----- Original Message ----- 
From: Ridzwani Lidam 
---------- Forwarded message ----------
From: Ibrahim Muhamed <[EMAIL PROTECTED]>



Jamiah Suseno <[EMAIL PROTECTED] > wrote:

  Dr. Jeffrey Lang dulu cabar kewujudan Tuhan  Susunan SITI AINIZA KAMSARI
BERKULIT putih dan berambut perang kini   menjadi wajah-wajah pendakwah Islam 
kontemporari. Ini termasuklah Profesor   Matematik di Universiti Kansas, sebuah 
universiti yang terkemuka di Amerika   Syarikat (AS), Dr. Jeffrey Lang. 
   
  Beliau tidak sahaja berkongsi pengalaman uniknya memeluk Islam pada 1982   
tetapi beliau menulis buku tentang pengislamannya bagi membuka hati-hati yang   
selama ini tertutup untuk mengakui kebesaran Tuhan.
   
  Setelah memeluk Islam dan mendirikan solat lima kali sehari semalam, Dr.   
Jeffrey berkata, ibadat tersebut begitu memberikan kepuasan pada jiwanya   
terutama ketika mendirikan solat subuh. Ia adalah detik-detik paling indah   
yang pernah dilaluinya. 
   
  "Itu adalah saat anda meninggalkan buat sementara alam dunia ini kerana   
ternyata dalam suasana sunyi dan sepi ! itu serta bersama barisan malaikat,   
kita saling memuji (berzikir) terhadap Allah s.w.t. menunggu terbitnya sang   
mentari," katanya. 
   
  Apabila ditanya bagaimana beliau begitu tertawan dengan al-Quran yang   
menggunakan bahasa Arab sedangkan bahasa itu begitu asing baginya selama ini.   
   
  Jawab Dr. Jeffrey: "Bagaimana pula seorang bayi (yang tidak mengerti   
apa-apa) dapat ditenteram hanya setelah mendengar suara ibunya?" 
   
  Dr. Jeffrey yang dilahirkan pada 30 Januari 1954 di Bridgeport,   
Connecticut, AS mengisytiharkan dirinya seorang yang tidak percayakan Tuhan   
atau ateis ketika berusia 18 tahun walaupun dibesarkan dalam keluarga yang   
kuat mengamalkan Judeo-Kristian Katolik. 
   
  "Saya mempersoalkan jika ada Tuhan yang Maha Penyayang lagi Mengasihani   
mengapa ada umat yang dibiarkan menderita di muka bumi ini? Kenapa tidak   
diciptakan sahaja syurga itu di muka bumi ini? Kenapa dic! iptakan manusia   
untuk menderita," katanya. 
   
  Pemikiran seperti itu dibentuk sejak beliau belajar di Sekolah Tinggi   
Lelaki Notre Dame (sebuah sekolah mubaligh Kristian) sehinggalah melanjutkan   
pelajaran di peringkat ijazah, sarjana dan kedoktoran dalam bidang matematik.   
   
  "Sebagaimana bidang itu yang berteraskan logik akal dan bermain dengan   
fakta dan angka, begitulah juga cara minda saya bekerja. 
   
  "Saya akan cukup kecewa apabila sesuatu itu tidak dapat dibuktikan secara   
konkrit. Selagi tidak dapat dibuktikan secara logik mengenai Tuhan, bagaimana   
saya dapat percaya adanya Tuhan," katanya. 
   
  Sehinggalah pada suatu malam beliau bermimpi.
   
  "Saya dapati saya berada di sebuah bilik yang berdinding cat putih,   kosong. 
Tidak ada sebarang perabot di dalamnya kecuali hamparan permaidani   yang 
berjalur rona merah dan putih. 
      Terdapat juga satu tingkap kecil yang mampu membenarkan cahaya matahari   
masuk bagi menghangatkan bilik itu. 
   
  "Ketika itu terdapat tiga barisan lelaki sedang berdiri dan saya di   barisan 
yang ketiga dan masing-masing berdiri menghadap tingkap kecil itu.   
   
  "Saya rasa begitu terasing kerana tidak mengenali sesiapa pun di situ dan   
seolah-olah seperti berada di negara lain. Kami kemudian melakukan tunduk   
sehingga ke paras pinggang, diikuti muka yang diletakkan hampir mencium tanah.  
 
   
  Mimpi
   
  "Suasana begitu sunyi seolah-olah semua bunyi lain telah dimatikan.   Apabila 
kami duduk semula, baru saya dapati perbuatan kami tadi diketuai oleh   seorang 
lelaki yang saya hanya dapat perhatikan bahagian belakangnya. 
   
  "Dia berdiri seorang diri di tengah-tengah barisan kami itu dengan   
mengenakan jubah putih yang panjang dan mengenakan selend! ang pada kepalanya.  
 Saya kemudiannya terjaga daripada mimpi itu," katanya. 
   
  Sebenarnya sepanjang 10 tahun sebagai ateis, mimpi seperti itu sering   kali 
mendatangi tidur Dr. Jeffrey. Tetapi beliau tidak pernah menghiraukannya   
walaupun ada satu perasaan ganjil setiap kali terjaga daripada mimpi itu.   
   
  Selepas 10 tahun melanjutkan pelajaran di universiti, beliau kemudian   
ditugaskan sebagai pensyarah di Universiti San Francisco. 
   
  Di situ buat pertama kalinya beliau bertemu Mahmoud Qandel iaitu seorang   
pelajar Islam yang mengikuti pengajiannya. Dr. Jeffrey mula bersahabat baik   
dengan Mahmoud dan sering mengunjungi rumah dan keluarga pelajar berkenaan.   
   
  Namun soal agama tidak pernah menjadi topik dalam setiap perbualan mereka   
sehinggalah pada suatu hari Dr. Jeffrey dihadiahkan senaskhah al-Quran dan   
beliau berjanji pada dirinya tidak akan berpaling tadah apabila membaca kitab   
suci itu.    
  Malah beliau membacanya dengan penuh prejudis terhadap Islam.
   
  "Tetapi kamu tidak boleh membaca al-Quran begitu sahaja, kecuali kamu   perlu 
serius mendalaminya. Akibatnya sama ada kamu terus menyerah kalah   (kepada 
kebenaran Tuhan dan agama) atau menyebabkan anda melancarkan satu   peperangan 
kerana isi kandungannya berlawanan dengan kepercayaan anda selama   ini. 
   
  "Dan saya termasuk golongan yang kedua itu. Tetapi peperangan ini sungguh   
menarik kerana didapati lama-kelamaan saya semakin tidak dapat mempertahankan   
diri saya sendiri. Seolah-olah al-Quran itu lebih mengenali dan mengetahui   
setiap inci kelemahan diri saya berbanding saya mengenali diri saya sendiri.   
   
  "Malah Dia sedang membaca fikiran saya. Setiap malam pelbagai persoalan   
timbul dalam pemikiran saya, tetapi saya beroleh jawapannya melalui al-Quran   
keesokan harinya. 
   
  "Kitab itu mampu memadamkan sedikit demi sedikit fahaman yang saya bina   
selama ini. Malah kitab itu kini memimpin saya, mengajak saya ke satu sudut   
kebenaran yang mampu saya terima kerana ia sangat logik," imbas Dr. Jeffrey   
ketika al-Quran mula diperkenalkan kepadanya. 
   
  Sehinggalah pada suatu hari ketika berusia 28 tahun, Dr. Jeffrey terjumpa   
sebuah bilik yang terletak di tingkat bawah sebuah gereja di universiti.
   
  Bilik itu agak pelik kerana ia mengingatkan beliau pada sesuatu. Kemudian   
beliau diberitahu bahawa bilik itu sebenarnya dijadikan surau bagi membolehkan  
 pelajar Islam di universiti itu mendirikan solat. 
   
  Beliau kemudian terpaku di situ sambil mindanya bergelut dengan pelbagai   
perkara. Dr. Jeffrey merasakan dirinya mempunyai kekuatan untuk melakukan satu  
 perubahan pada pendirian dan falsafah hidupnya selama ini. 
   
  Kini beliau meyakini bahawa Tuhan itu wujud, malah kerana adanya   Tuhanlah, 
dengan kekuasaan-Nya itu Dia mampu mengubah dan menggoyahkan   pegangannya 
selama ini yang tidak percayakan Tuhan.
   
  Tanpa membuang masa, beliau melafazkan dua kalimah syahadah bersaksikan   
beberapa pelajar Islam yang ketika itu hendak menunaikan solat di bilik itu.   
   
  Seolah-olah berlaku satu perayaan, mereka semua gembira dengan perubahan   
besar yang dilakukan Dr. Jeffrey itu lalu mereka mendirikan solat Asar   
berjemaah dan berdoa bagi meraikan kehadiran saudara baru itu.
   
  Seusai solat, tiba-tiba Dr. Jeffrey menggigil ketakutan.
   
  "Mimpi itu! Ya mimpi itu! Suasana kami mendirikan solat jemaah sebentar   
tadi tidak ubah seperti yang selalu datang dalam mimpi saya.
   
  "Bilik ini, para jemaah dan pergerakan solat itu seperti yang selalu saya   
mimpikan. Betapa hebat kebetulannya dan sukar untuk saya mempercayainya.
   
  "Saya cuba memfokuskan semula fikiran ekoran apa yang berlaku itu.   Setelah 
menarik nafas saya seolah-olah disirami rasa dingin yang menjalar ke   seluruh 
badan. Tuhan! Ia adalah satu kenyataan, sejurus itu juga air mata saya   
mengalir laju membasahi pipi," katanya. 
   
  Kepatuhan
   
  Perjalanan seseorang untuk memeluk Islam adalah begitu unik dan berbeza   
antara satu sama lain. Seperti yang berlaku pada Dr. Jeffrey, daripada seorang  
 yang mencabar mengenai kewujudan Tuhan, beliau kini seorang yang mempunyai   
kepatuhan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah. 
   
  Daripada seorang panglima ateis yang begitu bengis dengan menjadikan   
al-Quran sebagai musuh, beliau akhirnya mengaku kalah dan tunduk kepada kitab   
itu.
   
  "Semua yang saya anggap selama ini begitu hebat di kepala (ateis) kini   
kedudukannya berada di atas tanah, sujud sebagai tanda penyerahan ! diri   
kepada-Nya," katanya.
   
  Dr. Jeffrey berkahwin dengan seorang wanita warga Arab bernama Raika dan   
dikurniakan tiga orang anak perempuan. Beliau kini giat berdakwah di kalangan   
rakyat kulit putih Amerika. 
   
  Untuk tujuan dakwah, beliau juga menulis buku-buku. Antara yang begitu   
mendapat sambutan di AS ialah Struggling To Surrender - Some Impressions Of An  
 American Convert To Islam (Beltsville, 1994) dan Even Angels Ask: A Journey To 
  Islam In America (Betsville, 1997) dan Losing My Religion: A Call For Help   
(Betsville, 2000). 
   
  Buku-buku tersebut menjelaskan kepada kita bagaimana fakta-fakta daripada   
al-Quran dan ajaran Islam mampu menangkis fahaman   ateis.





                
---------------------------------
Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls.  Great rates 
starting at 1&cent;/min.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke