Tak malukah orang Islam di Malaysia ini apabila En Sri
Raman yang saya rasa beragama Hindhu mencadangkan
kempen pengharaman arak sepertimana kempen Tak Nak
rokok dalam artikel beliau yang disiar dalam Utusan
Malaysia 25 Mei 2006. Orang bukan Islam nampak bahaya
arak, tapi orang Islam membiarkan penjualan dan
pengiklanan arak berleluasa. Lebih teruk lagi mereka
memegang saham dalam industri arak, bekerja di kilang
arak. Begitu juga dengan industri judi, ramai wanita
bukan Islam mengadu suami-suami sudah menjadi tahi
judi hingga mengabaikan rumah tangga , persekolahan
anak-anak, dan tiada agama juga dalam dunia ini yang
menggalakkan pengikutnya berjudi. Tetapi industri
perjudian di Malaysia semakin subur, malah kekerapan
cabutannya juga ditambah. Wanita bukan Islam menderita
akibat suami mereka berjudi, tapi orang Islam yang
membiarkan pusat-pusat judi berlesen berleluasa, malah
orang Islam memegang saham dalam industri judi, orang
Islam jugalah yang mengerumuni kedai-kedai judi. Mana
pergi golongan yang memperjuangkan Kongsi Raya, tetapi
tidak memperjuangkan masalah masyarakat yang melanda
di Malaysia ini tanpa mengira agama ? Mufti Perak kata
kaji Kongsi Raya, bukannya menghalang orang Kristian
sambut Krismas, bukannya menghalang orang Hindhu
sambut Thaipusam. Jika konsep Kongsi Raya dapat
menyatu padukan pelbagai kaum dan agama di dunia ini
dan dapat menyelesaikan masalah rumahtangga dan
masyarakat maka cadangkanlah kepada kerajaan Israel
supaya mengadakan Kongsi Raya supaya konflik
Arab-Israel dapat diselesaikan melalui kongsi raya.
Kenapa kita sibuk hendak mempertahankan Kongsi Raya
tetapi tidak mahu membantu jiran kita yang bukan
beragama Islam kerana mereka mempunyai hak sebagai
jiran ? 

*************************
Tiada agama galakkan penganutnya minum arak oleh  SRI
RAMAN, Kuala Lumpur.

MALAYSIA mempunyai 25 juta penduduk, tetapi
mencatatkan jualan minuman keras melebihi RM1 billion
dalam setahun. Ini satu keadaan yang serius.

Saban hari, kita membincangkan mengenai bahaya rokok.
Merokok tidak baik untuk kesihatan, penagih dadah
mencuba dadah melalui rokok dan bermacam-macam lagi
hingga melupakan akan bahaya mengambil minuman arak

Minuman arak juga menjerumuskan masyarakat kepada
gejala-gejala yang ditegah di sisi agama. 

Minuman arak yang mengandungi alkohol memberi kesan
terhadap tubuh badan dan sistem saraf pusat.

Fungsi yang pertama terjejas ialah proses membuat
pertimbangan, pemerhatian dan konsentrasi, kehilangan
sifat penahanan diri, tindakan yang dipengaruhi oleh
perasaan pada sesuatu ketika dan hilang upaya untuk
mengawal perasaan.

Contoh yang paling hampir adalah pemandu kenderaan.
Setiap tahun banyak kemalangan jalan raya disebabkan
pemandu yang mabuk.

Tiada gunanya kerajaan menghabiskan berjuta-juta
ringgit untuk menjalankan ‘Kempen Tak Nak’ pada rokok
dan ‘Utamakan Kesihatan’, jika bahaya minuman arak
tidak diberitahu kepada masyarakat seperti mana yang
dibuat untuk menyedarkan individu yang merokok.

Mengapa perkara ini diabaikan? Apakah seseorang
individu itu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan
berhenti merokok, tetapi meminum arak?

Mengapa kerajaan boleh mengharamkan sebarang penajaan
dan penayangan sebarang iklan berkaitan tembakau di
dalam media cetak dan media elektronik, tetapi tidak
bagi iklan minuman keras.

Memang diakui bahawa iklan berkaitan minuman arak
tidak lagi ditayangkan di media elektronik namun tidak
bagi media cetak dan di pawagam.

Kita dapat lihat sendiri bahawa wujudnya sesetengah
akhbar berbahasa Inggeris yang masih mengiklankan
minuman keras tanpa perasaan tanggungjawab kepada
masyarakat.

Kita tidak mahu media elektronik dan media cetak yang
berperanan sebagai penyebar maklumat dan sumber
rujukan kepada masyarakat terpesong daripada matlamat
kewujudannya 

Dalam situasi ini, kerajaan perlu pro aktif dengan
menjalankan kempen `Tak Nak' pada rokok dan minuman
keras secara bersama untuk menyedarkan masyarakat
keseluruhannya.

Kerajaan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan perlu
membekukan pengeluaran lesen dan menjalankan
penguatkuasaan yang tegas dan menyeluruh kepada
pekedai-pekedai yang menjual minuman keras secara
haram.

Terdapat peniaga yang menjalankan kegiatan menjual
arak secara haram berselindung di sebalik perniagaan
barang runcit yang dijalankan di kawasan perumahan.

Situasi ini sangat berbahaya kerana ketiadaan kawalan
penjualan arak dan ini membolehkan remaja yang berumur
18 tahun ke bawah mendapatkan minuman arak dengan
mudah.

Apabila kita merujuk kepada kepercayaan agama
kaum-kuam yang terdapat di Malaysia, jelas bahawa
tidak satu agama pun menggalakkan penganutnya
mengambil minuman keras dalam kehidupan.

Saya merasakan sekiranya pengharaman terhadap minuman
keras dilakukan, ia akan menyelesaikan sebarang
masalah atau huru-hara kepada masyarakat Malaysia
malah mereka akan bersetuju kerana gejala sosial dan
keruntuhan institusi keluarga juga berpunca daripada
minuman keras.

Kajian juga menunjukkan ramai remaja yang mengambil
alkohol mempunyai ibu bapa yang juga peminum alkohol. 

Tentulah kita tidak mahu negara kita digelar sebagai
negara dunia ketiga yang paling maju, tetapi
keruntuhan akhlak dan gejala sosial di kalangan
masyarakat semakin meningkat dan tidak dapat dibendung
serta akan menggagalkan usaha kerajaan untuk
melahirkan masyarakat yang berpengetahuan.

Kita berkehendakan masyarakat yang seimbang dari segi
material mahupun kerohanian. 


http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0525&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_01.htm&arc=hive


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/jDk17A/gOaOAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke