"Percayakah anda jika saya mengatakan dalam diri anda ada permata berlian yang 
berharga? Ya, sebenarnya dalam diri anda memang terdapat berlian yang berharga. 
Berlian atau diamonds merupakan batu permata yang paling berharga di dunia. 
Dalam bentuk yang asli, ia adalah karbon dalam bentuk yang paling pekat. 
Berlian terhasil lebih kurang 161 kilometer (100 batu) di dalam bumi. Untuk 
menghasilkan berlian, karbon di dalam bumi perlu mendapat tekanan (pressure) 
seberat 435,113 paun bagi setiap inci persegi (psi) dan dipanaskan pada suhu 
yang tidak kurang dari 752 darjah Fahrenheit bersamaan dengan 400 darjah 
Celsius. Jika kedua-dua tekanan dan suhu ini tidak mencapai tahap yang telah 
disebutkan, berlian tidak akan terhasil sebaliknya yang akan terhasil ialah 
grafit (graphite). Grafit ialah karbon yang lembut yang boleh anda beli di tepi 
jalan dalam bentuk pensel dan alat pelincir. Kebanyakan berlian yang kita lihat 
pada hari ini terhasil di bawah bumi jutaan tahun dahulu. Ini menjadikannya 
bahan mineral yang paling keras di muka bumi. 

 

Sebenarnya manusia memiliki berlian dalam dirinya kerana lebih daripada 18% 
dari jasad manusia adalah karbon. Namun berlian dalam diri manusia tidak akan 
terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi tidak akan 
terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlian dalam diri 
manusia hanya akan terhasil apabila kesabarannya diuji, kecekalannya dicabar, 
kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketakwaannya ditapis. 
Apabila manusia berjaya melepasi ujian-ujian ini, dia akan menjadi permata umat 
yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Ketika itulah dia 
akan mencapai hasanah di dunia dan hasanah di akhirat."



Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/  (Dalam proses penyenggaraan)

DIARI: Bacalah artikel 'Hadis lalat & Sains' oleh Dr Danial dalam Majalah-i 
bulan April, 2006.


[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke