Oleh Saidatul Amani  KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) -
Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat akan meneruskan
agenda bersama tokoh-tokoh negara bagi membincang
serta menangani isu semasa yang banyak menimbulkan
kontroversi negara serta masyarakat hari ini.

Empat pimpinan tertinggi Pemuda PAS Pusat, Ketuanya
Salahuddin Ayub; Timbalan, Ustaz Idris Ahmad; Naib,
Mazlan Aliman dan Setiausahanya, Ahmad Shabki Mohd
Yusof telah mengadakan perbincangan selama dua jam
dengan Tengku Razaleigh Hamzah di kediamannya, di
Jalan Langgar Golf, Ampang, semalam.

Menurut Mazlan, perbincangan itu lebih pada soal
perpaduan orang Melayu ekoran berlakunya krisis antara
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan
mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Dalam perbincangan itu, Pemuda menekankan bagaimana
langkah yang seharusnya diambil untuk merapatkan
kembali hubungan antara Abdullah dengan Mahathir dan
begitu juga isu berkaitan dengan jambatan bengkok
serta masa depan ekonomi orang Melayu.

Mazlan melaporkan, Razaleigh mengalu-alukan usaha yang
dilakukan oleh PAS terutama langkah yang disebut oleh
Salahuddin dalam ucaptamanya di Muktamar Pemuda di
Guar Cempedak, 6 Jun lalu.

"Razaleigh berharap langkah itu dapat diteruskan bukan
sahaja mengadakan perbincangan dengannya tetapi perlu
diadakan bersama Anwar Ibrahim, Mahathir dan para
intelektual Melayu yang sepatutnya memainkan peranan
yang agresif," jelas beliau.

Mazlan yakin Razaleigh mengikuti perkembangan dalam
PAS dan juga Muktamar sehingga beliau boleh membuat
perbandingan antara kepimpinan PAS dahulu dengan
sekarang. 

Beliau berkata, selepas ini Pemuda PAS Pusat akan
teruskan pertemuan dan akan membuat undangan kepada
Razaleigh dalam seminar, forum terutama berkaitan isu
umat Islam dan Melayu.

Bagaimanapun, beliau berharap langkah yang diambil
oleh Pemuda itu jangan sampai ada satu tanggapan
negatif yang mendakwa seolah-olah Pemuda PAS mahu
melupakan sejarah kezaliman yang dilakukan oleh
pimpinan Umno terhadap PAS. - mks.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2776&Itemid=28




     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Your favorite religious organization? Make a donation at Network for Good.
http://us.click.yahoo.com/EOl1HB/LPaOAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke