Lebih 200 virus penyebab selsema (Bhgn 1/2) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Minyak Kelapa Dara Biovco : http://www.maynetwork.net/biovco/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
APABILA diserang selesema, segala pergerakan jadi tidak selesa. Hidung berair dan tersumbat, sukar bernafas, pening kepala dan adakalanya ia dilengkapi demam serta batuk. Jika dianugerahkan pakej lengkap begini, jawapan terbaik adalah mengambil cuti sakit dan berehat di rumah supaya rakan sekerja tidak diserang penyakit sama. Selesema adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan atas yang menyebabkan keradangan pada membran mukus hidung, tekak dan tiub bronkial. Ini sebabnya apabila selesema, kita sering mengalami masalah hidung tersumbat. Kajian mendapati ada lebih 200 virus yang boleh menyebabkan selesema, tetapi jenis paling lazim mencetuskan masalah ialah rhinovirus. Oleh kerana virus yang menyebabkan selesema terlalu banyak, sehingga kini tiada vaksin khas yang boleh mengelakkan serangan selesema. Apabila virus selesema mula menyerang, mangsa paling berisiko tinggi adalah kanak-kanak kerana sistem pertahanan badan mereka belum terbina dengan sempurna dan biasanya ibu bapa mendapat selesema daripada anak yang masih kecil. Di negara empat musim, serangan selesema banyak berlaku pada musim sejuk, tetapi di negara bercuaca panas virus selesema menyerang sepanjang tahun, terutama pada musim hujan. Jika diserang selesema, sebaik-baiknya berehatlah di rumah dan kurangkan aktiviti luar. Ini kerana virus selesema mudah berjangkit pada hari kedua atau ketiga diserang selesema dan ia hilang kuasa jangkitan menjelang hari ketujuh dan ke-10. Ketika selesema, hidung kita sebenarnya dipenuhi virus. Virus ini mudah merebak apabila kita bersin, batuk atau menghembuskan hingus ke tisu (dan tidak mencuci tangan selepas tisu dibuang). Bagaimanapun, virus selesema ini hanya membiak dalam badan manusia. Di luar badan manusia ia tidak membiak, tetapi boleh menyebabkan jangkitan apabila memasuki rongga hidung. Kita juga boleh dijangkiti virus yang terbang di udara jika duduk dekat dengan orang yang selesema atau menyentuh mulut, hidung atau mata selepas memegang objek atau permukaan dicemari virus. Antara objek biasa yang mudah menjadi perantara kepada virus ialah telefon, tombol pintu, meja mahupun alat tulis yang dikongsi pakai dengan orang diserang selesema. Bagi kanak-kanak, peralatan permainan mereka perlu dicuci bersih dan dibasmi kuman untuk mengelakkan virus menjangkiti ahli keluarga lain. Simptom selesema yang paling lazim ialah berhingus (hidung berair), hidung tersumbat dan bersin. Selesema jarang menyebabkan demam pada orang dewasa atau kanak-kanak besar. Simptom ini juga berbeza mengikut jenis virus yang menyerang. Sesetengah virus menyebabkan sakit tekak, batuk, sakit otot, pening, kurang selera makan, badan terasa seram sejuk dan demam sedikit iaitu antara 37.2 hingga 37.8 Celsius. Simptom biasanya bermula pada hari kedua atau ketiga dan boleh berlanjutan sehingga seminggu. Kebanyakan orang akan mengalami petanda awal selesema seperti gatal tekak dan hidung. Petanda awal ini akan disusuli gejala bersin dan hidung berair dalam masa beberapa jam saja. Bersambung di Bahagian 2 http://www.maynetwork.net ================================================================== Dapatkan Minyak Kelapa Dara "BIOVCO" dengan : Hanya RM30.00 Sebotol Semenanjung / RM35.00 Sabah & S'wak Kos penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju kerumah atau pejabat Kandungan 1 botol (120ml - Dalam botol kaca) Pembelian online : http://www.maynetwork.net/pembelian.html Dapatkan DISKAUN HARGA ISTIMEWA dengan menyertai biovco groups. Sila email ke : [EMAIL PROTECTED] =================================================================== TESTIMONI TERKINI PENGGUNA : RESDUNG & ALAHAN Assalammualaikum, Saya telah bertahun-tahun mengalami masalah resdung /alahan. Bermacam-macam ubat, vitamin, food suplement saya cuba tetapi tidak bersesuaian dengan badan dan darah saya. Malah ia akan menjadi lebih teruk atau mendapat penyakit lain pula. Tetapi sejak saya mengamalkan Minyak Kelapa Dara "BIOVCO", saya telah banyak merasai perubahan dan berkurang dengan ketara. Saya telah boleh memakan makanan laut yang dulu tidak boleh dimakan langsung. Hingga kini saya masih menggunakan Minyak Kelapa Dara "BIOVCO". Rohidah Abdul Rahman Jalan 14/4B P. Jaya Selangor Lain-lain testimoni : http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html =================================================================== ** Semua testimoni di atas sembuh dengan izin Allah S.W.T. Ia belum diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan yang dialami mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. =================================================================== [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

