Gejala-gejala diabetes tidak terkawal

http://www.maynetwork.net/noni/

Simptom-simptom diabetes jenis 1 yang biasa termasuklah kerap 
membuang air kecil, terasa amat dahaga, penurunan berat badan 
mendadak, terlampau penat dan kabur penglihatan.

Individu yang menderitai diabetes jenis 2 mungkin mengalami gejala 
yang sama tetapi mungkin tidak berapa jelas. 

Hampir 50 peratus daripada mereka tidak menunjukkan apa-apa gejala 
dan hanya didiagnos setelah beberapa tahun `berkawan rapat' dengan 
penyakit kencing manis ini.

Komplikasi diabetes

Sesuai statusnya sebagai penyakit kronik yang kekal sepanjang hayat, 
diabetes memerlukan kawalan serta pemantauan yang cermat dan berhati-
hati.

Tanpa pengurusan yang sewajarnya, ia boleh membawa kepada 
hiperglikemia yang berkait rapat dengan kerosakan berpanjangan tubuh 
badan serta kegagalan pelbagai organ dan tisu.

Komplikasi jangka panjang dan pendek termasuklah penyakit 
kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, penyakit saraf dan mata.

Faktor risiko diabetes

Jenis 1: Kedua-dua pengaruh genetik dan persekitaran memainkan 
peranan penting dalam perkembangan diabetes jenis 1.

Pencetus persekitaran yang berpotensi adalah seperti virus, toksin 
dalam rantaian makanan dan komponen dietari, walaupun sehingga kini 
penglibatan faktor-faktor ini masih belum terbukti dalam majoriti 
kes.

Jenis 2: Faktor-faktor risiko bagi diabetes jenis 2 termasuklah 
berat badan berlebihan dan obesiti, kurang bersenam, diet tinggi 
lemak dan kurang serat, etnik, sejarah keluarga, usia (terutamanya 
melebihi 45 tahun) dan kelahiran tidak cukup bulan.

Diabetes dan kaki

Sekalipun diabetes diiringi oleh senarai panjang komplikasi serius 
seperti kebutaan namun, masalah kaki merupakan antara komplikasi 
yang paling berkos tinggi.

Pesakit diabetes berisiko mengalami kerosakan saraf (neuropati) dan 
masalah bekalan darah ke kaki (iskemia), kedua-duanya boleh 
menyebabkan ulser kaki dan luka yang lambat sembuh. Jangkitan pada 
luka ini, akibatnya adalah amputasi. 

Mengikut perangkaannya, setiap 30 saat, satu kaki terpaksa dibuang 
di mana-mana ceruk dunia dan pesakit diabetes adalah 25 kali lebih 
cenderung kehilangan kaki berbanding individu tanpa penyakit itu.

Adalah juga dianggarkan, sehingga 70 peratus pemotongan bahagian 
kaki bawah ada kena-mengenanya dengan diabetes - satu angka yang 
tidak masuk akal.

Ini mengambil kira insiden ulser kaki yang walaupun kerap berlaku 
tetapi selalunya ia boleh dirawat.

Kes-kes amputasi juga boleh dikurangkan sehingga 85 peratus dengan 
adanya langkah-langkah pencegahan dan pengurusan asas diabetes 
seperti amalan melihat jika terdapat benda asing di dalam kasut 
sebelum menyarungnya dan tidak berkaki ayam.

Penyakit kaki diabetik memberikan impak yang sangat teruk ke atas 
kehidupan pesakit. Sekalipun sebelah kaki terpaksa dibuang, sebelah 
kaki lagi dan kehidupan seterusnya seseorang dapat diselamatkan 
dengan pengurusan yang agresif.

Kebanyakan amputasi bermula dengan ulser kaki

Ulser kaki merupakan satu perkara biasa di kalangan pesakit diabetes 
di mana kira-kira 85 peratus amputasi berkaitan diabetes, diawali 
dengan kejadian ulser kaki. 

Di negara-negara maju sekalipun, sehingga lima peratus pesakit 
diabetes mengalami masalah ini manakala satu dalam setiap enam 
pesakit akan mendapat ulser sepanjang hayat mereka.

Masalah kaki turut menjadi punca utama kemasukan pesakit diabetes ke 
hospital terutamanya di negara-negara sedang membangun.

Apakah yang menyebabkan ulser kaki diabetik?

Ulser kaki kebanyakannya berpunca daripada kerosakan saraf 
(neuropati periferal), kecacatan biasa seperti jari kaki tukul dan 
bunion/bengkak pada sendi antara ibu jari kaki dan tulang metatarsal 
pertama.

Ia juga boleh disebabkan oleh bentuk kaki yang tidak normal di mana 
kasut yang sesuai sukar dicari, bekalan darah yang lemah ke kaki 
(penyakit vaskular periferal) dan kecederaan yang pada mulanya 
kelihatan remeh-temeh.

Rawatan

Sebaik sahaja saraf-saraf dirosakkan oleh diabetes, sensasi tidak 
dapat dipulihkan kembali. Kaki yang telah menjadi kaku perlu 
dilindungi daripada tekanan tidak normal.

Jika tekanan ini tidak dilegakan, ulser akan datang semula. Rehat 
yang ringkas dan penggunaan plaster khas merupakan antara sebahagian 
cara melegakan tekanan.

Apabila bekalan darah lemah, rawatan yang boleh diberikan adalah 
untuk menyekat pembuluh darah atau sebaliknya, meningkatkan aliran 
darah.

Jangkitan kaki perlu dirawat dengan antibiotik yang bersesuaian, 
jika ada. Kadangkala, tisu-tisu yang dijangkiti juga terpaksa 
dibuang.

Bagi meningkatkan peluang penyembuhan, glukos darah hendaklah 
dikawal ketat manakala faktor-faktor komplikasi lain yang mungkin 
berlaku, perlu dirawat.

Ulser dan luka perlulah ditutup dengan kasa atau pembalut dan dicuci 
setiap satu atau dua hari sekali dengan air bergaram. Kejadian 
semula ulser dapat dielakkan jika punca ulser dikenal pasti dan 
langkah-langkah yang sewajarnya diambil.


Apa yang boleh dilakukan - apa yang tidak

- Periksa kaki anda setiap hari jika terdapat luka, repuh, lebam 
atau perubahan warna, bengkak dan kudis terbuka. Segeralah berjumpa 
doktor. Gunakan cermin untuk melihat luka pada kaki atau jika ia 
sukar dilakukan, dapatkan bantuan seseorang. 

- Elakkan pemakaian kasut bertumit tinggi, bermuncung tajam, 
bertumit halus, tidak bertali dan terbuka di belakang.

- Sentiasa lindungi kaki anda. Pakai kasut atau selipar yang sesuai 
baik di dalam mahupun luar rumah bagi mengelakkan kecederaan kaki. 

- Jangan pakai stoking yang ketat. Periksa dalam kasut anda kalau-
kalau ada batu, objek tajam dan tempat-tempat kasar sebelum memakai 
kasut. 

- Berhati-hati apabila membasuh kaki. Jangan gunakan air yang 
terlalu panas.

- Beli kasut baru pada lewat petang kerana kaki membengkak menjelang 
penghujung hari. Oleh itu, anda akan lebih pasti tentang ukuran 
kasut yang benar-benar sesuai dan tidak terlalu ketat. 

- Jangan gunakan alat pemanas atau botol air panas untuk 
menghangatkan kaki anda.

- Pemakaian stoking dapat membantu mengelakkan kecederaan. Pastikan 
ia tidak terlalu ketat dan dibasuh setiap hari. Pastikan juga, 
stoking tidak berlubang. 

- Elakkan berjalan kaki ayam. Sekiranya tidak dapat dielakkan atas 
alasan budaya atau agama, anda hendaklah begitu berhati-hati dan 
elakkan risiko terbakar kerana permukaan yang panas dalam cuaca yang 
juga panas.

- Selalulah membasuh kaki menggunakan air dan sabun serta di celah-
celah jari. Keringkan kaki terutamanya di antara celah-celah jari. 
Gunakan minyak atau losen untuk mengekalkan kelembutannya. 

- Jangan cuba merawat kaki sendiri menggunakan ubat-ubatan kematu 
atau mata pisau. Dapatkan bantuan profesional jika ada masalah.

- Potong kuku kaki secara lurus dan kikir mana-mana tepi yang tajam. 

- Elakkan pertambahan berat badan. Lakukan pemeriksaan kaki 
profesional secara berkala. 

- Jangan merokok kerana ia mempengaruhi bekalan darah ke kaki.

- Balut luka dengan pembalut yang bersih. Jangan pakai barangan 
kemas di kaki.

Ingat! Jika masalah kaki anda tidak mendatangkan kesakitan 
sekalipun, ia masih sesuatu yang serius.

http://www.maynetwork.net/noni/

===================================================================
NONI MADU : Jus mengkudu + Madu + Mineral

Hanya RM60.00 Sebotol Semenanjung / RM65.00 Sabah & S'wak

Kos penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju kerumah atau pejabat

Kandungan 1 botol (500ml - Dalam botol kaca)

Pembelian online : http://www.maynetwork.net/pembelian.html

===================================================================
PESAKIT DIABETES (Kencing Manis) 

"Saya telah disahkan menghidapi penyakit diabetes untuk tempoh yang lama dan 
telah lama bergantung pada ubat-ubatan hospital untuk mengawal kandungan gula 
dalam darah. Walau bagaimanapun, setelah mengamalkan NONI madu dengan kerap, 
saya dapati kandungan gula dalam darah saya dapat dikawal dengan lebih baik 
walaupun saya tidak mengambil ubat-ubatan hospital. Sekarang saya telah 
berhenti mengambil ubat-ubatan hospital dan doktor yang merawat saya juga agak 
kagum dengan perubahan pada kawalan paras gula dalam darah saya. Saya akan 
terus menggunakan Noni Madu".

HJH. ZAWEYAH HJ MAIDIN
Surirumah (66 Tahun)
Seremban

Lain-lain testimoni :
http://www.maynetwork.net/noni/testimoni1.html

===================================================================
** Semua testimoni di atas sembuh dengan izin Allah S.W.T. Ia belum
diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan yang dialami
mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.
===================================================================



  

[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke