Muktamar Dewan Pemuda PAS N.Sembilan kali ke 21
berjalan dalam suasana yang penuh ceria yang bertempat
di Markas PAS Tampin pada hari Ahad 7 Mei 2006 yang
lalu.

Majlis perasmian muktamar kali ini telah disempurnakan
oleh Ustaz Nik Abduh bin Dato’ Nik Abdul Aziz EXCO
Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dalam ucapan perasmiannya Ustaz Nik Abduh banyak
memetik pengajaran daripada sirah perjuangan umat-umat
yang terdahulu sebagai panduan khususnya kepada ahli
pemuda, dimana sejarah kegemilangan dan kebangkitan
Islam diterajui oleh barisan pemuda dengan bimbingan
daripada golongan tua. Tambah beliau lagi ramai serta
kuatnya pengaruh pihak musuh bukanlah faktor utama
kekalahan umat Islam masa kini. Ini adalah kerana
sejarah telah banyak membuktikan betapa golongan yang
sedikitlah yang menewaskan golongan yang ramai.

Justeru itu beliau menyeru kepada pemuda agar
menitikberatkan 3 faktor utama yang menentukan
kejayaan perjuangan umat Islam iaitu Kekuatan Akidah,
Kekuatan Ukhuwwah serta Semangat Jihad yang tinggi.
Adalah tidak mustahil untuk PAS menempa kejayaan di
Negeri Sembilan ini baik dalam bidang siasah mahu pun
bidang politik sekiranya semua ahli khususnya pemuda
mempunyai tiga kekuatan yang kukuh tersebut  walaupun
Negeri Sembilan ini bilangan majoriti umat Islamnya
tidaklah setanding dengan Kelantan dan Terengganu.

Terdahulu Ustaz Nik Abduh telah mengadakan ceramah
umum di tempat  yang sama sehari sebelumnya serta
program motivasi dengan bekas-bekas pelajar IPTA di
Negeri Sembilan.

Dalam muktamar kali ini Ustaz Hassan Alias Ketua
Pemuda PAS N.Sembilan telah melancarkan pendaftaran
Unit Amal Gen 2 Negeri Sembilan dimana Majlis
Pelancaran Amal Gen 2 Negeri Sembilan akan
disempurnakan oleh YB Salehuddin Ayub pada 27 Mei ini
sementara Majlis Penganugerahan Khas Amal Gen 2 Negeri
Sembilan pula akan disempurnakan oleh YAB Dato Nik
Abdul Aziz Nik Mat pada 29 Mei nanti sempena lawatan
sehari beliau ke Negeri Sembilan.

Pada akhir muktamar Us Hassan Alias telah melancarkan
Derma Kilat untuk Tabung Pilihanraya Sarawak di mana
Negeri Sembilan akan menghantar petugas dari kalangan
pemuda dan muslimat untuk membantu jentera pilihanraya
PAS di sana.




     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke