MAJLIS HI-TEA BERSAMA RAIHAN DAN ANAK-ANAK ACHEH Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah (PALS) akan menganjurkan MAJLIS HI-TEA BERSAMA RAIHAN DAN ANAK-ANAK ACHEH pada 7 Mei 2006 di Hyatt Regency Hotel, Johor Bahru.
Penaung bagi Majlis ini ialah Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Muna Najiah binti Sultan Iskandar Alhaj. Majlis ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai infrastruktur anak-anak yatim Darul Aytam, Banda Aceh. Di samping itu ia menjadi medan perkongsian maklumat dan pengalaman serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan dan kehidupan di Aceh selepas setahun lebih dilanda Tsunami. Majlis ini diilhamkan oleh sekumpulan pelajar lepasan SPM 2005 dari Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) yang telah melaksanakan satu program khidmat masyarakat selama sebulan di kawasan yang dilanda tsunami di Acheh. Sepanjang sebulan pada bulan Januari-Februari 2006, mereka telah didedahkan dengan penderitaan dan ketabahan penduduk Acheh mengharungi cabaran membina kehidupan baru. Pengalaman mereka bersama anak-anak yatim Acheh menimbulkan kesedaran keperluan menyumbang bakti mengutip dana untuk pembinaan bangunan dan operasi rumah anak-anak yatim di Acheh. Majlis akan diserikan dengan persembahan dari kumpulan nasyid tersohor RAIHAN di samping menampilkan anak-anak yatim dari Acheh sendiri. Pihak PALS mendapat kerjasama daripada beberapa badan bukan kerajaan NGO dalam menganjurkan Majlis ini termasuk Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa. Bersama-sama ini disertakan brosur berkenaan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi: Urusetia Program Hi-Tea Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah (PALS) d/a 8A, Perlaluan Besi 4, Taman Sri Putri, 81300 Skudai Johor. Tel: 07-5566370 Fax: 07- 5566357 http://www.freewebs.com/hitea-acheh Sekian. Terima kasih. Sila sebarkan maklumat ini. Yang benar, Muhamad Iqbal Hakim Bin Mohd Tahir Pengarah, Majlis Hi-Tea Bersama Raihan Dan Anak-Anak Acheh __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

