HENTIKAN PENJAJAHAN DI NEGERI-NEGERI KAUM MUSLIM, ATAU KHILAFAH YANG AKAN
MENGHENTIKANNYA!
Sebagaimana telah diwar-warkan oleh sejumlah media, bahawa Tony Blair,
Perdana Menteri Britain, pada tanggal 29/3/2006 berkunjung ke Indonesia, dan
dijadualkan akan bertemu dengan para pemuka agama dan penguasa di negeri ini.
Berkenaan dengan itu, ada dua point yang perlu ditegaskan:
Britain adalah negara penjajah, sejak dulu hingga sekarang. Berdasarkan
prinsip imperialisme-nya, Britain membangun (polisi) hubungan luar negerinya.
Tidak ada kawan dan lawan yang kekal bagi Britain, selain kepentingan.
Bersama-sama dengan Amerika dan sekutunya, termasuk Australia, Britain telah
melakukan pendudukan (occupation) secara tidak sah (illegal) terhadap Iraq, dan
menggulingkan ejennya sendiri, Saddam Hussein, demi mempertahankan kedudukannya
di kawasan tersebut. Kerananya, mereka juga sanggup melakukan apapun, termasuk
berada di belakang pengeboman pasar, masjid dan tempat-tempat umum, yang
kemudian mereka tuduhkan kepada Syiah dan Sunni, seperti yang terjadi di masjid
Askariyah, Sammarra, agar mereka saling bermusuhan supaya tetap dapat dikawal
dan terus dijajah.
2- Britainlah yang telah menghancurkan negara kaum Muslim di seluruh dunia,
ketika menghancurkan Khilafah Islam di Turki. Ketika itu, Menteri Luar
Negerinya, Lord Curzon, menyatakan Turki sudah dihancurkan, dan tidak akan
bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritualnya: Khilafah
dan Islam. Kerana itu, melalui Menteri Dalam Negerinya, Charles Clarke
(5/10/2005), dengan tegas Britain menyatakan tidak ada kompromi dengan syariat
Islam dan Khilafah. Bahkan, Tony Blair (16/7/2005), telah menyebut Islam
sebagai ideologi syaitan (evil ideology).
Berdasarkan kenyataan di atas, maka Hizbut Tahrir Indonesia menyatakan,
bahawa:
Tidak layak bagi kaum Muslim ---baik para pemuka agama maupun penguasa di
negeri ini--- untuk memperlakukan Britain, selain sebagai penjajah; yang dari
berbagai ucapan dan tindakan mereka telah membuktikan permusuhannya terhadap
Islam dan kaum Muslim. Allah Subhanahu wa ta'ala telah mengingatkan:
Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati
mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat
(Kami), jika kamu memahaminya. (Q.s. Ali Imran [03]:118)
2- Kaum Muslim ibarat satu tubuh, maka penderitaan yang mereka alami akibat
pendudukan Britain, Amerika dan sekutunya di Iraq, pasti juga dirasakan oleh
kaum Muslim yang lain, termasuk di Indonesia. Kerana itu, negara-negara
penjajah itu perlu segera meninggalkan negeri-negeri kaum Muslim yang mereka
duduki dan mereka jajah. Jika tidak, Khilafah Rasyidah yang ---dengan izin
Allah akan segera berdiri--- akan membebaskannya.
Ketika itulah, orang-orang Mukmin akan bergembira dengan pertolongan Allah.
(Q.s. Rum [30]: 4-5)
Wassalam
Jurubicara Hizbut Tahrir Indonesia
---------------------------------
New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/