Asalamualaikum wrt,

Nak gurau senda jer ni. Jgn ambik berat sgt.

albaniasghar wrote:
memanglah kepercayaan ni datang dengan kewibawaan diri. Ia dibina
dalam masa yg panjang. kalau pakcik mahukan kepercayaan warga
islahnet, berhujahlah dari hari ini dgn dalil bukan persepsi, heresay
dan fanatik madzhab tradisional

Betul tu dan pakcik tak berharap pun org ramai anggap pakcik wibawa 
(memang tak wibawa pun). Apatah lagi mengharap orang percaya akan 
pakcik. Pakcik masih lagi berharap akan dunia untuk dunia. Masih sibuk 
tengok TV cerita2 hal duniawi. Masih berat nak pi kuliah agama yang jauh 
jauh. (imam ahmad tak silap ana sanggup dari bahgdad ke syam (kalau 
silap perbetulkan) hanya kerana sepotong hadis. Masih lagi beremail time 
kerja (tak tau la apa nak jawap biler ditanya Allah nanti).Moralnya 
masih lagi leka.

Dan pakcik juga harap warga-warga emailgroup jgn juga percaya sgt pada 
yang berilmu tetapi tak mampu menjaga dirinya. (kenyataan umum tak 
merujuk kepada sesiapa - baik diri ana sendiri, sang salafi melenium, 
sang sufi dll). Banyak ilmu tetapi jiwa masih tak tenteram. Masih 
mengharap akan pujian, kepercayaan tapi diri dan belum mampu membuang 
sifat 3 binatang yang pakcik sebutkan sebelum ni (binatang 
jinak,binatang buas,setan). Kalau ikut ilmu tasawuf, orang yang berilmu 
dan mengharapkan akan pujian bagi dirinya, mengharapkan gelaran, 
mengharapkan diletaknya ditempat atas maka haram baginya menyampaikan 
kuliah/ilmu Allah.(lepas ni pasti Tuan AA mintak dalil kata haram). :)  
Pakcik check balik ketika zaman nabi saw, Nabi saw apabila menghantar 
sahabat sahabatnya berdakwah semuanya mempunyai keperibadian yang 
bersih, jiwa yang suci.dan amal soleh. Belum pernah lagi pakcik dengar 
Nabi saw hantar orang yang berpura-pura ataupun riak maupun yg berilmu 
tapi tak leh nak amalkan.

Kenapa tak leh caya sangat? Bukan tak leh caya cuma perlu hati hati. 
Ilmu Allah ni satu karamah. Biler diambil dari orang yang soleh maka 
jiwa akan tersentap dan membawa kepada keinsafan (bagi yg dibuka 
hatinya). Tapi jika diambil dari orang yang tak mampu beramal soleh , 
ibarat ambil ilmu dari buku/kitab. Tidak meresap kedalam jiwa. Malah 
ditakuti ilmu ilmu yg disampaikan walaupun sahih tetapi disampaikan atas 
nafsu maka takut takut tergelincir dari jalan yang dikehendakiNya.

Akhir kata teringat pakcik tentang hadis akhir zaman.

/Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar 
Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut 
(menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. 
Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. 
Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih 
orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin 
yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. 
Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." HR Muslim

/Ilmu agama apa yang hilang. Bukan kah la ni makin banyak kitab kitab 
sahih, makin banyak terjemahan terjemahan Alquran agar lebih mudah untuk 
difahami. Makin ramai graduan graduan dalam bidang agama. Macam mana 
boleh hilang lak.? Baca jer la kitab tersebut dan sematkan dlm hati. 
Pergi la ke kuliah kuliah agama dan ingat akan kata kata ust tersebut. 
Tapi apsal boleh hilang pula. Check balik ilmu apa yang hilang?

 Alim ulama yang mcm mana ditiadakan.? Bukan ka masih ramai ulamak 
ulamak zaman la ni. Di Malaysia saja sudah ada 9 mufti dan ramai lagi 
ulamak ulamak. Di arab saudi, mesir, jordon, syria tak sah cakap la. 
Lagi la ramai. Ulamak mana yang ditiadakan?
Ulamak mana yang beransur ansur hilang / diketepikan / dilupakan. Check 
balik perbezaan ulamak terdahulu dan dizaman nabi saw dengan ulamak 
sekrang. Dimana perbezaannya. Di Zahirnya atau di Jiwanya.

Pemimpin yang jahil mereka berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, Ilmu 
pengetahuan yang mcm mana tidak ada pada mereka. Bukan ke banyak kitab 
kitab sahih. Bukak jer kitab sahih dah leh tau mana yang betul mana yg 
salah. Bukan ke ramai ulamak-ulamak yang boleh membantu. Ilmu 
pengetahuan yang mcm mana yang tidak ada pada mereka ini. Bodoh 
sangatkah pemimpin (orang yg kita ambil untuk membantu memimpin kita ke 
jalan yang lurus) ini. Kitab-kitab rujukan didepan mata. Ilmu 
pengetahuan yang mcm mana yang mereka tak jumpa. Mungkin ilmu 
pengetahuan yang dizaman la ni sudah dianggap sesat, sudah dianggap 
lemah atau sudah dilemahkan/dimuadukkan, sudah tidak diamalkan lagi 
kerana sudah hilang. Apakah itu yang dimaksudkan dengan hilang. Pi cari 
guru soleh dan tanya.

Benar lah kata satu hadis akhir zaman:

/"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali 
asing pula. Maka beruntunglah orangĀ­ orang yang asing". HR Muslim

/Kerana yang tersebar di akhir zaman ini bukannya Islam yang sempurna 
tetapi lebih kepada Islam yang berlandaskan nafsu (dek kerana jiwa yang 
kurang bersih)

Panjang lak akhir kata pakcik ni. Asalnya nak gurau senda jer. Ampun maaf.

Cari la Guru akhirat. Macam mana nak tau? Pergi la ke beberapa kuliah2 
guru. Bergaul la dengan guru. Lihat perilakunya. Lihat peribadinya. 
Apakah ada ciri ciri kesolehan dalam diri. Kalau perlu, tumpang tidur 
rumah guru tersebut..Biler dah jumpa dampingi mereka dekat dekat.

Satu lagi amalan yang dah hampir dilupakan. Apabila berjumpa insan insan 
yang beramal soleh yang mementingkan akhirat. Minta dari mereka talkin 
kan akan diri ini. Zaman la ni kita duk ditalqinkan time baru lahir dan 
time mati jer. Time baru masuk islam juga di talqinkan. Nabi saw selalu 
mentalqinkan akan sahabat sahabatnya. Apa itu talqin .. ? tanya la guru 
guru soleh. Ada rahsia di dalam talqin itu. Tapi kalau yg mentalqin kan 
itu dari yg tak beramal soleh emm membazr jer kot.

Waalahualam.Sekali lagi jgn percaya bulat bulat cakap pakcik.
.




------------------------------------------------------------------------

albaniasghar wrote:

>--- In [email protected], Khairul Azahan Mohamed Kamal
><[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>Adapun imam nawawi 
>  
>
>>(kalau tak silap pakcik la.- kalau silap maaf bebanyak). Ayat setiap 
>>bidaah itu sesat adalah ayat umum. Biler ayat umum maka perlu kepada 
>>dalil dalil lain menyokong ayat ini. Dalil dalil lain yang diperlukan 
>>adalah dalil dalil tentang apa itu sunnah, dan apa itu bidaah. Dalil2 
>>tentang pengertian sunnah pun sudah ada perbezaan pendapat. 
>>    
>>
>~~~~~~~~~~~~~~~~reply
>
>apa susah, kalau berbedza kita kena kembali kepada AQ, Sunnah. kalau
>keliru bab bid'ah, buka kamus Lisan alarab, kamus almuhit pun dah
>OK...pokoknya kenapa tak mahu rujuk AQ dna Sunnah dan kamus ori bahasa
>arab?
>masing2 berselindung, khilaf, khilaf, tapi tak mahu rujuk AQ dan
>Sunnah atau kamus arab.
>
>Disitu pun 
>  
>
>>sudah ada khilaf. Kerana itu ada perkara perkara yang dianggap bidaah 
>>check check rupanya bukan bidaah yang nak diterangkan dlm ayat 'setiap 
>>bidaah itu sesat'
>>    
>>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~reply
>
>apa perkara yang pakcik dah cek bukan bid'ah sesat tu?
>boleh senaraikan tak?
>
>  
>
>>Ampun maaf. pakcik banyak lupa dari ingat. Rehat dulu kot. Hal
>>    
>>
>bidaah ni 
>  
>
>>tak akan selesai. Kona sana kona sini tetap ada khilafnya.
>>    
>>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~reply
>
>kalau ada memory problem, baik tak payah bahath.
>
>  
>
>>Akhir kata, mudahan mudahan kita dapat meninggalkan kelakuan binatang 
>>jinak (peliharaan), binatang buas , dan kelakuan saitan dalam diri kita.
>>    
>>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~reply
>
>ada lagi satu binatang yg lebih teruk...binatang dalam sarkis atau
>zoo. salnya rimau dan singa ni memang buas, manusia tengok pun
>pengsan. tapi bila dimasukkan dalam zoo dan dilatih masuk sarkas,
>orang pun tak peduli...
>
>jangan jadi ulama sarkas dan ulama zoo.
>
>  
>
>>Wallahualam, jgn percaya cakap pakcik. 
>>    
>>
>
>~~~~~~~~~~~~~~reply
>
>memanglah kepercayaan ni datang dengan kewibawaan diri. Ia dibina
>dalam masa yg panjang. kalau pakcik mahukan kepercayaan warga
>islahnet, berhujahlah dari hari ini dgn dalil bukan persepsi, heresay
>dan fanatik madzhab tradisional.
>
>aa
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
>//////////////////////////////////
>
>Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
>Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
>
>Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
>http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
>
>Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
>            [EMAIL PROTECTED]
>Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
>            [EMAIL PROTECTED] 
>Yahoo! Groups Links
>
>
>
> 
>
>
>
>
>  
>


-- 



[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke