Assalaamu'alaikum 

Kini telah terbit VCD tentang Iktiqad / Aqidah 4 Imam Mazhab iaitu 
Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad 
rahimahumullah. VCD ini adalah syarah kepada kitab 'Itiqaad al-
Aimmat al-Arbaa' karya Dr Muhammad Abdul Rahman al-Khumais oleh Dr 
Abdullah Yassin. Sinopsis kepada VCD tersebut adalah: 

Aqidah imam yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-
Syafi'i dan Imam Ahmad rahimahumullah adalah satu aqidah yang 
sejajar dengan al-Qur'an dan al-Sunnah dan sebagaimana aqidah yang 
dipegang oleh para sahabat dan golongan yang mengikuti jejak langkah 
mereka dengan baik. 

Alhamdulillah, di antara mereka tidak terdapat percanggahan dalam 
Ushuluddin atau asas-asas agama, malahan kesemua mereka bersepakat 
tentang keimanan terhadap sifat-sifat Allah, al-qur'an adalah 
kalamullah dan bukannya makhluk, iman mestilah bersesuaian dengan 
ucapan lisan dan keyakinan hati, bahkan mereka sepakat mengingkari 
golongan Ahli Kalam seperti Jahmiyah, Muktazilah, dan yang 
seumpamanya yang sudah terpengaruh dengan falsafah Yunani  dan 
mazhab-mazhab Kalamiyah. 

Saya merasakan VCD ini perlu dimiliki oleh kesemua umat Islam yang 
mengaku berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah agar mereka benar-benar 
memahami aqidah sebenar yang dipegang oleh Imam-Imam mazhab yang 4 
terutamanya Imam kita Imam al-Syafi'i rahimahullah. Sebagaimana yang 
telah sedia maklum, mazhab fikah rasmi bagi negara Malaysia adalah 
mazhab Syafi'i maka sewajarnya mazhab aqidah umat islam di Malaysia 
juga berpegang kepada Imam al-Syafi'i rahimahullah. 

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan VCD ini.Dr 
Abdullah Yassin merupakan seorang ulamak besar di Malaysia. Beliau 
telah membicarakan isu ini dengan jelas dan berpegang teguh kepada 
al-Qur'an dan al-Sunnah sebagaimana difahami oleh para al-
Salafussoleh. Harga VCD ini adalah RM 24.00 (mengandungi 4 keping) 
tak termasuk kos penghantaran. Jika berminat sila hubungi Akhi 
Mustafa dari TEKAD MAHIR ENTERPRISE di no. 019 311 7238. 

Abu Iqbal Mohd Yaakub 







///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke