"Mohd.Monier B Mat Din" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:  
  Hari selasa lepas, 12 hb Rabiuawal tahun 1427H, bersama-sama dengan
rakan-rakan drpd NGO wargakilang.com berserta beberapa orang teman sekerja,
kami bertolak ke Madrasah Al-Farabi di Kg Banggol Kiat, Sik Kedah.

Kami dalam agenda melawat rumah anak-anak yatim persendirian sempena hari
cuti Maulud Nabi SAW ini. Kebetulan Madrasah Al-Farabi ini menempatkan
anak-anak Yatim yang belajar Tahfiz bersama-sama dengan pelajar-pelajar
biasa yang lain.

Madrasah Al-Farabi ini saya perolehi alamatnya drpd dua tiga orang hamba
Allah yang saya temui sedang mengutip derma untuk anak-anak yatim/tahfiz di
beberapa tempat yang berlainan. Salah seorangnya saya terserempak sedang
"meminta sedekah" memohon sumbangan di sebuah Pekan Hari di tempat saya,
seorang yang lain pula saya temui di Surau R&R PLUS, sedang membaca Quran
dengan tong derma bertulis "Sumbangan Anak Yatim/Tahfiz Banggol Kiat, Sik
Kedah". Yang seorang lagi pula saya bersembang secara personal tatkala
beliau datang mengutip derma di daerah kejiranan saya.

Saya ini pula jenis phobia sikit, ada sikit rasa ragu-ragu dengan agenda
mengutip derma merata jalan ini; lalu apa yg saya lakukan, tiap kali ada yg
datang minta derma/sumbangan/etc, saya akan minta alamat, dan saya kata jika
ada masa insyaallah saya sendiri akan pergi ke sana, menyampaikan sumbangan
tersebut secara personal.

Kami tiba di sana lebih kurang pukul 10:30 pagi, dan disambut oleh anak-anak
yatim & pelajar tahfiz kat situ; jumlah mereka lebih kurang 30 orang di mana
sebahagian besar daripadanya adalah anak-anak yatim. Mereka berusia antara 5
hingga 18 tahun. Bila lihat saja kami datang, berpusu-pusu mereka datang
bersalam dan seterusnya membantu kami memunggahkan barangan drpd kereta Rusa
dan Trajet yang penuh dengan sumbangan beras, gula, kopi etc drpd
rakan-rakan kami itu. Rasa lain macam, rasa puas sungguh hati kami kalau nak
dibandingkan dengan aktiviti amal masuk kg yang pernah kami lakukan sebelum
ini. Entah kenapa, nampak sungguh macam budak-budak itu dan juga pengusaha
tempat berkenaan Tn Hj Ahmad & Isteri benar-benar menghargai sumbangan dan
berbesar hati sungguh dengan kunjungan kami hari itu.

Lepas tu baru saya perasan, kenapa Tn Haji dan Isteri nampak sungguh-sungguh
berbesar hati dengan kedatangan kami; dalam sessi dialog & motivasi antara
kami dan pihak pentadbir selepas itu, Tn Haji Ahmad tanpa segan silu, di
hadapan 30 orang "anak-anaknya" (mereka semua memanggil beliau "Ayah")
meluahkan segala perasaan yang terbuku di dada beliau selama ini, drpd
sambutan negetif masyarakat terhadap usaha murni beliau itu hinggalah kpd
perkara-perkara lain yang tak perlu saya catatkan ke sini, cuma yang ingin
saya tulis satu perkara saja, kata Tn Hj Ahmad:

"Tak elok rasanya saya nak menceritakan semua ini kpd Tuan-Tuan di hadapan
"anak-anak" ini. Anak-Anak ini tak perlu tahu semua ini, sebab memang itu
adalah tugas Ayah untuk mencari rezeki bagi membesar dan mendidik anak-anak.
Tugas anak-anak adalah untuk belajar dan belajar hinggalah tercapai
cita-cita ayah untuk melihat anak-anak semua menjadi Ulamak.."

Kemudian beliau sambung lagi, kata beliau:

"Kami berterima kasih banyak-banyak kpd tuan-tuan semua, yang walaupun sibuk
dengan kerja masing-masing, sanggup datang mai menjenguk kami.
T.kasih...terutamanya yang mai jauh dari KL nu. Ikhlas saya cakap, saya rasa
terharu sungguh sebab.......last sekali ada mana-mana pertubuhan/kumpulan
mai melawat kami ialah pada tahun 1999 dulu....Pertubuhan Ulamak mana entah,
tak ingat pula. Makna kata, sejak tahun 1999, inilah pada tahun 2006 ini ada
orang (pertubuhan) mai melawat kami, t.kasih banyak-banyak"

Kami tak tau nak kata apa, terharu ada, sedih ada, kesian
ada.....macam-macam ada!

Yang paling sedih hingga hampir menitis air mata adalah tatkala saya
menghayati bait-bait lirik Nasyid yang dipersembahkan kpd kami oleh kumpulan
Nasyid Anak-Anak yatim Madrasah berkenaan; mula-mula saya x perasan sangat.
Saya ingatkan Nasyid biasa sempena hari Maulud Nabi SAW, tapi bila lagu dan
bait-bait nasyid tersebut diulang-ulang dengan nada yang amat mendayu-dayu,
barulah saya perasan:

Anak-anak yatim tersebut sedang merintih memuja-muji IDOLA mereka.....yang
secara kebetulan adalah juga Anak Yatim piatu seperti mereka. IDOLA mereka
itu lahir ke dunia tanpa ayah di sisi, tak lama kemudian ketika masih bayi
dan belum kenal erti kasih sayang seorang ibu, Ibunya pula pergi menyambut
panggilan Illahi. Drpd seorang anak yatim piatu, IDOLA mereka ini
kemudiannya membesar menjadi seorang Pejuang, seorang Pemimpin dan seorang
Hamba Allah yang paling mulia dan amat disegani; tidak lain tidak bukan
junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang amat disanjungi!!

Bukan saja saya, tapi seorang lagi sahabat saya, seorang Engineer dari
kilang INTEL, Kulim hampir tersebak menitiskan air apabila dalam korus
terakhir yang diulang-ulang, anak-anak Yatim Al-Farabi ini merintih
berulang-ulang kali, memohon agar mereka juga dikurniakan Allah seperti
IDOLA mereka, Nabi SAW....

"Anak-Anak Yatim Yang Mulia.....diLindungi Allah Sentiasa!!"

Hampir menitis air mata saya. Entah apalah agak perasaan Adik Abadi bin
Abdullah, salah seorang drpd anak yatim piatu di situ, yang berasal dari
Kulim, Kedah. Ibu dan Ayahnya meninggal accident kenderaan semasa beliau dlm
usia baru nak masuk Tadika. Macam manalah pula rasa adik Hafizan yg berasal
dari Selayang, Selangor, ibu dan ayahnya dua-dua sudah tiada, segan pula
saya nak bertanya meninggal sebab apa. 

Selepas Nasyid tersebut, kami semua bangun dan bersama-sama dengan Anak-Anak
yatim pelajar tahfiz berkenaan, kami semua pakat berselawat ramai-ramai kpd
junjungan besar nabi Muhammad SAW. Saya sungguh rasa terharu semacam, sebab
secara ikhlas saya cakap, sepanjang umur saya, inilah pertama kali saya
pernah mengambil bahagian dalam mana-mana majlis sambutan Maulid Nabi SAW.
Selama ini, bila hari cuti Maulid, sama ada saya membawa anak-anak bersantai
berkelah di lata/air terjun, bawa depa pi shopping dan makan-makan or yang
paling biasa....melepak kat depan TV layan Astro ka apa. Besar sungguh
manafaat aktiviti amal kami kali ini.

Yang paling tak dpt saya lupakan ialah kata-kata Hj Ahmad, kata beliau Nabi
SAW pernah bersabda, yang antara lain baginda berkata, barangsiapa yang
mengambil berat perihal anak-anak yatim, maka sesungguh jarak orang itu
dengan Baginda SAW adalah seumpama dua jari (Sambil baginda menunjukkan dua
jarinya yg dirapatkan). Saya tersentak, kerana di hari sambutan Maulud Nabi
SAW ini, walaupun kami tidak berada di sebelah makam Baginda, tetapi dengan
diberi peluang bertemu dan meraikan anak-anak yatim itu, maka jika mengikut
isyarat hadith berkenaan, insyaallah tanpa kami sedari, pada hari Selasa
tanggal 11 hb April 2006 yang lalu, walaupun kami cuma berada di Madrasah
Al-Farabi, rumah anak-anak Yatim/Tahfiz di Sik Kedah, namun jarak antara
kami dan restu Baginda SAW cumalah seperti dua jari yang dirapatkan.
Masyaallah!!!

Akhir kata, dari kejauhan, doakanlah moga-moga anak-anak Tn Haji Ahmad di
Sik sana akan menjadi "Anak-Anak Yatim Yang Mulia.....Yang Sentiasa
diLindungi Allah Sentiasa!!"

Ada masa, pi lah tengok depa.


[EMAIL PROTECTED]
Setiausaha NGO WARGAKILANG.COM
13.4.06



    
---------------------------------
  YAHOO! GROUPS LINKS 

    
    Visit your group "Realiti_Hidup" on the web.
    
    To unsubscribe from this group, send an email to:
 [EMAIL PROTECTED]
    
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. 

    
---------------------------------
  



                        
---------------------------------
Yahoo! Messenger with Voice. PC-to-Phone calls for ridiculously low rates.

[Non-text portions of this message have been removed]



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke