Perjanjian Antarabangsa – Perangkap Barat ke atas umat Islam
   
  Rakyat Malaysia telah menyaksikan beberapa siri perang mulut di antara bekas 
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dengan beberapa orang Menteri Kabinet, 
termasuklah Pak Lah sendiri berhubung isu penarikan balik usaha pembinaan 
Tambak Johor. Pelbagai pihak telah 'mencemuh' Tun Dr. Mahathir kerana dikatakan 
cuba untuk campurtangan di dalam urusan pentadbiran negara. Di antara punca 
pembatalan pembinaan jambatan menghubungkan Malaysia dan Singapura adalah 
kerana Tambak Johor yang ingin dimusnahkan itu didirikan berasaskan perjanjian 
yang telah ditandatangani ketika Inggeris menjajah Tanah Melayu. Oleh itu jika 
Malaysia memusnahkan Tambak Johor, Singapura mengugut untuk mengheret Malaysia 
ke Mahkamah Antarabangsa atas alasan melanggar perjanjian yang telah disepakati 
ketika Inggeris memerintah. 
   
  Dilihat dari sudut undang-undang, persoalan pertama yang muncul dibenak kita 
ialah, adakah kita masih terikat dengan perjanjian yang ditandatangani semasa 
pemerintahan British? Siapakah yang telah mensahkan penjajahan British ke Tanah 
Melayu sehingga perjanjian yang dibuat pun masih lagi sah statusnya hingga 
kini, walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan? Ini adalah sebahagain 
daripada bukti betapa kuatnya pengaruh undang-undang kufur Barat ke atas diri 
umat Islam. Walaupun kedatangan mereka 'dibenci' oleh orang-orang Melayu, 
tetapi mereka telah berjaya menanamkan pada orang Melayu rasa 'kasih sayang' 
terhadap undang-undang mereka. Sang kafir (British) ini meninggalkan Tanah 
Melayu dengan tersenyum lebar dan hati yang tenang kerana mereka yakin bahawa 
undang-undang kufur yang mereka telah tinggalkan akan 'diwarisi' dan 
'diperjuangkan' oleh umat Islam sepanjang peninggalannya. 
   
  Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa pihak kafir penjajah telah 
banyak sekali menandatangani perjanjian-perjanjian dengan negara-negara umat 
Islam mahupun negara-negara lainnya di sepanjang perjalanan penjajahan mereka. 
Jika kita perhatikan, boleh dikatakan keseluruhan perjanjian yang 
ditandatangani telah menguntungkan pihak penjajah. Umat Islam tidak lebih hanya 
menjadi 'bahan' kepada perjanjian sahaja umpama menjadi mangsa kepada 
serigala-serigala yang sedang bekerjasama untuk membahamnya. Inilah hakikatnya, 
perjanjian-perjanjian antarabangsa yang dipelopori dan ditaja oleh 
negara-negara Barat ini tidak lebih hanya merupakan rekaan mereka semata-mata 
demi untuk berkongsi 'hidangan' agar tidak berlaku pergaduhan sesama mereka. 
Perjanjian antarabangsa yang dipaksakan ke atas umat Islam misalnya perjanjian 
Sykes-Picot (16 May 1916) di antara British dan Perancis menyaksikan betapa 
wilayah umat Islam di robek-robek dan dikuasai dengan mudah oleh penjajah 
kuffar ini.
 Perjanjian ini telah memberi hak kekuasaan kepada British ke atas Jordan, Iraq 
dan sebahagian Haifa manakala Perancis menguasai bahagian Tenggara Turki, Utara 
Iraq, Syria dan Lubnan.   Umat Islam telah menjadi santapan lazat dan dinikmati 
dengan rakusnya oleh golongan kafir ini. Perpecahan inilah yang telah 
memudahkan mereka untuk menghancurkan kaum Muslimin seterusnya melenyapkan 
Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924. 
   
  Semenjak kejatuhan Khilafah, kita menyaksikan perjanjian demi perjanjian 
telah direka dan ditandatangani oleh musuh-musuh Islam yang bertujuan untuk 
mengekalkan hegemoni mereka sekaligus mengaut sebanyak mungkin kekayaan dan 
menekan negara-negara yang lemah, terutamanya negara-negara umat Islam. Banyak 
perjanjian antarabangsa yang telah merugikan umat Islam dan merampas hak 
mereka. Perjanjian damai di antara Palestin dan Israel yang ditaja Amerika 
telah memaksa umat Islam untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang 
sah walau pun Israel didirikan di atas tanah yang dirampas daripada orang 
Islam; Perjanjian Pencegahan Penularan Nuklear (NPT), yang menghalang Iran dari 
membuat senjata nuklear sedangkan Amerika memberi teknologi nuklear kepada 
Israel dan India yang tidak menandatangani NPT; Perjanjian AFTA (Perjanjian 
Perdagangan Bebas Asia Tenggara) yang memberi peluang kepada syarikat asing 
mengeksport produk mereka tanpa sebarang halangan; dan Perjanjian
 Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement, FTA) yang telah dimeterai antara 
Amerika dan Malaysia serta Malaysia dan Jepun. Dalam forum Ekonomi Getah Nangka 
di Gombak pada 2 April 2006, Sanya Reid Smith, penasihat undang-undang di Third 
World Network menjelaskan bahawa kedudukan kerajaan Malaysia, dasar industri 
dan pelaburan, dan banyak peraturan lain akan terpaksa dirombak untuk mematuhi 
FTA dan Amerika menuntut berbagai konsesi sebagai syarat memulakan rundingan. 
   
  Bagi menjayakan propagandanya dalam menghancurkan Islam, pelbagai perjanjian 
antarabangsa telah dipaksakan secara politik ( political force) oleh Amerika ke 
atas negara-negara umat Islam. Banyak perjanjian dibuat mengatasnamakan usaha 
untuk 'memerangi pengganas' yang sebenarnya bertujuan 'memerangi Islam' seperti 
perjanjian Amerika dengan Turki, Arab Saudi, Qatar dan Kuwait agar mereka 
menyediakan pengkalan bagi Amerika untuk menyerang Iraq. Perjanjian 
antarabangsa yang diatur oleh Amerika untuk mengawasi Selat Melaka yang 
melibatkan negara-negara ASEAN adalah tipudaya Amerika untuk campurtangan di 
Asia Tenggara bagi menempatkan tenteranya. Pemimpin-pemimpin umat Islam yang 
menjadi boneka Barat telah tanpa rasa bersalah memasuki perjanjian-perjanjian 
tersebut. Mereka telah memberi segala kemudahan kepada Amerika untuk menyerang 
dan membunuh saudara seagama mereka. Mereka telah membantu musuh Allah 
mengalirkan darah saudara mereka. Darah yang mana Rasulullah Sallallahu
 'alaihi wa Sallam perintahkan untuk dijaga. Darah yang mana Allah Subhanahu wa 
Ta'ala telah mengharamkan untuk ditumpahkan. Demi Allah! Para penguasa kaum 
Muslimin ini telah melakukan dosa yang amat besar! 
   
  Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan, adakah kita perlu berdiam diri dengan 
apa yang telah menimpa saudara-saudara kita? Adakah Rasulullah Sallallahu 
'alaihi wa Sallam memerintahkan kita supaya berpeluk tubuh memerhatikan keadaan 
umat Islam? Atau adakah Junjungan Besar kita memerintahkan supaya kita 
bekerjasama dengan orang-orang kafir untuk menghancurkan kaum Muslimin? 
Sedarlah! Agama yang kita anuti ini diturunkan oleh Allah bukan untuk 
menjadikan kita bersengketa dan menumpah darah sesama sendiri, tidak 
sekali-kali agama ini menjuruskan kita ke lembah kehinaan. Kehinaan menimpa 
umat Islam apabila mereka meninggalkan Islam, apabila mereka menjadikan 
tangan-tangan mereka untuk membuat pilihan mengatasi hukum Allah. Zat yang 
menciptakan kita mengingatkan: 
   
  
   
  "Adakah kamu beriman dengan sebahagian dari kitab dan kufur dengan dengan 
sebahagian (yang lain). Maka tiadalah balasan bagi orang-orang yang berbuat 
demikian kecuali kehinaan dalam kehidupan dunia dan di Hari Kiamat (kelak) 
mereka akan dimasukkan ke dalam azab yang keras dan Allah tidak sekali-kali 
lalai dari apa yang kamu kerjakan." [TMQ Al-Baqarah:85]
   
  Secara sedar atau tidak, banyak perjanjian antarabangsa yang dimeterai pada 
hari ini sebenarnya digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menghalang kaum 
Muslimin daripada bersatu. Banyak perjanjian yang telah dilakukan oleh Barat 
bertujuan memisahkan dan memecahbelahkan kesatuan kaum Muslimin melalui 
sempadan-sempadan geografi. Sempadan yang hanya dilakarkan oleh musuh Allah ini 
semacam telah menjadi 'aqidah' bagi pemimpin-pemimpin umat Islam yang 
betul-betul meyakini bahawa ini adalah negaraku dan itu adalah negaramu. 
Ingatlah wahai kaum Muslimin! bahawa sesiapa sahaja yang mengucap La ilaha 
illallah wajib menyembah Tuhan yang Satu, beriman kepada Nabi yang satu, 
membaca kitab yang satu, solat dengan menghadap kiblat yang satu dan bernaung 
di bawah satu negara . Rasulullah dan para sahabat telah menunjukkan kepada 
kita bahawa umat Islam di seluruh dunia wajib bersatu di bawah satu payung 
pemerintahan yakni Sistem Pemerintahan Khilafah. Umat Islam telah mewarisi 
sistem ini
 sehinggalah ke saat ianya dihancurkan oeh musuh-musuh Allah melalui agen 
mereka, Mustafa Kamal la'natullahu ''alaihi. Hanya setelah itu, kaum kuffar 
penjajah berjaya memporak perandakan perpaduan kaum Muslimin dengan sempadan 
geografi yang telah dipetakan oleh mereka. Sebagai seorang Islam, kita wajib 
memerhatikan perkara ini dan wajib pula mengetahui apakah hukum bagi negara 
(pemerintah) memasuki perjanjian-perjanjian seumpama ini. 
   
  Hukum Mengadakan Perjanjian Antarabangsa   
  Para fuqaha telah sepakat atas bolehnya melakukan perjanjian di peringkat 
antarabangsa berdasarkan dalil-dalil yang jelas dari Al-Quranul Karim dan juga 
berdasarkan sunah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa 
Sallam. Mereka juga sepakat bahawa terdapat beberapa perjanjian yang haram 
dimeterai oleh umat Islam. Di antara dalil yang terdapat di dalam Al-Qur'an 
ialah, 
   
  "Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan 
bertawakallah kepada Allah. Sesunnguhnya Dia Maha Mendengar Maha Mengetahui. " 
[TMQ Al-Anfal:8]
   
  "(Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan 
pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum 
yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka" [TMQ Al-anfal:72]
   
  "Bagaimanakah ada perjanjian (yang teguh) bagi orang-orang musyrik disisi 
Allah dan disisi RasulNya, kecuali pada orang-orang yang kamu telah mengadakan 
perjanjian (dengan mereka) di Masjidil Haram, maka selama mereka berlaku jujur 
kepadamu, hendaklah kamu berlaku jujur (pula) kepda mereka" [TMQ At-Taubah:7]
   
  Perlu diperhatikan bahawa apabila kita membincangkan perjanjian antarabangsa, 
ianya bermaksud perjanjian yang ditandatangani oleh dua negara atau lebih. Di 
dalam Islam, perjanjian antarabangsa hanya berlaku di antara Negara Islam 
dengan negara kufur sahaja atau antara negara kufur sesama mereka. Islam tidak 
mengenal perjanjian antarabangsa yang dimeterai di antara negara-negara umat 
Islam. Ini kerana tidak boleh (haram) bagi umat Islam mempunyai lebih dari satu 
negara. Di dalam sistem pemerintahan Islam tidak boleh wujud dua atau lebih 
negara yang dikenali sebagai Negara Islam. Inilah apa yang telah ditunjukkan 
oleh Rasulullah dan para khulafa-ur-rashidun. Umat Islam hanya bernaung di 
bawah satu pemerintahan, satu negara yang menyatukan mereka semua. Umat Islam 
seluruhnya bersatu di bawah satu Daulah. Ini sahaja yang mereka kenal. Tidak 
pernah ada di sepanjang pemerintahan Islam dari zaman Rasulullah sehingga 
Khilafah Uthmaniah di mana Islam mengiktiraf kewujudan negara
 bangsa. 
   
  Rasulullah tidak pernah melakukan perjanjian antarabangsa dengan mana-mana 
negara yang telah masuk ke dalam Daulah Islam kerana secara automatik negara 
yang telah dibuka oleh Rasulullah menjadi sebahagian daripada Daulah. Itulah 
apa yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada kita. Sejarah Islam tidak pernah 
berbicara kepada kita bahawa khalifah Islam melakukan perjanjian antarabangsa 
dengan negara yang telah tunduk kepada Islam. 
   
  Di samping dalil yang jelas di dalam Al-Qur'an, sirah Rasulullah Sallallahu 
'alaihi wa Sallam juga dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa baginda 
telah memasuki beberapa siri perjanjian antarabangsa dengan kaum kafir, 
antaranya perjanjian dengan Bani Dhamrah pada 12 Safar tahun kedua Hijriyyah, 
perjanjian dengan Bani Mudlij, Bani Ailah dan sebagainya dan yang paling 
masyhur, Perjanjian Hudaibiyyah pada tahun keenam Hijriyyah. Perjanjian 
Hudaibiyyah merupakan sebahagian dari strategi Rasulullah untuk mengikat 
Quraish dengan perjanjian damai bagi mengelakkan peperangan dan memberi ruang 
kepada Negara Islam untuk menyebarkan dakwah ke semenanjung Arab, meluaskan 
wilayah Negara Islam serta menghalang penduduk Khaibar dari membuat pakatan 
dengan kafir Quraish yang bertujuan untuk memerangi umat Islam. Rasulullah 
telah meraih hasilnya apabila perjanjian tersebut walupun nampak berat sebelah, 
tetapi sebenarnya betul-betul memihak kepada Islam. Islam dapat tersebar ke
 seluruh jazirah Arab tanpa apa-apa gangguan dari kafir Quraish. Rasulullah 
juga berjaya menawan Khaibar kerana Yahudi Khaibar tidak dapat bekerjasama 
dengan Quraish untuk memerangi Islam kesan dari perjanjian ini. 
   
  Syarat-Syarat Perjanjian Antarabangsa Yang Dibolehkan dan Yang Diharamkan   
  Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menurunkan Islam untuk mengatur (1) hubungan 
manusia dengan Penciptanya seperti perkara-perkara akidah dan ibadah; (2) 
hubungan manusia dengan dirinya sendiri seperti akhlak, makanan dan pakaian; 
dan (3) hubungan manusia sesama manusia seperti mu'amalat dan uqubat. Hubungan 
manusia sesama manusia juga merangkumi hubungan umat Islam dengan berbagai 
negara, invididu-individu dan bangsa-bangsa lain. Allah Subhanahu wa Ta'ala 
telah menyempurnakan agamaNya sehingga tidak ada satu persoalan pun yang tidak 
boleh diselesaikan oleh Islam. Allah dan RasulNya telah memberikan panduan 
kepada kita bagaimana melaksanakan sesuatu perjanjian. Para ulama' dari zaman 
silam sampai sekarang telah membahas hukum-hukum syara' yang mengatur urusan 
individu, umat dan negara. Mereka menghasilkan begitu banyak karya cemerlang 
yang membahaskan perkara-perkara tersebut dan ia merupakan kekayaan terbesar 
yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana umat dalam sejarah
 dunia. Islam mengandungi jawapan kepada segala perkara. 
   
  Di antara syarat-syarat perjanjian antarabangsa yang ditetapkan oleh Islam 
adalah : 
   
  (1)               Negara yang diajak untuk membuat perjanjian bukan negara 
muharibah fi'lan (negara yang sedang berperang dengan umat Islam) seperti 
Amerika, Israel dan sekutu-sekutu mereka. Islam hanya membenarkan perjanjian 
dimasuki dengan negara muharibah hukman sahaja (negara kafir yang tidak dalam 
keadaan memerangi Islam).  Walau bagaimanapun, bagi negara kafir muharibah 
fi'lan, terdapat pengecualian (dibenarkan) menandatangani perjanjian gencatan 
senjata sahaja. Tidak boleh ada aqad perjanjian di bidang perdagangan dan 
sebagainya dengan negara muharibah fi'lan. Ini kerana matlamat perjanjian 
adalah untuk menjaga darah dan harta kedua belah pihak sedangkan negara yang 
sedang berperang tidak menjamin keselamatan harta dan nyawa. Gencatan senjata 
dibenarkan dengan negara muharibah fi'lan ini dengan syarat-syarat yang 
tertentu dan dalam keadaan tertentu sahaja apabila kedua-dua negara yang saling 
berperang sepakat menghentikan perang selama jangka waktu tertentu.
 Setelah perjanjian gencatan senjata dilakukan, maka baru dibolehkan melakukan 
aqad perjanjian lain dengan mereka. Oleh itu perjanjian seperti Perjanjian Camp 
David dalam tahun 1978 yang ditandatangani antara rejim sekular Mesir dengan 
Israel adalah tidak sah kerana ia mengakui kewujudan Israel sebagai sebuah 
negara yang sah walau pun Israel mendirikan negara mereka dengan cara membunuh 
ribuan umat Islam dan merampas tanah umat Islam. Di samping itu perjanjian itu 
menghalang Mesir daripada membantu umat Islam yang diperangi oleh Israel. 
Perjanjian yang dibuat oleh negara-negara kaum Muslimin dengan Amerika yang 
membolehkan kapal dan pesawat tentera Amerika menggunakan kemudahan-kemudahan 
tentera di wilayah milik umat Islam juga tidak sah dan jelas-jelas haram 
hukumnya. 
   
  (2)               Disyaratkan perjanjian yang ingin dibuat antara negara 
Islam dengan negara lain tidak bercanggah dengan perjanjian sebelumnya (jika 
ada) sebab adalah wajib bagi Negara menepati perjanjian yang telah dimasuki 
terlebih dahulu. Jika perjanjian yang kedua merosakkan perjanjian yang pertama 
dan membatalkannya, maka hal ini dilarang. 
   
  (3)                Perjanjian itu wajib menyebutkan setiap perkara yang 
dikhuatiri boleh menimbulkan perselisihan kerana perjanjian dibuat untuk 
mengatur hubungan tertentu. Setiap perjanjian mesti disusun dengan teliti, 
dielakkan ungkapan-ungkapan yang kabur dan peruntukan-peruntukan yang tidak 
jelas. Kegagalan yang menimpa berbagai perjanjian yang dibuat oleh banyak 
negara sekarang ini yang mendakwa berusaha untuk mencapai kesepakatan adalah 
kerana isi perjanjian yang tidak jelas dan berbelit-belit. 
Perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah dibuat dengan susunan yang 
teliti, sehinggakan setiap patah perkataan mereka rundingkan samada untuk 
memakai atau membuangnya. Setelah itu barulah mereka menerapkan apa yang telah 
disepakati, sebagaimana Perjanjian Hudaibiyyah.    
   
  (4)                Perjanjian hendaklah dibuat untuk kepentingan penyebaran 
Islam, mengembang dakwah Islam dan jihad. Misalnya perjanjian yang dibuat oleh 
panglima tentera Islam yang hebat, Salahuddin al-Ayyubi, dengan Raja-raja 
Kristian pada perjanjian Ramlah memperlihatkan dengan jelas kepada kita 
bagaimana perjanjian seperti itu memecah belahkan musuh dan membebaskan al-Quds 
dari tangan kaum Kristian. Oleh itu uslub perjanjian merupakan uslub yang amat 
baik dan dapat digunakan oleh Negara ketika melakukan pergulatan politik dan 
pergulatan fizikal sekaligus. Dasar tentang perjanjian seperti ini diserahkan 
kepada Khalifah kerana dialah yang dilantik sebagai pemerintah umat Islam dan 
di antara tugasnya adalah memelihara kekuatan dan kemuliaan umat Islam. Dia 
juga yang berhak menguruskan perjanjian. Walau pun demikian umat berhak 
melakukan muhasabah (kritik dan pengawasan) terhadap Khalifah kerana muhasabah 
adalah hak umat terhadap Khalifah. 
   
  (5)                Disyaratkan agar perjanjian tidak mengandungi syarat yang 
rosak kerana Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Umat Islam itu 
sesuai dengan syarat-syarat mereka kecuali syarat yang menghalalkan apa yang 
diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkanNya" [HR Tirmidzi]. 
Sebagai contoh umat Islam tidak boleh menerima syarat perjanjian yang 
memberikan kebenaran kepada pesawat tentera udara Singapura menggunakan ruang 
udara Malaysia yang membolehkan Singapura melakukan pengintipan ke atas 
kedudukan strategik di Malaysia. Termasuk juga syarat-syarat yang rosak adalah 
syarat yang diajukan oleh orang-orang kafir agar mereka boleh memasuki Tanah 
Haram Makkah; atau menampakkan syi'ar orang-orang kafir seperti perjanjian yang 
mengakibatkan tersebarnya pemikiran atau cara hidup yang bertentangan dengan 
aqidah dan syariat Islam di kalangan umat Islam. Begitu juga syarat perjanjian 
yang disepakati antara pemimpin-pemimpin gerakan Islam di Iraq
 dengan Amerika untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam adalah perjanjian 
yang tidak sah. 
   
  (6)                Perjanjian wajib ditulis dengan bahasa Arab kerana bahasa 
Arab adalah satu-satunya bahasa Islam dan merupakan bahasa rasmi yang digunakan 
oleh Daulah. Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah 
mengirimkan surat kepada para raja dan pemimpin dengan bahasa Arab sedangkan 
baginda mampu mengirim surat kepada mereka dengan bahasa mereka. Perbuatan 
Rasulullah adalah salah satu Hadis (Sunnah) yang wajib diikuti oleh umatnya. 
Hanya jika ditakuti muncul bahaya tertentu pada keadaan tertentu dan dalam 
perjanjian tertentu, maka bolehlah menulis perjanjian dengan bahasa yang 
diminta. 
   
  (7)                Perjanjian yang dibuat wajib bersifat sementara dengan 
batas waktu tertentu dan tidak boleh memutlakkannya atau mengabadikannya. 
Ath-Thabari telah menyebutkan tentang ijma' seluruh fuqaha dalam masalah ini di 
mana para fuqaha seluruhnya berpendapat tentang haramnya perjanjian yan tidak 
dibataskan waktunya [Al-Jihad li ath-Thabari]. Sebagai contoh, mengadakan 
perjanjian yang had waktunya 100 tahun seperti perjanjian mencarigali minyak 
yang membolehkan syarikat asing mengaut minyak selama 100 tahun adalah 
diharamkan. Akan tetapi yang lebih penting dari itu ialah haramnya memberikan 
kekayaan di negeri kaum Muslimin kepada kaum kuffar. Banyak sekali bukti yang 
boleh dilihat dimana penguasa kaum Muslimin telah 'menyerahkan' kepada kaum 
kuffar segala kekayaan sumber alam yang Allah augerahkan di tanah milik umat 
Islam. Inilah pengkhianatan besar yang telah dilakukan oleh penguasa-penguasa 
kaum Muslimin!. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah
 memberikan had waktu 10 tahun dalam perjanjian dengan penduduk Makkah di 
Hudaibiyyah. Di samping itu ayat surah at-Taubah telah membatalkan perjanjian 
yang bersifat kekal seraya memberikan had waktu 4 bulan. Para ulama' mazhab 
Syafie berpendapat tidak boleh lebih dari 4 bulan apabila umat Islam berada di 
dalam keadaan kuat berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
   
  "(Inilah pernyataan) memutuskan perhubungan daripada Allah dan RasulNya (yang 
dihadapkan kepada orang-orang musyrikin yang kamu (umat Islam) telah mengadakan 
perjanjian (dengan mereka). Maka berjalanlah kamu (musyrikin) di muka bumi 
selama 4 bulan" [TMQ At-Taubah:1-2]
     Khatimah   
  Wahai kaum Muslimin! Kemuliaan dan kegemilangan kalian akan kembali jika 
kalian melaksanakan Islam sepenuhnya dalam kehidupan dan menjadikan hukum 
syara' sebagai kayu ukur dalam segala perkara. Sedarlah dan marilah kita 
bersama-sama berusaha untuk menyatukan kembali umat Islam dengan penyatuan yang 
Allah perintahkan yakni berdasarkan aqidah Islam, penyatuan di bawah satu 
bumbung pemerintahan, bukan berdasarkan sempadan geografi, bukan bersandarkan 
patriotisme ( wathaniah) mahupun perkauman (asabiyyah). Penyatuan hakiki umat 
Islam seluruh dunia di bawah satu sistem pemerintahan adalah perkara yang 
paling ditakuti oleh Amerika dan sekutunya. Ketakutan inilah yang telah 
menyebabkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan umat Islam 
kekal dalam perpecahan. Perpecahan yang mewabah dalam tubuh umat ini antara 
lain adalah melalui rekayasa Amerika dengan perjanjian-perjanjian antarabangsa 
yang mereka telah rancangkan agar umat Islam tidak akan kembali bersatu.
 Penyatuan umat Islam dibawah satu bendera La ilaha illallah Muhammad 
Rasulullah yang akan dikibarkan oleh Daulah Khilafah merupakan perkara yang 
akan menggentar dan menggoncangkan hati-hati kaum kuffar. Inilah mimpi ngeri 
mereka. Inilah mimpi ngeri Amerika dan sekutu-sekutunya - bersatunya umat Islam 
dengan kembali tegaknya Daulah Khilafah 'ala minhaj nubuwwah. Mimpi ngeri 
mereka ini akan segera datang dengan janji Allah. Marilah kita sama-sama 
menjadikan mimpi ngeri mereka satu kenyataan dengan bersama-sama berusaha 
mengembalikan kemuliaan yang telah lama hilang ini melalui tariqah dakwah yang 
digariskan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. 
   
  ALLAHUAKBAR!

                
---------------------------------
How low will we go? Check out Yahoo! MessengerÂ’s low  PC-to-Phone call rates.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
You can search right from your browser? It's easy and it's free.  See how.
http://us.click.yahoo.com/_7bhrC/NGxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke