OLKI [OLKI.BIZ LOGO] Website: http://www.olki.biz <http://www.olki.biz>
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Setelah mendapat feedback dari pelbagai pihak yang berminat dengan projek Inkubator OLKI.BIZ ini kami mengambil keputusan untuk menukar konsep partition kepada bilik. Bagaimana pun konsep perkongsian seperti sambungan internet, fax masuk, panggilan masuk, aircond 2.5HP, air/elektrik dan beberapa kemudahan lain (dimasa akan datang) akan diteruskan. Disebabkan kos untuk menyediakan bilik agak tinggi kami tidak dapat menyediakan perabut pejabat seperti meja, kerusi dan rak untuk filing seperti rancangan awal. Bagaimanapun bagi kemudahan peserta kami menyediakan pekej yang istimewa iaitu meja (4ft x 2.3ft) RM130, kerusi (menaip) RM40 dan rak filing RM38. Kami menyedia gambar pelan untuk rujukan anda. Bagi unit 7ft x 8.5ft harganya ialah RM120 sebulan dan unit 14ft x 8.5ft harganya ialah R240 sebulan. Sekian terima kasih. Sebarang petanyaan amat dialu-alukan. Sila forwardkan juga kepada rakan-rakan anda. Terima kasih. Zolkifle Haron HP: 019-2899628 [OVERALL LAYOUT] [ZOOMIN LAYOUT] [7FTx8.5FT TYPE LAYOUT] [14FTx8.5FT TYPE LAYOUT] Assalamualaikum dan salam sejahtera, Setelah melibatkan diri dalam dunia perniagaan selama 8 bulan, saya dapati terdapatnya keperluan kemudahan inkubator untuk para usahawan melayu yang baru ingin bertapak dalam dunia perniagaan. Inkubator adalah ruangan kecil (partition) yang disewakan untuk dijadikan pejabat dan selalunya kemudahan asas pejabat akan dikongsi bersama untuk meminimakan kos. Kemudahan ini ada disediakan oleh pihak MARA peringkat negeri sebagai contoh Selangor di World Wide Business Center dan W.P pula di Medan MARA. Harga yang dikenakan juga sangat minima (RM50~RM100) kerana kebanyakkannya telah disubsidikan oleh pihak MARA. Kemudahan yang disediakan ialah seperti telefon, fax, alamat surat menyurat, peti surat, perabut pejabat, komputer untuk dikongsi dll. Bagaimana pun kemudahan ini hanya terhad kepada 1 tahun sahaja untuk setiap usahawan baru dan 6 bulan lanjutan jika diluluskan. Setakat ini bagi negeri Selangor tiada lagi kekosongan (cuma ada 6 tempat disediakan). Atas sebab-sebab di atas, OLKI Technology menyediakan 2 tingkat pejabat untuk disewakan kepada para usahawan yang memerlukan perkhidmatan ini. Setakat ini projek ini masih dalam dalam peringkat awal, jadi kami cuma dapat memberikan harga anggaran iaitu RM150~RM200 sebulan. Kemudahan yang disediakan ialah sama seperti yang disediakan oleh MARA, dan sebagai tambahan kami menawarkan akses internet percuma, voip call untuk nasional call pada harga yang sangat minima (10sen seminit), kawalan keselamatan melalui IP Camera, laman web percuma (nama_syarikat_anda.olki.biz) dan banyak lagi akan datang. Lokasinya ada seperti alamat di bawah:- Pusat Inkubator OLKI (aka OLKI.BIZ) No 35A & 35B, Jalan Laksamana 6, Taman Mewah Jaya Off Jalan Sg. Jati, 41200 Klang Selangor. Kepada mereka yang ingin melihat sendiri lokasinya boleh mengambil Highway Kesas menghala ke Pulau Indah. Keluar exit Jalan Kg. Jawa. Sampai roundabout ambil pukul 9 Jalan Sg. Jati menghala ke Hospital Klang. Pusat Inkubator ini ada di sebelah kiri jalan lebih kurang 2~3 km dari roundabout tadi. Unit Kedai 2 tingkat cermin hitam. Sebarang petanyaan amat dialu-alukan. Sila forwardkan juga kepada rakan-rakan anda. Terima kasih. Zolkifle Haron OLKI TECHNOLOGY HP: 019-2899628 Tel: 03-51261087 Fax: 03-51265064 EMAIL: zolkifle(a)gmail.com <http://www.dapatwang.com/index.php?ref=olki> [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> See what's inside the new Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/Hik1AB/bOaOAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

