Muqaddimah    
  Pusat pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB) adalah sebuah syarikat 'Limited By 
Guarantee' ditubuhkan pada 6 Jun 2000 sebagai pemegang amanah kepada Sekolah 
Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG), Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala 
Lumpur (SRIAAKL) Dan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak (SRIAAG).
   
  Penubuhan SRIAAKL pada tahun 1986 telah mencipta rekodnya tersediri sebagai 
perintis dalam memperkenalkan satu kurikulum yang bersepadu di Mlaysia yang 
menawarkan kurikulum nasional Dan kurikulum ilmu syariah dalam satu sesi 
persekolahan.  Sambutan Dan sokongan padu daripada bantuan ibubapa khususnya 
yang begitu prihatin terhadap pendidikan yang menjamin kesejahteraan anak-anak 
mereka di dunia dn akhirat telah membawa kepada penubuhan SRIAAG pata tahun 
1989 Dan seterusnya SMIAAG pada tahun 1991.
   
  Justeru, penubuhan PPAAB adalah bertujuan untuk memantap Dan seterusnya 
memperkasakan Sistem Pendidikan Islam Bersepadu ini ke tahap yang lebih 
kompeten Dan profesional.  Seiring dengan misi Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) 
iaitu utuk melahirkan pelajar soleh WA musleh, adalah amat diharapkan agar 
institusi pendidikan PPAAB dapat melahirkan tunas-tunas intelektual Islam yang 
faqih Dan muttaqi.
   
  Tabung Pembangunan
   
  Rasional
   
  Segala perkembangan dari segi pencapaian PPAA telah memberi kesan kepada 
permohonan kemasukan ke SMIAAG dengan bertambahnya bilangan permohonan.  
Infrastruktur yang sedia Ada sudah tidak berupaya untuk menampung bilangan 
pelajar yang lebih ramai.  Satu kompleks yang baru diperlukan oleh SMIAAG.  
Kompleks ini akan diusahakan di atas kawasan bersebelahan iaitu di atas  Lot 
3779 dengan keluasan 90,000 kaki persegi.
   
  Dengan terbinanya komplek baru ini, SRIAAG Dan SMAAG akan mempunyai premis 
yang berasingan.  Bangunan SMIAAG yang Ada sekarang akan dijadikan SRIAAG 
sepenuhnya yang membolehkan SRIAAG melaksanakan persekolahan satu sesi.
   
  Tujuan
   
  Tujuan utama penubuhan tabung ini adalah untuk mengumpul Dana bagi 
membolehkan PPAAB membina satu kompleks yang baru bagi SMIAAG dengan sasaran 
sebanyak RM10juta.  Ini diperlukan kerana pada masa ini yuran sekolah hanya 
mampu untu menampung operasi sekolah dari seg pembayaran gaji guru Dan kos 
pentadbiran.
   
  Modus Operandi & Konsep Wakaf
   
  Untuk menjayakan tabung ini,kebenaran dari pihak JAIS telah diperolehi dengan 
no kebenaran JAI. Sel. BPM/01/04/GB. Lot tanah yang erkaitan akan dipecahkan 
kepada setiap satu kaki persegi Dan sebanyak 90,000 kakipersegi akan dibuka 
unuk wakaf dengan harga RM100.00 sekaki persegi  Dengan cara begini RM9 juta 
insyaAllah boleh dikumpulkan.
   
  Anggaran perbelanjaan
   
  Berikut adalah anggaran perbelanjaan
   
  1.    Bangunan                                    :    RM7.0 juta
  2.    Kerja tanah                                  :    RM0.5 juta
  3.    Kelengkapan sekolah                   :    RM2.0 juta
  4.    Surau                                         :    RM0.5 juta
   
  Jawatankuasa Tabung Pembangunan
   
  Penasihat I                    :    Dato' Syed Mustaffa Syed Ali
  Penasihat II                   :    Hj. Shaharom Md. Shariff
  Pengerusi                     :    Hj. Wan Mohammad Wan Sulong
  Timb. Pengerusi            :    Hj. Indera Luthfi OK Rahmat
  Setiausaha                   :    Hj. Mohammad Aris Adnan
  Bendahari                     :    Hj. Tuan Yaacob Tuan Sof
  Pen. Setiausaha           :    Dr. Hjh. Faridah Ma'arof
  AJK                             :    Hj. Fazlur Rahman Ebrahim
                                     :    Hj. Wan Ahmad Nizar
                                     :    Hj. Mohd. Hasni Mohamed
                                     :    Ust. Md. Zubir Osman
                                     :    Hj. Ahmad Sodikin Kasimin
                                     :    Hj. Abdul Rashid Abu Nawar
                                     :    Ir. Hj. Mat Nasir Kari
  Pemeriksaan Kira2        :    Hj. Syed Salleh Syed Abdul Rahman
                                     :    Hj. Jusni Yusuff
   
  Masa Hadapan
   
  Berdasarkan visi yang telah digariskaniaitu PPAA menjadi Institusi Pendidikan 
Islam Bersepau Yang Terpilih, maka menjadi tanggungjawab setiap yang memberi 
amanah untuk menjadian IA satu kenyataan. Untuk menjayakan misi ini, 
langkah-langkah berikut akan menjadi okus utama:
   
    
   Infrastruktur PPAA dilengkapkan dengan peralatan yang membolehkan SMIAA 
dikenal sebagai sekolah bestari.   
   Pengurusan Dan kakitangan membudayakan integriti, kompeten Dan profesional 
dalam tugas masing-masin.   
   Program pendidikan PPAA mempunyai ciri-ciri dinamik, kompetitif Dan 
kontemporari.   
   Pencapaian cemerlang yang seiring dalamakademik Dan sahsiah.   
   Dengan visi, misi serta dilengkapkan dengan ciri-ciri di atas, PPAA 
mempunyai hapan yang baik untuk berada dibarisan hadapan dalam menawarkan 
program pendidikan bersepadu di dalam negara.
   
  * Borang sumbangan Dan gambar pelan kompleks baru SMIAAG dlm attachment 
   
  Dari pihak pengurusan sekolah



 nOrAsHiKin tAjUdDiN 

Moderator SMI / SRI Al-Amin

                
---------------------------------
Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls.  Great rates 
starting at 1ยข/min.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/iDk17A/hOaOAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke