"Otak adalah satu organ istimewa yang dikurniakan Allah kepada manusia. Mengikut Making The Most Of Your Brain terbitan Reader's Digest, ketika seseorang bayi berumur 7 minggu di dalam rahim ibu, struktur utama otak sudah dapat dilihat dengan jelas. Ketika bayi berumur 3 bulan, urat tunjang (spinal cord) pula mula berkembang. Di dalam rahim ibu, pertumbuhan sel-sel otak berlaku dengan pesatnya. Lebih kurang 2.5 juta sel otak yang baru (neurones) tumbuh pada setiap minit. Ketika dilahirkan jumlah sel-sel otak ini mencecah 100 bilion. 100 bilion ini merupakan aset yang besar yang perlu manusia terokai untuk mencapai kecemerlangan.
Potensi otak manusia memang mengagumkan. Mengikut Institut Kajian Otak UCLA, potensi ini memang tidak terbatas. Ia mempunyai kemampuan untuk mencipta, menyimpan dan mempelajari apa-apa saja yang dikehendaki oleh manusia. Mengikut seorang tokoh akademik dari Rusia, Dr. Ivan Yefremov, dengan kemampuan otak kita mampu mempelajari 40 bahasa, mampu menghafaz satu set ensiklopedia dari A-Z dan mampu mengikuti dan menamatkan kursus-kursus yang dianjurkan oleh puluhan kolej. Dalam konteks agama, Islam menyuruh umatnya mencari ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Salah satu contoh yang baik ialah tokoh Islam yang bernama Al-Biruni. Ketika beliau sedang nazak, beliau telah diziarahi oleh sahabatnya. Ketika itu beliau terus bertanya tentang satu hukum yang agak sulit berhubung dengan masalah waris pusaka. Berkata sahabatnya, "Sesuaikah untuk kita berbincang tentang perkara ini sekarang?" Al-Biruni menjawab, "Aku lebih suka mati dalam keadaan berilmu daripada jahil." Selepas menerangkan tentang masalah itu sahabat Al-Biruni pun bangun untuk balik. Ketika beliau sampai di pintu rumah tiba-tiba terdengar suara tangisan dari dalam rumah, menandakan Al-Biruni baru saja meninggal dunia. Begitulah peribadi manusia yang menyedari tentang betapa pentingnya ilmu untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat." Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang', Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria) Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun, Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 'Islam Moden,' Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.' Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains' Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi WeB: http://formulacemerlang.com/ (SUDAH BEROPERASI!!) Diari: Khutbah Jumaat Dr Danial di Masjid Sg Ara pada 21 April, 2006. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

