ANGKATAN MUDA NEGERI SEMBILAN
Ting. 1, No. 1, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000
Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-6788284 email : [EMAIL PROTECTED]

Tarikh : 31 Mac 2006 
Ruj. Kami : amns/keluar/2006/ (239) 

DATUK AZMAN HASSAN
Setiausaha,
Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan.

Sdr ; 

DEBAT / FORUM : ISU MINYAK

Pertamanya merujuk kenyataan Saudara Setiausaha
Perhubungan Umno Negeri Sembilan dalam Utusan Malaysia
25 Mac 2006 bertajuk "UMNO nafi sertai debat isu
minyak", di mana dalam laporan saudara menyatakan

Menafikan penglibatan Umno dalam debat isu minyak 

Menafikan Umno menerima jemputan

Di sini ingin saya tegaskan untuk pengetahuan saudara

Sememangnya Umno tidak terlibat dalam penganjuran
kerana ia dianjurkan oleh Angkatan Muda Negeri
Sembilan dengan kerjasama PROTES (gabungan ngo dan
parti politik menentang kenaikan harga minyak) 

Sememangnya kami tidak menjemput Umno tetapi kami
menjemput  YB Ir Jamlus Aziz  (selaku Ketua Pemuda
UMNO NS dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan) 

YB T.Rajagopalu  (selaku exco yang bertanggungjawab
mengenai Hal Ehwal pengguna)

Surat jemputan bertarikh 7 Mac 2006 {Ruj. Kami :
amns/keluar/2006/ (235)}telah disampaikan melalui
email dan faks pada hari yang sama dan penghantaran
tangan telah dihantar ke tingkat 1, Wisma Negeri telah
dibuat pada 13 Mac

Kami mengaggap serius kenyataan Perdana Menteri
Malaysia iaitu mengarahkan semua ahli UMNO termasuk
ahli BN berani untuk turun kebawah dan mengambil
setiap kesempatan untuk memberikan penerangan kepada
rakyat mengenai kenaikan harga minyak. Berdasarkan
kenyataan Perdana Menteri itu kami mengganggap sudah
tentu kedua wakil rakyat yang kami undang berani untuk
menggunakan kesempatan ini untuk tampil dan memberikan
penerangan isu berkenaan. Maka selepas menghantar
jemputan kami terus membuat hebahan dengan menggunakan
poster dan banner. Sehingga tarikh program debat kami
tidak mendapat sebarang makluman bahawa mereka tidak
mahu hadir.

Pada program tersebut kira  kira 600 orang membanjiri
kawasan dalam dan luar dewan yang hanya mampu mengisi
250 orang sahaja. Bagaimanapun semua mereka termasuk
kami penganjur hampa kerana kegagalan untuk panelis
dari parti pemerintah hadir dan tidak menghantar
wakil.

CABAR UMNO NEGERI SEMBILAN ATAU WAKILNYA DEBAT !

Sehubungan dengan itu kami juga memuji sedikit
keberanian saudara untuk memberikan komen mengenai isu
ini di media arus perdana. Setelah kegagalan Ketua
Pemuda Umno Negeri Sembilan berdebat dengan kami dalam
isu kenaikan minyak ini maka, dengan ini secara rasmi
kami mempelawa untuk Umno Negeri Sembilan untuk
berdebat. 

Kami bersedia untuk menghantar wakil di mana sahaja
tempat dan waktu yang ditetapkan oleh pihak saudara
dengan satu sahaja syarat iaitu ia mestilah diadakan
secara terbuka.

Kami amat mengharapkan pihak saudara mempunyai sedikit
keberanian dan sikap bertanggungjawab untuk berhujah
secara terbuka mempertahanklan mengenai relevannya
tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. 

Bukan seperti biasa hanya membuat penerangan dalam
program rasmi kerajaan yang dihadiri kakitangan
kerajaan dan pelajar yang rata tidak berani bersoal
balas kerana takutkan tindakan tekanan kerana bakal
dilabel pembangkang kerana bertanyakan soalan.

Kami bersedia untuk membentangkan dan memperdebatkan
fakta mengenai betapa kelemahan kerajaan menjadi punca
kenaikan harga minyak dan gas ini.

Kami memberikan masa 14 hari untuk mendapatkan respon
dari saudara.

Sekian dan terima kasih.

Hj. Ramlan Hj Roes
Ketua Angkatan Muda Negeri Sembilan
0122722175

salinan kepada :

Pihak media

http://www.umno-reform.com/URnews/pemudaadilNS.htm 



Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
 
Untuk menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini 
http://groups.yahoo.com/group/pasn9 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 
Lajnah Penerangan dan Dakwah 
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan 
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Ampangan, Seremban 
Tal : 013-3426346
e-mel : [EMAIL PROTECTED] 

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke