Hadis Imran bin Husain r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan yang paling sedikit menghuni syurga ialah
kaum wanita
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4921
Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada fitnah yang paling membahayakan kaum
lelaki selepas zaman aku kecuali fitnah dari kaum wanita
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4923
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara:
Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita
yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2661
----- Original Message -----
From: KhairulNizam Muhammad
TUDUNG DAN HUKUM SYARA'
Sekiranya kita telusuri perkara yang berkaitan dengan makanan dan barangan
halal dan haram, sejak dahulu lagi, banyak isu yang telah timbul di negara ini.
Kita pernah kecoh tentang isu berus bulu khinzir yang digunakan untuk menyapu
mentega apam balik, ayam daging import yang tidak disembelih mengikut syara',
ayam dicampur dengan daging babi di sebuah pasar raya dan terakhir sekali
adalah isu sosej yang dibungkus dengan usus babi. Memang tidak dapat dinafikan,
umat Islam di negara ini memang sangat peka terhadap isu barangan dan makanan
halal-haram. Namun apa yang kerap diperhatikan adalah, kepekaan umat terhadap
isu-isu ini hanya muncul buat sementara; umat akan sibuk membuat ulasan,
pandangan dan kritikan hanya apabila isu ini panas dimainkan oleh pihak akhbar
dan televisyen tetapi sejurus selepas isu-isu tersebut tidak dimuatkan lagi,
masyarakat pun terlupa dan pihak yang terlibat pun ikut terlena semula
.
Yang lebih menyedihkan lagi adalah, isu makanan halal-haram ini adalah isu yang
bermusim yang seringkali dimainkan oleh pihak media cetak dan elektronik setiap
kali kemunculannya. Jarang sekali kita melihat isu ini dibincangkan dari aspek
pemikiran Islam yang jernih dan juga sistem dan pengaturan yang wajib ada
bersamanya. Ini termasuklah mengenai konsep halal-haram di sisi Islam secara
terperinci dan seterusnya mengenai penerapan sistem halal-haram yang lebih
komprehensif dan mendalam, supaya masalah seperti ini dapat ditangani dengan
tuntas.
Tudung Ya atau Tidak?
Selain isu makanan halal-haram, isu busana Muslimah juga turut menjadi
perbincangan hangat dan mendapat respon yang bercampur baur. Sebagai contoh
baru-baru ini Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya
yang berumur 15 18 tahun dari mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring
negeri kerana membuka tudung semasa bermain [New Straits Times 23 Mac 2006]; di
Pahang, terdapat pula guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang, yang telah menggunting tudung labuh pelajarnya
seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
mereka [Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari, 2006]; begitu juga nasib seorang
Muslimah, Habsah Jaafar yang dibuang kerja kerana majikannya, Hotel
Renaissance, tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa berkerja [Utusan
Malaysia 27 Februari 2006]. Baru-baru ini pula, Ketua Polis Negara Tan Sri Omar
Bakri memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis
wanita memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [New Straits
Times 22 Mac 2006] namun isu ini diredakan oleh kenyataan Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung
hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka
perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006].
Lebih menyedihkan lagi adalah 'mazhab' yang dianuti oleh artis dan isteri para
menteri; mereka akan memakai tudung hanya apabila melakukan umrah atau haji
serta ketika menghadiri majlis keagamaan tetapi akan meninggalkannya apabila
tidak terlibat dalam majlis tersebut dan itu pun pemakaiannya tidak mengikuti
hukum yang sepatutnya. Artis pula menganggap 'menudung' hati adalah lebih utama
daripada menudungkan kepala, sehinggakan mereka akan memakainya hanya apabila
sudah sampai 'seru' seperti kenyataan penyanyi terkenal Siti Norhaliza yang
dikhabarkan sebelum ini akan memakai tudung satu hari nanti, dan masih dianggap
'baik' oleh sesetengah pihak [Al Islam Ogos 2004 m/s 13]. Selain itu juga,
Norhayati Kaprawai dari SIS (Sister In Islam) pernah mengatakan semasa sesi
Dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang bahawa pakaian taqwa itu
yang lebih baik daripada menutup aurat.
Respon kepada isu ini menampakkan bahawa ada pihak yang bersetuju dengan
pemakaian tudung dan tidak kurang juga pihak yang mengecam. Sebagai contoh,
kemunculan ahli parlimen Indera Mahkota, Pahang, seperti seorang pelawak,
mendedahkan bahawa anaknya telah dipulaukan di Methodist Girls' School, Kuantan
kerana tidak memakai tudung dan mempersoalkan kenapa berlaku diskriminasi
kepada yang tidak bertudung. Sepatutnya Ahli Parlimen terbabit menyokong
tindakan tersebut dan memboikot anaknya yang tidak bertudung serta memuji
komuniti sekolah tersebut kerana memanifestasikan ruh Islam.
Isu tudung juga hangat diperdebatkan di Perancis dan United Kingdom. Di
Perancis sebagai contoh, apabila pemakaian tudung tidak dibenarkan di
sekolah-sekolahnya, ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat
Islam seluruh dunia. Di London pula sebelum ini, Shabina Begum, 17 tahun telah
dibenarkan memakai jilbab dan tudung ke sekolah oleh mahkamah, namun begitu
keputusan tersebut telah ditarik balik, dan akhirnya dia tidak dapat
bersekolah.
Tudung
Hukum Syara'?
Isu tudung pada hakikatnya tidak sepatutnya menjadi polemik masyarakat umat
Islam yang tidak berkesudahan. Isu ini bukanlah isu etika berpakaian sehingga
ia harus dipertimbangkan sama ada perlu atau tidak, sesuai atau tidak kepada
masyarakat kita atau bila dan di mana ia wajar dipakai. Isu ini bukanlah isu
yang boleh diperdebatkan atau dibincangkan dalam mencari kaedah perlaksanaan
yang terbaik, atau samada ia harus diwajibkan atau tidak. Isu tudung adalah isu
yang menyangkut soal hukum syara' dan kedaulatannya. Oleh yang demikian, umat
Islam wajib memartabatkan hukum syara' dan wajib terikat di setiap masa dan
detik tanpa menilai pangkat mahupun kedudukan. Inilah hakikat pemakaian tudung.
Tudung telah diWAJIBkan oleh Allah dalam firmanNya yang amat jelas:
"
Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras
dada
" [TMQ an-Nur:31]
Kehendak ayat ini adalah jelas. Allah tidak menerangkan lebih lanjut tentang
maksud ayat ini dan tidak terdapat hadis qauli (ucapan Nabi) yang sahih
tentangnya. Namun begitu, hadis iqrari (perakuan Nabi) yang sahih tentangnya
amat banyak sekali, Ini merupakan hadis berbentuk perakuan Nabi terhadap para
sahabat wanita yang semuanya bertudung setelah turun ayat tersebut. Di
antaranya adalah:
Yang pertama, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada
'Aishah radhiAllahu 'anha:
"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat
(yang bermaksud) "
dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka
dengan tudung kepala mereka
", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain
(yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."
Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada
Safiyyah binti Shaybah katanya:
"Ketika kami bersama 'Aisha r.a., kami menyebut-nyebut tentang
kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu 'Aisha menyampuk: "Memang benar wanita
Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat
wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan
pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang
bermaksud) "
dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan
tudung kepala mereka
", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan
kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka,
saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang
perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada
di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan
membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka
wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak
hitam berada atas
kepala mereka."
Jelas sekali, apabila perintah kewajiban memakai tudung diturunkan, kaum wanita
Islam zaman awal tidak mempersoalkan sama ada boleh atau tidak, sesuai atau
tidak, bila dan di mana dan tidak pula meminta para cendekiawan atau pemimpin
mereka membincangkan soal pemakaian tudung; namun mereka bergegas menyambut
perintah tersebut dengan mengoyakkan sebahagian kain sarung mereka untuk
menutup kepala dan dada. Mereka melakukannya kerana menginginkan keredhaan
Allah semata-mata dan bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan manusia atas
nama 'glamour', peraturan sekolah, undang-undang tempat kerja, periuk nasi,
tidak sampai 'seru', pakaian 'taqwa' lebih baik atau pelbagai lagi alasan yang
tidak masuk akal. Golongan wanita Muslim awal seperti inilah sepatutnya
dijadikan contoh dan teladan kepada kaum wanita zaman kini untuk segera
melaksanakan perintah pemakaian tudung, sekiranya merasakan diri merupakan
wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
Perintah Agama atau Kenyataan Politik?
Jelasnya, tudung adalah kewajiban agama yang penting. Kewajiban ini dihasilkan
secara langsung dari sumber-sumber Islam dan bukan merupakan hasil kenyataan
politik terkini umat Islam. Hukum tudung telah ditetapkan oleh ulama salaf yang
membentangkan keperluannya seribu tahun sebelum fenomena kebangkitan semula
Islam. Hari ini , tudung telah menjadi isu kontroversi umat dan ahli politik;
oleh itu, motivasi luhur yang menyangkut soal pemakaian tudung bagi menutup
aurat hendaklah lahir hanya dari perasaan/ruh Islam dan bukan yang lain.
Tambahan pula, pemakaian tudung yang tidak diasaskan kepada rasa tanggungjawab
untuk menegakkan hukum syara' dan mendapat keredhaan Allah tidaklah bermakna di
sisiNya. Ini adalah kerana motivasi menutup aurat seperti ini masih tidak
dikaitkan kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pahala dan keredhaan Allah
hanya akan diperoleh ketika melakukan sesuatu kewajiban semata-mata keranaNya
dan bukan atas alasan yang lain.
Khatimah
Pemakaian tudung adalah suatu kewajiban syara'. Ia bukanlah isu yang terkait
dengan pilihan peribadi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum seseorang
kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang terpesong. Tudung
juga tidak boleh dianggap sebagai adat budaya orang Melayu. Bagi umat Islam di
Malaysia, pendidikan mengenai tudung, hakikat syara'nya dan cara pemakaiannya
yang betul hendaklah diperhebatkan. Ini adalah perlu kerana ramai di antara
kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia tidak difahamkan dengan jelas, sama ada
oleh individu-individu di sekelilingnya, masyarakat, keluarga mahupun
pemerintah tentang kewajiban mengenakan tudung dan pakaian menutup aurat yang
sah di sisi syara'. Dengan pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka mengenai
aturan syara' dalam penutupan aurat. Seterusnya, ini akan menimbulkan kepekaan
yang amat tinggi di dalam masyarakat; tegur menegur atas kebaikan, khususnya di
dalam isu pemakaian tudung dan busana Islam yang betul akan
berleluasa dan nuansa Islam akan menyelubungi seluruh umat.
Di samping teguran dan tunjukan, hukuman takzir juga hendaklah dilaksanakan
oleh negara kepada sesiapa yang tidak melaksanakan pemakaian tudung dan busana
Islam yang sah di sisi syara'. Ini pernah dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II,
Khalifah Uthmaniyyah Turki, dengan mengeluarkan pekeliling mendenda wanita yang
tidak memakai tudung. Kalau sekiranya kompromi tidak diberikan terhadap
pesalah trafik, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Trafik Bukit Aman, Senior
Asisten Komisioner II Nooryah Md Anvar [Berita Harian 23 Mac 2006], begitu juga
sepatutnya kita melayan kesalahan wanita yang tidak memakai menutup aurat
dengan betul. Wanita yang melanggar hukum ini sepatutnya dikenakan denda kerana
melanggar hukum syara'.
Semua ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sebenar-benarnya kecuali
sekiranya semua pihak, tidak kira individu, masyarakat mahupun negara
bekerjasama sepenuhnya melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Walaubagaimanapun, perlu diingati bahawa ini hanyalah sebahagian kecil dari
hukum Islam yang telah ditinggalkan dan dipandang remeh. Hukum pemakaian tudung
wajib dilaksanakan bersama-sama dengan hukum-hukum, peraturan dan sistem Islam
yang lain seperti sistem ekonomi, pemerintahan, pendidikan, penghukuman dan
sistem sosial. Dengan kata lain, Islam perlulah dilaksanakan secara kaffah
(menyeluruh).
Wahai Umat Islam yang dimuliakan oleh Allah, sedarlah bahawa keterikatan kita
kepada Islam mewajibkan kita untuk melaksanakan kesemua aspek hukum-hukumnya .
Namun, hakikatnya, ini tidak akan mampu dilaksanakan kecuali dengan kita saling
bahu membahu berdakwah mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan
menegakkan Daulah Khilafah yang akan membawa rahmat keseluruh alam ini. Amin
----------------------------
Maka demi Rabbmu, mereka itu (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga
menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim terhadap perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian mereka tidak merasai dihati mereka suatu keberatan
terhadap putusan yang engkau berikan, dan mereka menerima (pasrah) dengan
sepenuhnya (4:65)
---------------------------------
How low will we go? Check out Yahoo! Messengers low PC-to-Phone call rates.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman .Iaitu mereka yang khusyuk
dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan
perkataan yang sia-sia;[mukminun:1-3]
"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku
tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama
ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari
setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan
ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang
disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang
berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam
perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan
sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah
pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". [3:195]
SPONSORED LINKS
Islam video Islam book Islam matrimonial
Islam Islam empire of faith Islam music
---------------------------------
YAHOO! GROUPS LINKS
Visit your group "al-Falaah" on the web.
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
---------------------------------
---------------------------------
Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls. Great rates
starting at 1¢/min.
[Non-text portions of this message have been removed]
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/