Penyakit Thyroid http://www.maynetwork.net/biovco/
Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4. Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid. Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid? Antara orang- orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah : Perempuan Genetik Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain Usia lebih 60 tahun Merokok Jenis penyakit thyroid Ada dua jenis sakit thyroid yang utama : 1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis 2. Hypothyroidism Hyperthyroidism / thyrotoxicosis Dalam kes ini hormon thyroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah : Grave's disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan thyroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel thyroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan Thyroiditis (thyroid bengkak): Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri Toxic nodule goitre: Terlalu banyak iodine di dalam makanan. Tanda-tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism: Bengkak di leher Cirit birit Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang Kesuburan turun Konsentrasi kurang Kulit lembap Lemah Mata menjadi besar (bulging) Mood yang tidak menentu Muscle cramp Nervous dan gelisah Oesteoporosis (kereputan tulang) Pengeluaran peluh banyak / bertambah Rambut tidak kuat Suhu badan naik Sukar bernafas Sukar tidur Tak tahan panas Tekanan darah naik Tremor (menggeletar) Turun berat badan walaupun selera naik Rawatan: Ubat Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar, mengawal tekanan dan mengawal rasa gelisah. Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hyperthyroidism Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman Radioaktif iodine Membuang tisu sel thyroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypothyroidism (sila lihat di bawah) dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat mereka. Pembedahan: Sebahagian thyroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan kepada kanak-kanak dan orang yang mengandung. Pemakanan: Ambil lebih brokoli, cabbage, cauliflower, soya, kekacang Ambil Calsium dan Magensium untuk membantu proses metabolisma yang betul (ingat penyakit thyroid ialah penyakit yang berkaitan dengan metabolisma) Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, gula, kaffein dan alkohol Pengambilan herba juga boleh diamalkan. Ia lebih bergantung kepada merawat tanda-tanda seperti assionflower (untuk membantu merawat kegelisahan, kunyit ginkgo biloba (menambahkan konsentrasi) Hypothyroidism Hormon thyroid (T3 dan T4) rendah. Antara penyebabnya ialah : Chronic autoimmune thyroiditis - inflammation dan damage to thyroid tissue Kurang iodine dalam pemakanan Radiasi Rawatan radioaktif iodine Thyroid gland dibuang Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism: Badan rasa lemah Daya ingatan menurun Hilang deria rasa dan bau Kadar pengepaman jantung perlahan Kulit jadi kuning - lesu, pucat Kulit kering Masalah kesuburan Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi) Muscle cramp dan bengkak Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period) Percakapan lambat Pertambahan berat badan Rambut gugur Rasa mengantuk Rendah nafsu seks Sakit kepala Sembelit Suara menjadi serak Tak tahan sejuk ==================================================================== Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum duji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. ** Harap maklum ==================================================================== Minyak Kelapa Dara Boleh diperolehi dengan harga RM30.00 sebotol (Semenanjung) / RM35.00 (Sabah & Sarawak) Kandungan : 120ml sebotol (dalam botol kaca) Pembelian online boleh dibuat melalui : http://www.maynetwork.net/pembelian.html KOS PENGHANTARAN PERCUMA menggunakan POS LAJU !!! ==================================================================== TESTIMONI PENGGUNA : PENYAKIT THYROID Saudara/i yang dihormati, Saya ingin kongsi pengalaman dan kesan setelah mengamalkan minyak kelapa dara BIOVCO. Saya mengidap penyakit tyroid yang kronik sejak remaja. Berat badan turun dengan mendadak sekali dan rambut juga gugur hingga hampir botak. Saya mendapat rawatan di HKL selama beberapa tahun sehingga saya penat nak berulang kesana. Apabila rambut dah tumbuh dan badan pun dah naik semula, saya ingatkan saya dah pulih betul. Walaupun ada terdapat benjolan di leher saya. Doktor syorkan supaya saya menjalani pembedahan tetapi disebabkan perasaan takut maklumlah nak disembelih dileher, saya diamkan sahaja. Dan benjolan dileher memang amat ketara. Kadang kadang terasa susah nak menelan. Saya telah meminum biovco. Adalah dalam 9 hari saya mengamalkan biovco, bengkak dileher telah hilang, leher saya sekarang ni boleh lah dikatakan 99% pulih. Tiada benjolan lagi. Kita iktiar, usaha disertakan doa', insyallah dimakbulkan. Wallahualam. Pn. Norriiah Bt Abd Munir Desa Subang Shah Alam / Bangsar Kuala Lumpur =================================================================== ** Semua testimoni di atas sembuh dengan izin Allah S.W.T. Ia belum diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan yang dialami mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. =================================================================== Maklumat produk : http://www.maynetwork.net/biovco/ Untuk membuat pembelian online : http://www.maynetwork.net/pembelian.html atau hantar email ke [EMAIL PROTECTED] untuk maklumat pembelian produk & pembayaran. atau dapatkan melalui pengedar berhampiran : http://www.maynetwork.net/biovco/pengedar.html Maklumat lanjut : http://www.maynetwork.net/biovco/ [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

