Melihatkan prestasi DAP di Negeri Sembilan pada
pilihanraya umum 2004 yang lalu sudah pasti
menggusarkan Barisan Nasional Negeri Sembilan yang
dipimpin oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hassan.  DAP
telah memenangi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu
di Lobak dan Bahau.

Apa yang perlu diberi tumpuan ialah daripada 11 kerusi
yang dipertandingkan DAP di Negeri Sembilan ini, DAP
menduduki 13 tempat teratas daripada peratusan jumlah
undi yang diperolehi dari kalangan parti pembangkang
di Negeri Sembilan ini, jauh meninggalkan PAS dan
Parti Keadilan dibelakang. Malah calon India mereka di
Bukit Kepayang memperolehi sebanyak 47.37% undi.

Maka tidak hairanlah DAP tidak begitu berminat untuk
menyertai Barisan Alternatif memandangkan mereka boleh
berdiri sendiri dengan kukuh di Negeri Sembilan. 

Yang pasti sekiranya Barisan Nasional Negeri Sembilan
silap percaturan mereka pada pilihanraya akan datang,
silap menyusun strategi, lebih banyak lagi kerusi akan
dirampas oleh DAP daripada Barisan Nasional dengan
pengundi mereka yang sedia ada dan sedikit undi
simpati daripada pengundi-pengundi PAS dan Parti
Keadilan Rakyat. Sekiranya ini berlaku, kesemua wakil
rakyat Barisan Nasional akan terasa bahang hangat
setiap kali Dewan Undangan Negeri bersidang, samada
mereka berada dalam parti yang memerintah atau
ditakdirkan mereka akan menjadi parti yang membangkang
di Negeri Sembilan ini.

Berikut ialah peratusan undi yang diperolehi DAP pada
pilihanraya umum 2004 :

1. Lobak 59.08
2. Bahau 53.07
3. Bukit Kepayang 47.37
4. Temiang 43.82
5. Mambau 42.35
6. Rahang 40.19
7. Lukut 39.89
9. Chennah 38.54
10. Port Dickson 38.19
12. Nilai 36.40
13. Repah 36.06




     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke