Biografi Imam Al Ghazali
(450H-505H bersamaan 1058M-1111M)

Imam Al Ghazali r.a.h adalah tokoh ilmu sufi yang terkenal, lebih
lebih lagi di kalangan mereka yang mempelajari kitab kitab karangan
beliau seperti ihya ulumuddin,minhajul abidin,bidayah alhidayah dan
lain lain lagi.

Nama sebenar imam Alghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad
bin Ahmad Al ghazali Altusi.Beliau lebih dikenali dengan panggilan
Alghazali iaitu nisbah kepada kampung tempat kelahirannya iaitu
ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah
Kharasan, Parsi, (Iran). Dengan itu Alghazali bererti org ghazalah,
kemungkinan juga panggilan tersebut dinisbahkan kepada bapanya
seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa arabnya dikatakan
alghazzal.

Imam Alghazali juga digelar Abu hamid, yang bererti bapa kepada
Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya. Beliau juga digelar hujjatul
islam iaitu suatu gelaran penghormatan yang diberikan kepadanya
kerana kejituan dan kekuatan hujjahnya di dalam membela agama islam.

Abu Hamid Muhammad Alghazali Altusi adalah seorang tokoh ulama' yang
luas ilmu pengetahuannya dan merupakan seorang pemikir besar dalam
sejarah falsafah islam dan dunia. Dalam ilmu feqah beliau bermazhab
syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran assyaari
atau ahlu sunnah wal jamaah. Beliau lahir pada tahun 450H bersamaan
1058M.

Bapanya adalah seorang miskin yang soleh, makan dari hasil usaha
sendiri menenun pakaian daripada bulu kemudian menjualnya di pekan
Tusi.Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para
ulama' sufi. Beliau meninggal dunia semasa Alghazali dan saudaranya
yg bernama Ahmad masih kecil tetapi sempat menyerahkan sedikit wang
saraan serta mewasiatkan tentang pengurusan pembelajaran kedua
anaknya itu kepada sahabatnya yang miskin yang menjadi guru dan ahli
tasawwuf.

Sahabatnya itu telah mendidik dan mengajar mereka berdua menulis
sehinggalah wang peninggalan bapanya habis.kemudian sahabat itu
telah menasihatkan Alghazali dua bersaudara agar pergi ke Tusi
belajar di sebuah sekolah yang didirikan oleh perdana menteri Nizam
Al malik,yang memberi saraan makan, pakain dan buku buku kepada
pelajarnya. Beliau sendiri tidak mampu menyara mereka berdua.

Dengan itu, mereka berdua meninggalkan ghazlah menuju Tusi. Di sana
Alghazali belajar membaca, menulis ,menghafal Al Quran, ilmu nahu,
bahasa arab, ilmu matematik dan juga ilmu feqah daripada As Syeikh
Ahmad bin Muhammad ArRazakani.Beliau amat suka mempelajari ilmu
feqah dan perundangan islam sementara saudaranya Ahmad amat suka
mempelajari ilmu tasawwuf dan akhirnya menjadi ahli sufi dan
pendakwah yang masyhur digelar Abu AlFatuh.

Pada tahun 469H,Alghazali telah melanjtkan pelajarannya ke Jarjan
berguru dengan Abu Nasr Al Ismaili.Di sana beliau telah berkahwin
kemudian beliau pulang ke Tusi selama tiga tahun. Dalam masa ini
beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf Annasaj,seorang sufi terkenal.

Dalam perjalanan pulang ke tusi daripada Jarjan,Alghazali telah
dirompak termasuk kertas catitan pelajarannya.Daripada peristiwa
itulah beliau mulai menghafal pelajarannya tidak lagi bergantung
kepada nota catitan lagi.

Pada tahun 471H, Alghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi
Nizmiyyah di Naisabur. Di sana beliau belajar daripada Abu Almaa'li,
Diyaauddin Aljawaini yang terkenal dengan gelaran Imam haramain.
Berbagai cabang ilmu pengetahuan telah dipelajari daripadanya samada
ilmu agama seperti feqah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti
mantik,jidal,hikmah dan lain lain sehingga beliau mengetahui
berbagai mazhab, perbezaan pendapat masing masing dan beliau dapat
menolak tiap tiap aliran yang dianggap salah. Bahkan beliau dapat
mengimbangi keilmuan gurunya itu.Di sini beliau mula mengarang
berbagai buku dan berbagai bidang, diantara buku karangannya yang
dikagumi gurunya ialah yang dinamakan al mankhul.

Sewaktu berada di Naisabur, Alghazali juga mempelajari teori dan
amalan tasawwuf daripada seorang alim fakih dan ketua ahli sufi
disana yang bernama Alfaramdi.Al ghazali juga belajar tasawwuf
daripada Abu Bakar Al warak dan Abu Bakar Altusi.

Selepas kematian gurunya, Alghazali telah berpindah ke Muaskar atau
askar,suatu tempat di Iraq, atas jemputan Nizam Almalik. perdana
menteri dari Sultan Turki yang berkuasa di bawah pemerintahan
khalifah Abbasiyyah dari Baghdad. Di Muaskar, Alghazali diminta
memberi pengajaran ssekali dalam dua minggu dihadapan pembesar dan
para ahli ilmu disamping kedudukannya sebagai penasihat agung kepada
perdana menteri. Dengan itu kedudukannya semakin penting dikalangan
rasmi.Pengajian dua mingguan itu berlangsung selama lima tahun.

Selepas itu pada tahun 484H Alghazali telah dilantik menjadi
Profesor kanan di universiti Nizmiyyah di Baghdad.Waktu itu beliau
baharu berusia 34 tahun.Perlantikan ke jawatan itu belum pernah
diberikan kepada sesiapa pun pada usia yang sebegitu
muda,perlantikan itu adalah merupakan suatu penghormatan tertinggi
di dalam dunia islam ketika itu.

bersambung......







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke