Alhamdulillah, akhirnya tapak pelupusan sampah di
Chembong, Rembau , Negeri Sembilan telah ditutup.
Semuanya dengan izin Allah hasil usaha beberapa
individu di kawasan tersebut yang membuat laporan
melalui e-mel kepada Menteri Besar, EXCO, Jabatan Alam
Sekitar, TV3 dan sebagainya. Walaupun berita mengenai
tapak pelupusan sampah di Chembong ini tidak tersiar
dalam akhbar namun dalam masa tidak sampai sebulan
setelah e-mel dihantar arahan telah dikeluarkan untuk
menutup tapak pelupusan sampah tersebut dan
dipindahkan ke Port Dickson.

Tapak pelupusan sampah di Chembong dibawah kelolaan
Majlis Daerah Rembau telah digunakan oleh pihak
kontraktor Majlis Perbandaran Seremban dan beberapa
industri sekitar Negeri Sembilan sejak 2-3 tahun lalu
untuk membuang sampah dan lain-lain sisa industri.

Tapak pelupusan sampah yang pada asalnya hanya
digunakan oleh Majlis Daerah Rembau ini telah
menyebabkan ketidak selesaaan kepada penduduk sekitar,
kerana tapak pelupusan sampah ini begitu hampir dengan
kawasan kampung, taman perumahan dan jirat Cina ,
serta jalan utama Seremban – Rembau.

Sekali lagi hasil usaha penduduk setempat yang bangkit
melaporkan perkara ini secara terus kepada pihak yang
berwajib telah menyelamatkan keadaan di kampung mereka
sendiri.

Penduduk setempat haruslah peka akan apa yang berlaku
di sekitar mereka dan bangkit melakukan sesuatu
tindakan yang pro aktif tanpa mengharapkan semata-mata
kepada pihak tertentu untuk membela nasib mereka.

Jika tidak kita , siapa ? Jika tidak sekarang, bila ?
Jika bukan di sini, di mana ?
If not us , who ? If not now, when ? If not here ,
where ?

Dilampirkan notis pemberitahuan tapak pelupusan sampah
Chembong telah ditutup.


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/mDk17A/lOaOAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke