Artikel ini dipetik dari ruangan surat pembaca Berita
Harian 12 April 2006. Apa yang menarik ianya ditulis
oleh warganegara Malaysia yang beragama Hindu. Jika
orang Hindu begitu prihatin mengenai soal rasuah,
sumber rezeki yang halal, bagaimana dengan kita orang
Melayu serta umat Islam di Malaysia ini ? Jika orang
India di Malaysia boleh menulis dengan gaya bahasa
Melayu yang tersusun, bagaimana kita orang Melayu ?

********************************** 

Pengundi boleh perangi rasuah, oleh K PUVIRAJAN, Bukit
Mertajam, Pulau Pinang.

KITA harus sedar bahawa orang yang hendak memerangi
gejala rasuah, haruslah terlebih dulu membuktikan
dirinya bebas daripada rasuah.

Soalannya bagaimana membuktikan seseorang itu bebas
daripada rasuah? Pada 3 April lalu, akhbar The New
Straits Times menyiarkan temu ramah dengan Pengerusi
Transparency National, Tan Sri Ramon Navaratnam. 

Beliau mengatakan rakyat boleh memainkan peranan besar
dalam memerangi rasuah dengan tidak memilih semula
ahli Parlimen yang pernah terbabit dalam kegiatan itu.
Juga disarankan supaya pengundi melihat rekod setiap
calon bertanding untuk mengetahui sama ada calon itu
bersih daripada rasuah. 

Dengan berbuat demikian beliau berpendapat pengundi
boleh membuat pilihan bijak ketika mengundi dalam
pilihan raya. Calon disyaki dicemari rasuah harus
ditolak, tegasnya.

Adakah mustahil untuk kita menggubal undang-undang
mewajibkan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
dan ahli Parlimen mengisytiharkan jumlah pendapatan
tahunan daripada semua sumber serta semua pembelian
aset dan simpanan wang kepada pengundi di kawasan
masing-masing setiap tahun?

Setiap ahli Parlimen dan Adun harus mempamerkan
maklumat mengenai jumlah pendapatan dan pemilikan
harta di kawasan yang ditandingi dan menang, serta
ketika pilihan raya di kawasan bertanding supaya
rakyat dapat menyemak rekod calon seperti yang
disyorkan Ramon. 

Lihat saja maklumat di tempat awam seperti poster
ketika pilihan raya. Juga boleh diletakkan satu buku
yang lengkap dengan maklumat berkenaan di tempat
tertentu.

Jadi apa salahnya jika pengundi mengetahui pendapatan
serta aset calon mereka. 

Adakah mereka yang hidup mewah itu mendapat pendapatan
daripada sumber yang halal? Adakah mereka ini hidup
mewah di luar kemampuan? Soalan seperti ini akan
ditanya rakyat.


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Surat/20060411214424/Article/


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke