Asm., Salah satu penyakit umat Islam ialah sikap fanatik dan membelakangkan kebenaran. Tidak menyokong yang benar, kerana ia tidak datang dari kaum kita, kumpulan kita. Hanya menyokong kaum, kumpulan atau parti kita walaupun kita tahu kaum, parti, kumpulan kita salah, silap.
Itulah sikap Arab Jahiliyah dulu. Our people are always right. Other people are always wrong. We will never support other people even though we know they are right! Bolehkah kita bersikap demikian? Apa al-Quran kata? Apa Allah suruh? "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu." (al-maidah:135) ...Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu)... (al-Anaam:152) Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai asabiyah (nasionalisme) oleh Wathilah; Saya bertanya kepada Rasulullah apakah yang dikatakan asabiyah ?, jawab baginda, bahawa kamu menolong kaummu di dalam kezaliman (Abu Dawud). Asabiyah ialah kita menolong kaum kita dalam kezaliman jika ketika kaum kita, kumpulan kita buat salah, buat kezaliman, kita tetap menegakkan kumpulan kita, kaum kita. Ketika kumpulan lain, kaum lain, parti lain buat yang betul, kita larang kaum kita, kumpulan kita dari menyokongnya. .. tapi kita masih mendabik dada mengatakan kita menegakkan Islam!!! Boleh ke kita membela orang yang khianat, walaupun dia dari kumpulan kita? Apa perintah Allah dalam bab ini? "Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), karena (membela) orang-orang yang khianat" (al-maidah: 105) Semoga peringatan ini bermanfaat untuk semua. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> You can search right from your browser? It's easy and it's free. See how. http://us.click.yahoo.com/_7bhrC/NGxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

