Kedudukan Zakat Profesi ( Zakat Pendapatan ) dalam Islam
Soal: Ustaz saya ingin bertanya tentang zakat profesi . Apakah para ulama
dahulu pernah membahas itu dalam kitab-kitab mereka? Bagaimana pandangan Ustaz
terhadap dalil-dalil yang digunakan oleh Yusuf Qaradhawi dalam zakat profesi ?
Jawab: Sebelum menentukan apakah zakat profesi disyariatkan atau tidak oleh
Islam, terlebih dahulu harus dipahami bahawa zakat adalah ibadah yang telah
ditetapkan tata caranya oleh syara, baik yang berhubungan dengan
syarat-syaratnya, pihak yang wajib menunaikan serta yang berhak menerima, jenis
benda yang wajib dizakati, kadar, dan cara-cara pendistribusiannya. Syariat
Islam telah menetapkan jenis-jenis binatang yang wajib dizakati, misalnya sapi,
kambing, domba, dan unta. Tidak ada zakat untuk haiwan (burung, dan ayam),
udang dan sebagainya; meskipun dipelihara dalam jumlah yang besar. Syariat juga
telah menetapkan jenis-jenis tanaman yang wajib dizakati. Tidak ada zakat untuk
fakihah (buah-buahan), sayur-mayur, terung, lobak dan lain sebagainya (lihat
Dr. Wahbah az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami Adillatuh).
Akan tetapi, jika haiwan, buah-buahan dan sayur-mayur tersebut dijadikan
komoditi perdagangan, maka penjual wajib membayar zakatnya. Akan tetapi, zakat
yang dikeluarkannya bukan dari zakat ternak atau zakat sayur-mayur dan
buah-buahan, akan tetapi zakat perdagangan. Tidak ada zakat bagi kereta mahupun
bangunan. Namun, jika kereta dan bangunan itu dijadikan barang dagang, maka
keduanya wajib dizakati. Sebab, kedua barang tersebut telah dijadikan komoditi
perdagangan, sehingga berlaku zakat perdagangan.
Untuk itu, para ulama terdahulu beristinbath, bahawa jika tidak ada nas sharih
yang menyatakan benda ini, haiwan ini, atau tumbuhan ini wajib dizakati, mereka
tidak menzakati benda, tumbuhan, mahupun haiwan tersebut. Dengan kata lain,
tidak ada zakat pada jenis benda yang tidak ditetapkan oleh syariat. Jika
seseorang menetapkan bahawa benda ini, tumbuhan ini, atau haiwan ini harus
dizakati, sedangkan syara tidak menetapkannya, sungguh ia telah mensejajarkan
dirinya dengan Sang Pembuat Hukum (syâri) itu sendiri.
Demikian pula mengenai zakat profesi. Sesungguhnya, Islam tidak pernah
mensyariatkan zakat profesi . Ini boleh kita lihat dari kenyataan, bahawa para
fuqaha dan ahli tahqiq ternama, tidak pernah membahas masalah ini ( zakat
profesi ) dalam kitab-kitab fiqh mereka. Padahal, pada saat itu, profesi
pegawai negara, misalnya qadhi, pencatat, doktor dan sebagainya sudah ada, baik
sejak zaman sahabat hingga masa tabiîn. Namun, tidak ada satupun dalil yang
menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menarik zakat berdasarkan profesi mereka,
misalnya profesi petani, nelayan, doktor dan sebagainya. Bahkan, sikap generasi
awal-awal Islam menolak pemungutan zakat jika jenisnya tidak ditentukan oleh
nas syara. Mereka juga tidak pernah berdalil dengan alasan keadilan dan
kesetaraan, apalagi berdalil bahawa hasil dari haiwan ini atau tumbuhan ini
atau profesi ini lebih besar, sehingga tidak adil jika tidak ada zakatnya.
Sebab, alasan-alasan semacam ini hanya lahir dari hawa nafsu, bukan dari akal
yang dibimbing oleh syariat Islam. Perhatikan riwayat-riwayat berikut:
1. Dalam sebuah hadis riwayat Daruquthni dituturkan, bahawasanya Abdullah bin
Musghirah bermaksud memungut zakat dari hasil tanah Musa bin Thalhah berupa
sayur-sayuran. Musa bin Thalhah berkata, "Kamu tidak boleh memungutnya, kerana
Rasulullah SAW tidak pernah mengatakan bahawa tidak wajib zakat pada
sayur-sayuran." [HR. Daruquthni dan al-Hakim, hadis mursal dan kuat].
2. Atsram meriwayatkan, bahawa seorang pejabat pada masa Umar mengirim surat
kepadanya tentang kurma, dimana dinyatakan oleh pejabat itu bahawa buah persik
dan delima lebih banyak dan berlipat ganda hasilnya daripada buah kurma. Umar
membalas surat itu, bahawa tidak dipungut zakat dari padanya, sebab, itu
termasuk pohon berduri (Sayyid Sabbiq, Fiqh Sunnah, bab zakat).
Dari riwayat-riwayat ini boleh diketahui, bahawa para sahabat tidak pernah
memungut zakat dari sesuatu yang tidak ditentukan nasnya secara jelas, meskipun
hasilnya berlimpah ruah atau berlipat ganda. Ayam yang dipelihara dalam jumlah
ribuan bahkan jutaan, tidak boleh dipungut zakatnya. Sebaliknya, kambing yang
jumlahnya 50 ekor harus diambil zakatnya.
Adapun dalil yang digunakan oleh pihak yang mewajibkan zakat profesi adalah :
1. Berhujjah dengan apa yang disebut dengan mâl al-mustafâd. Mereka menyatakan
bahawa terhadap mâl al-mustafâd harus dizakati sebesar 1/40 begitu diterima.
Mereka juga menyandarkan pada pendapat-pendapat para sahabat, semisal Ibnu
Abbas, Ibnu Masud, dan Muawiyah; sebahagian tabiin misalnya al-Zuhri,
al-Hasan, Makhul, dan al-Bashri.
2. Mereka juga mengqiyaskan zakat profesi dengan zakat wang dan harta, bahkan
ada pula yang mengkaitkan dengan zakat hasil pertanian. Mereka beralasan, jika
petani saja harus mengeluarkan zakat ketika tuai, sedangkan hasilnya tidak
seberapa dibanding profesi seorang doktor, dan lain-lain, maka betapa tidak
adilnya jika zakat profesi tidak disyariatkan.
Kritik Atas Zakat Profesi
A. Pendapat Sahabat Bukanlah Dalil Syara
Pada dasarnya riwayat-riwayat yang berbicara tentang mâl al-mustafâd, semuanya
berstatus hadis mauquf, yakni hanya bersambung pada thabaqat sahabat belaka.
Dalam konteks seperti ini, maka hadis-hadis tersebut tidak boleh dijadikan
hujjah untuk membenarkan adanya zakat profesi, sebab ia didasarkan pada
pendapat para sahabat. Pendapat sahabat bukanlah dalil syara, dan tidak absah
digunakan sebagai hujjah (Taqiyuddin an-Nabhani, al-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah,
juz III, hal. 478). Imam Syafiiy menolak berhujjah dengan pendapat para
sahabat. Beliau berkata, "Tidak diperkenankan memberi hukum atau berfatwa
melainkan berdasarkan berita yang benar yang berasal dari al-Quran dan
as-Sunnah." (Dr. Abdul Wahab Khalaf, Ilm al-Ushûl al-Fiqh).
B. Seandainya status hadis tentang mâl al-mustafâd tidak perlu dipersoalkan,
maka mâl al-mustafâd yang tersebut di dalam hadis-hadis tersebut tidak seketika
diambil zakatnya ketika diterima, akan tetapi berbicara pada konteks yang lain;
yakni ketika telah sampai nisab dan haul. Adapun hadis yang digunakan hujjah
dalam masalah mâl al-mustafâd adalah sebagai berikut :
Pertama, Hubairah bin Yaryam berkata, "Abdullah bin Masud telah memberi kami
sebuah baju, kemudian ia mengambil zakat dari baju itu." (Abu Ubaid, al-Amwâl,
hal.504).
Kedua, dari Yazid dari Hisyam bin Hisaan dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas,
dituturkan bahawasanya Ikrimah bertanya kepada Ibnu Abbas tentang seorang
laki-laki yang memperoleh harta (mâl al-mustafâd). Ibnu Abbas berkata, "Ia
harus mengeluarkan zakat saat ia menerimanya."
Terhadap hadis yang pertama, Abu Ubaid dalam kitab al-Amwâl menyatakan,
"Menurut saya, berdasarkan hadis riwayat dari Abu Bakar dan Utsman, maka
maksud dari riwayat Abdullah bin Masud ini adalah keduanya memungut zakat
tatkala harta tersebut telah wajib dizakati sebelum pemberian, bukan tatkala
seseorang itu menerima pemberiannya."
Pengertian semacam ini ditunjukkan oleh hadis lain yang diriwayatkan oleh
Abdullah bin Masud sendiri: "Siapa saja yang menerima harta (mâl al-mustafâd)
maka tidak ada zakat di dalamnya hingga mencapai haul." (Imam Dzahabi
mengomentari hadis ini, bahawa di dalam isnadnya terdapat Khusaif bin
Abdurrahman al-Jazari al-Harani Abu Aun salah seorang mawali Bani Umayyah;
dan ia dilemahkan oleh Imam Ahmad. Namun, Ibnu Muin berkata ia adalah
laki-laki yang baik dan terpercaya).
Adapun hadis yang kedua, Abu Ubaid berkomentar sebagai berikut, "Orang
menafsirkan atau sebahagian orang bahawa yang dimaksud oleh Ibnu Abbas
adalah harta emas dan perak. Menurut saya, maksud dari perkataan Ibnu Abbas di
atas tidaklah demikian. Saya adalah orang yang lebih faqih dibandingkan mereka
(orang yang menafsirkan dengan emas dan perak). Sebab, penafsiran semacam itu
bertentangan dengan pendapat umat Islam. Menurut saya, bahawa yang dimaksud
oleh Ibnu Abbas adalah zakat atas apa yang keluar dari tanah. Sebab, penduduk
Madinah menamakan tanah-tanah mereka dengan harta (al-amwâal). Kami tidak
menjumpai satupun hadis di dalam sunnah yang menyatakan bahawa harta wajib
dizakati ketika dizakati, kecuali apa yang keluar dari tanah. Seandainya maksud
dari perkataan Ibnu Abbas tidaklah demikian, sungguh saya tidak tahu apa
maksud dari hadisnya." (Pentahqiq kitab al-Amwâl, Muhammad Khalil al-Harâs
menyanggah pendapat Abu Ubaid ini dan menyatakan bahawa yang dimaksud
oleh Ibnu Abbas adalah harta tersebut tumbuh sedikit-demi sedikit. Jika ia
telah mencapai haul dan terpenuhi nisabnya, maka harta tersebut harus
dikeluarkan zakatnya tatkala telah mencapai nisab).
Pentahqiq kitab al-Amwâl, Muhammad Khalil al-Harâs, dalam cacatan kaki,
menyatakan, "Hadis ini (hadis riwayat Ibnu Abbas/hadis kedua) diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Syaibah, maknanya adalah jika harta tersebut telah mencapai
nisab, maka ia harus dikeluarkan zakatnya dan tidak harus menungguh tercapainya
haul, kemudian baru dikeluarkan zakatnya)."
Dari komentar Abu Ubaid di atas boleh disimpulkan, bahawa mâl al-mustafâd yang
termaktub dalam riwayat Ibnu Abbas, Ibnu Masud, dan lain-lainnya, tidak serta
merta ditarik zakatnya ketika diterima, akan tetapi baru ditarik ketika telah
mencapai nisab dan haul.
Abu Ubaid dalam kitab al-Amwâl menuturkan beberapa riwayat tentang al-mâl
al-mustafâd yang selalu dikaitkan dengan haul.
Ashim bin Dlamrah dari Ali ra, bahawanya ia berkata, "Tidak ada zakat bagi
al-mâl al-mustafâd hingga ia mencapai haul (tersimpan selama satu tahun)." [HR.
Abu Dawud, Imam Ahmad, dan al-Baihaqi].
Hadis serupa juga diriwayatkan oleh Nafi dari Ibnu Umar [HR. Daruquthni dan
Ibnu Abi Syaibah]. Riwayat senada juga dituturkan oleh al-Qatadah dari Jabir
bin Zaid dari Ibnu Umar (Abu Ubaid, al-Amwâl, hal.503-504).
Muhammad bin Uqbah berkata, "Saya bertanya kepada Qasim bin Muhammad tentang
zakat. Ia berkata, Adapun Abu Bakar, jika seorang laki-laki hendak mengambil
pemberiannya, ia bertanya, apakah orang tersebut memiliki harta yang layak
untuk dizakati. Jika orang itu menyatakan bahawa ia memiliki harta yang layak
untuk dizakati, maka Abu Bakar balas mengambil sebahagian harta yang hendak ia
ambilnya. Jika laki-laki itu menyatakan bahawa ia tidak memiliki harta yang
layak untuk dizakati, maka Abu Bakar menyerahkan pemberiannya kepada laki-laki
itu."
Riwayat senada juga diketengahkan oleh Muhammad bin Abu Bakar. Dalam riwayat
lain dituturkan, bahawasanya Ibnu Abi Salamah meriwayatkan dari Umar bin
Husain dari Aisyah anak perempuan dari Qudamah bin Madzmuun, perempuan itu
berkata, "Ustman bin Affan jika mengeluarkan pemberian, ia mengirimnya kepada
bapakku. Kemudian ia berkata, Jika kamu memiliki harta yang wajib dizakati,
maka kami akan membuat perhitungan dari pemberianmu."
Ini menunjukkan bahawa, pembahasan mâl al-mustafâd, terkategori dalam zakat mâl
(emas dan perak) yang mensyaratkan adanya nisab dan haul. Para ulama sepakat
bahawa haul menjadi syarat bagi zakat mâl.
Berbeda dengan zakat profesi yang dikenalkan oleh Yusuf Qaradhawi. Sesungguhnya
ia telah memasukkan zakat profesi dalam kategori mâl al-mustafâd, dan
menariknya begitu diterima; boleh bulanan, harian, mingguan, tergantung
diterimanya harta tersebut. Menurutnya, gaji doktor dan sebagainya terkategori
mâl al-mustafâd. Oleh kerana itu, ia harus ditarik zakatnya begitu diterima,
yakni 1/40-nya. Sesungguhnya, pendapat semacam ini adalah pendapat ganjil yang
tidak pernah dikenal oleh ulama-ulama masa awal Islam. Bahkan, maksud dari
mâl al-mustafâd yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan Ibnu Masud sama sekali
berbeda dengan zakat profesi yang diketengahkan oleh Yusuf Qaradhawi.
Benar ada beberapa harta yang diperselisihkan para ulama mengenai syarat
haulnya. Ada harta-harta tertentu yang penarikan zakatnya dilakukan begitu
diterima, tanpa harus menunggu haul. Namun ada pula, yang harus menunggu hingga
mencapai nisab dan haul. Contoh harta yang tidak mensyaratkan adanya haul
adalah zakat pertanian, rikaz dan barang temuan. Namun, ini tidak bererti,
bahawa kebolehan zakat profesi tanpa syarat haul harus diakui kerana ulama
berselisih pendapat tentang syarat haul. Tidak boleh dinyatakan demikian.
Sebab, tidak ada satupun dalil yang menunjukkan bahawa untuk mâl al-mustafâd
langsung boleh ditarik ketika diterima, akan tetapi harus menunggu haul dan
nisab kami telah memaparkan seluruh dalil tentang mâl al-mustafâd yang
dikaitkan dengan nisab dan haul.
Adapun riwayat-riwayat lain yang menyanggah pendapat Qaradhawi adalah sebagai
berikut:
Dari Mukhâriq, dituturkan bahawa Thâriq telah berkata, "Pada masa Umar harta
pemberian-pemberian kami tidak dikeluarkan zakatnya hingga kami mengeluarkan
zakatnya."
Abu Ubaid berkata, "Hadis ini menunjukkan bahawa zakat tidak diambil dari
pemberian kecuali harta yang telah dimiliki oleh mereka. Seandainya pemberian
itu harus dizakati, tentunya Umar akan mengambil zakat darinya." (Abu Ubaid,
al-Amwâl, hal. 505).
C. Jika tidak ada dalil yang menunjukkan dengan sharih tentang wajibnya zakat
profesi , maka seorang muslim tidak boleh menetapkan adanya zakat profesi .
Seorang muslim tidak boleh berpandangan, bahawa tidak disyariatkannya zakat
profesi adalah bentuk ketidakadilan dan kezaliman. Sebab, petani yang
pendapatannya tidak seberapa tetap dikenai zakat ketika tuai, sedangkan doktor
dan profesi lain "yang tidak terlalu berat" dibandingkan profesi petani justeru
tidak ditarik zakatnya. Mungkin kita boleh memberikan ilustrasi yang serupa
untuk menangkis syubhat ini. Rasulullah SAW telah menarik zakat dari unta,
sapi, kerbau, kambing dan domba; namun beliau tidak menarik zakat pada kuda,
keldai, baghal, dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda, "Telah maafkan bagimu
mengenai kuda dan hamba sahaya, dan tidak wajib zakat pada keduanya." [HR.
Ahmad dan Abu Dawud]. Tentunya kita tidak mungkin berfikiran, "mengapa
penternak domba ditarik zakatnya sedangkan penternak kuda atau keldai tidak
ditarik, bukankah ini tidak adil?" Jika kita berfikiran seperti ini, bererti
kita telah meragui keadilan hukum yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya.
D. Adapun pengqiyasan antara zakat profesi dengan zakat hasil pertanian,
mahupun zakat mal, adalah tertolak. Sebab, tidak ada illat dalam zakat hasil
pertanian, sehingga layak untuk diqiyaskan pada profesi selain petani. Adapun
mengenai illat adanya keadilan dan kesetaraan, sesungguhnya illat semacam ini
tidak bernilai sama sekali untuk membangun hujjah. Sebab, illat yang absah
digunakan untuk qiyas adalah illat syariyyah, bukan illat aqliyyah.
Padahal, tidak ada satupun dalil yang menunjukkan bahawa illat zakat adalah
untuk kesetaraan dan keadilan. Selain itu, zakat hasil pertanian tidak boleh
diqiyaskan dengan zakat profesi kerana petani harus mengeluarkan zakat tatkala
ia memanennya. Pendukung zakat profesi menyatakan, bahawa saat tuai sama dengan
saat gajian, jadi seorang doktor ketika gajian harus ditarik zakatnya juga.
Sesungguhnya qiyas semacam ini adalah qiyas serampangan yang didasarkan pada
hawa nafsu belaka. Sesungguhnya, nas yang berbicara tentang zakat
hasil pertanian tidak mengandung illat sama sekali, sehingga layak digunakan
dalil untuk qiyas. Perhatikan firman Allah SWT, "Keluarkanlah zakat biji
makanan itu pada hari tuainya." (Qs. al-Anâm [6]: 141). Nas ini berbicara pada
konteks khusus, yakni zakat biji makanan, dan tidak berbicara pada aspek yang
lain. Oleh kerana itu, hukumnya hanya berlaku pada konteks biji makanan, dan
tidak boleh dianalogkan dengan yang lain. Selain itu, nas ini tidak menunjukkan
adanya illat sama sekali. Padahal syarat utama qiyas adalah adanya illat.
Lantas, apa boleh kita mengqiyaskan sesuatu yang tidak ada illatnya?
Dengan demikian, zakat profesi adalah bentuk peribadatan baru yang tidak pernah
dikenal baik di zaman Rasulullah, sahabat, mahupun ulama-ulama terkenal.
Bahkan, mereka tidak pernah menyentuh masalah ini dalam kitab-kitab fiqh
mereka. Ini menunjukkan bahawa zakat profesi tidak pernah disyariatkan di dalam
Islam. Jika demikian, kita boleh menyimpulkan bahawa zakat profesi harus
ditolak demi menegakkan hujjah dan kebenaran.
Wallahu alam bi ash-shawab.
---------------------------------
Yahoo! Messenger with Voice. PC-to-Phone calls for ridiculously low rates.
[Non-text portions of this message have been removed]
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/