Kebiasaannya jarang kita dengar pemimpin negara atau
negeri untuk menyatakan keadaan sebenar kewangan
negara atau negeri. Akan tetapi sebaliknya Menteri
Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan secara
terus terang menyatakan kewangan Negeri Sembilan
berada dalam keadaan yang tidak baik apabila kerajaan
Negeri Sembilan mengalami defisit yang tinggi akibat
penganjuran SUKMA ke 10 dan dibawa dalam belanjawan
2005 dan 2006.

Sebagai pemimpin mereka haruslah bercakap benar agar
rakyat tahu keadaan sebenar negeri mereka justeru
mereka dapat berusaha bersama-sama untuk memajukan
negeri mereka sendiri.

Akibat daripada defisit ini kerajaan Negeri Sembilan
telah mengurangkan peruntukan sebanyak RM 30,000 bagi
pelaksanaan Projek-Projek Kerja-Kerja Kecil 2006
kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun).

Walaupun cukai tanah dan cukai pintu di kebanyakkan
tempat di Negeri Sembilan ini telah dinaikkan berkali
ganda, nampaknya ianya tidak dapat menampung defisit
kerajaan negeri yang begitu banyak.


Berita Harian Khamis 20 April 2006 ( Muka surat C6
SENTRAL)

Peruntukan Adun dikurang – Pengurangan peruntukan
sebanyak RM 30,000 bagi pelaksanaan Projek-Projek
Kerja-Kerja Kecil 2006 kepada Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan (Exco) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
bukan disebabkan pendapatan kerajaan negeri merosot.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata
pengurangan itu sebaliknya bertujuan mengurangkan
defisit kerajaan negeri selain melaksanakan
perbelanjaan berhemah.

Katanya, kerajaan negeri mengalami defisit tinggi pada
2004 berikutan perbelanjaan menganjurkan Sukan
Malaysia (Sukma) X dan dibawa dalam belanjawan 2005
dan 2006.

“Saya memberi jaminan pengurangan peruntukan tidak
akan mengorbankan program pembangunan yang dirancang
dan akan dilaksanakan terutama di luar bandar”,
katanya.

Menteri Besar menjawab soalan Datuk Ishak Ismail
(BN-Lenggeng) yang mahukan penjelasan mengenai
tindakan kerajaan negeri mengurangkan peruntukan ini.

Berikutan itu, Exco diperuntukkan sebanyak RM 140,000
berbanding RM 170,000 pada 2005, manakala Adun
memperolehi RM 100,000 , berbanding RM 130,000 tahun
sebelumnya.


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke