarna gelap, lakarannya 
jelas.Apa lagi 
kanak-kanak ini pun melakarlah 
melahirkan kreativitinya. Hari 
itu bapa dan 
ibunya bermotosikal ke tempat 
kerja kerana laluannya sesak 
sempena perayaan 
Thaipusam. Penuh sebelah kanan 
dia beredar ke sebelah kiri 
kereta. 
Dilakarnya gambar ibu dan 
ayahnya, gambarnya sendiri, 
lukisan ayam, kucing 
dan sebagainya mengikut 
imaginasinya. Kejadian itu 
langsung tak disedari si 
pembantu rumah. 
  
  Pulang petang itu, terkejut 
badaklah pasangan itu melihat 
kereta yang baru 
setahun dibeli dengan bayaran 
ansuran, berbatik-batik. Si 
bapa yang belum 
pun masuk ke rumah terus 
menjerit, "Siapa punya kerja 
ni?" Pembantu rumah 
yang tersentak dengan jeritan 
itu berlari keluar. Dia juga 
beristighfar. 
Mukanya merah padam ketakutan 
tambah-tambah melihat wajah 
bengis tuannya. 
Sekali lagi diajukan 
pertanyaan keras kepadanya, 
dia terus mengatakan "Tak 
tahu... !" "Duduk di rumah 
sepanjang hari tak tahu, apa 
kau buat?" herdik si 
isteri lagi. 
  
Sia anak yang mendengar suara 
ayahnya, tiba-tiba berlari 
keluar dari bilik. 
Dengan penuh manja dia berkata 
"Ita buat ayahhh.. cantik 
kan!" katanya 
menerkam ayahnya ingin 
bermanja seperti selalu. Si 
ayah yang hilang sabar 
merentap ranting kecil pokok 
bunga raya di depannya, terus 
dipukul 
bertalu-talu tapak tangan 
anaknya. Si anak yang tak 
mengerti apa-apa 
terlolong-lolong kesakitan 
sekaligus ketakutan.Puas 
memukul tapak tangan, si 
ayah memukul pula belakang 
tangan anaknya. Si ibu cuma 
mendiamkan diri, 
mungkin setuju dan berasa puas 
dengan hukuman yang dikenakan. 
Pembantu rumah 
melopong, tak tahu nak buat 
apa-apa. Si bapa cukup rakus 
memukul-mukul 
tangan kanan dan kemudian 
tangan kiri anaknya. 
  
Selepas si bapa masuk ke rumah 
dituruti si ibu, pembantu 
rumah menggendong 
anak kecil itu, membawanya ke 
bilik. Dilihatnya tapak tangan 
dan belakang 
tangan si anak kecil calar 
balar. Pembantu rumah 
memandikan anak kecil itu. 
Sambil menyiram air sambil dia 
menangis. Anak kecil itu pula 
terjerit-jerit 
menahan kepedihan sebaik 
calar-balar itu terkena air. 
Si pembantu rumah 
kemudian menidurkan anak kecil 
itu. Si bapa sengaja 
membiarkan anak itu 
tidur bersama pembantu rumah. 
  
Keesokkan harinya, kedua-dua 
belah tangan si anakbengkak. 
Pembantu rumah 
mengadu. "Sapukan minyak gamat 
tu!" balas tuannya, bapa si 
anak. Pulang dari 
kerja, dia tidak melayan anak 
kecil itu yang menghabiskan 
masa di bilik 
pembantu. Si bapa konon mahu 
mengajar anaknya. Tiga hari 
berlalu, si ayah 
langsung tidak menjenguk 
anaknya sementara si ibu juga 
begitu tetapi setiap 
hari bertanya kepada pembantu 
rumah. "Ita demam... " jawap 
pembantunya 
ringkas. "Bagi minum panadol 
tu," balas si ibu. Sebelum si 
ibu masuk bilik 
tidur dia menjenguk bilik 
pembantunya. Apabila dilihat 
anaknya Ita dalam 
pelukan pembantu rumah, dia 
menutup semula pintu. Masuk 
hari keempat, 
pembantu rumah memberitahu 
tuannya bahawa suhu badan Ita 
terlalu panas. 
  
"Petang nanti kita bawa ke 
klinik. Pukul 5.00 siap" kata 
majikannya itu. 
Sampai waktunya si anak yang 
longlai dibawa ke klinik. 
Doktor mengarahnya ia 
dirujuk ke hospital kerana 
keadaannya serius. Setelah 
seminggu di wad 
pediatrik doktor memanggil 
bapa dan ibu kanak-kanak itu. 
"Tiada pilihan.." katanya yang 
mencadangkan agar kedua-dua 
tangan 
kanak-kanak itu dipotong 
kerana gangren yang terjadi 
sedah terlalu teruk. 
  
  "Ia sudah bernanah, demi 
nyawanya tangan perlu dipotong 
dari siku ke 
bawah" kata doktor. Si bapa 
dan ibu bagaikan terkena 
halilintar mendengar 
kata-kata itu. Terasa diri 
tunggang terbalik, tapi apalah 
dapat dikatakan. 
Si ibu meraung merangkul si 
anak. Dengan berat hati dan 
lelehan air mata 
isterinya, si bapa 
terketar-ketar madandatangani 
surat kebenaran pembedahan. 
Keluar dari bilik pembedahan, 
selepas ubat bius yang 
dikenakan habis, si 
anak menangis kesakitan. Dia 
juga terpinga-pinga melihat 
kedua-dua tangannya 
berbalut putih. Direnung muka 
ayah dan ibunya. Kemudian ke 
wajah pembantu 
rumah. Dia mengerutkan dahi 
melihat mereka semua menangis. 
Dalam seksaan 
menahan sakit, si anak yang 
keletah bersuara dalam 
linangan air mata. 
  
"Abah.. Mama... Ita tak buat 
lagi. Ita tak mau ayah pukul. 
Ita tak mau 
jahat. Ita sayang abah.. 
sayang mama." katanya berulang 
kali membuatkan si 
ibu gagal menahan rasa. 
"Ita juga sayang Kak Narti.." 
katanya memandang wajah 
pembantu rumah, 
sekaligus membuatkan gadis 
dari Surabaya itu meraung 
seperti histeria. 
"Abah.. bagilah balik tangan 
Ita. Buat apa ambil.. Ita 
janji tak buat lagi! 
Ita nak makan macam mana? Nak 
main macam mana? Ita janji tak 
conteng kereta 
lagi," katanya bertalu-talu. 
Bagaikan gugur jantung si ibu 
mendengar 
kata-kata anaknya. Meraung dia 
sekuat hati namun takdir yang 
sudah terjadi, 
tiada manusia dapat menahannya 

   
  Salam dari, 
Ultraman Blind. 
egroup
  Komuniti Orang Kurang Upaya
  

                
---------------------------------
New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.

[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke