Samer kejutkan Yahudi http://www.maynetwork.net
BAITULMAQDIS: Kejadian serangan berani mati di Tel Aviv kelmarin yang meragut 9 nyawa dan mencederakan 50 yang lain, tidak hanya mengejutkan dunia tetapi juga rantau Arab sendiri kerana membabitkan seorang pengebom muda yang cuma berusia 17 tahun. Akhbar The Independent di Britain melaporkan, Samer Samih Hamad, yang gambar wajah masih keanak-anakannya, memegang raifal dan memakai lilitan kepala terpampang pada muka depan akhbar itu semalam, adalah antara pengebom bunuh diri termuda pernah terbabit dalam misi maut sedemikian. Sebelum ini, sepupunya, Nazeer Hamad, melakukan serangan bunuh diri di Afula. Dia dihantar kumpulan Jihad Islam yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu. Dalam rakaman videonya bertajuk Wasiat Hidup yang diperoleh akhbar Britain berkenaan, Samer menghadiahkan operasi mautnya itu kepada ribuan tahanan Palestin di penjara Israel. Ada ramai lagi pengebom yang sedang menunggu masa (untuk melancarkan serangan), katanya dalam suara yang jelas dan penuh semangat. Saudara maranya berkata, Samer sudah menamatkan pengajian sekolah menengahnya biarpun di mata kasar, raut wajah kebudak-budakan masih ketara. Sepupunya, Nidal Hamad, 35, memberitahu The Independent yang Samer memang berusia 17 tahun dan keluar rumah kelmarin atas alasan mencari kerja di Jenin. Yahudi merampas lebih 50 peratus tanah pertanian kami, tanah yang kami usahakan sendiri dengan tanaman buah zaitun, badam dan pokok buah-buahan, kata Nidal. Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu anda. Ada remaja yang berpendapat mereka perlu bertindak terhadap kezaliman Yahudi dan ada yang berpendapat mereka tidak sepatutnya bertindak balas. Tetapi yang pasti, anda tidak mungkin dapat membezakan antara dua remaja yang mempunyai pandangan berbeza ini. Dalam kejadian kelmarin, Samer dikatakan sempat disekat seorang pengawal peribadi. Saksi berkata, dia meletupkan bom itu ketika beg galasnya digeledah, menyebabkan pengawal itu antara mangsa yang maut. Sementara itu, Israel semalam menganggap, pihak berkuasa Palestin yang diketuai Hamas bertanggungjawab terhadap serangan bunuh diri berkenaan dan sedang menimbangkan tindakan balas terhadap Pihak Berkuasa Palestin yang dikuasai Hamas. Agensi/Reuters Sumber : Berita Harian online 19hb. April 2006 http://www.maynetwork.net ==================================================================== Perolehi Berita Terkini terus melalui email dari masa ke semasa secara PERCUMA !!!. Untuk menjadi ahli sila email ke : [EMAIL PROTECTED] ==================================================================== [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

