I seek refuge by Allah, from Satan the disgraced.
In the name of Allah, most merciful, most passionate.
[36.5] Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani,
[36.6] Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk
neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka
lalai.
[36.7] Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka,
kerana mereka tidak mahu beriman.
[36.8] Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk
kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang
leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu
menjadilah mereka terdongak.
[36.9] Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan
pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada
keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan
(yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka
(pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka
tidak dapat melihat (jalan yang benar).
[36.10] Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran
atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.
[36.11] Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan
faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran
Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak
dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah
kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
[36.12] Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan
segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan
yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu
persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
SodaqAllahul'Adzim
ﻡﻠﻋﺍﷲﺍﻮ
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
Hizamri
----- Original Message -----
From: umm waheedah
Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya
cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah
kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti
keluar.
Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun
mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu
sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?
Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor.
Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan
ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an
atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan
sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah
agensi tempat dia bekerja.
Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya
pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak
tahu apa penyakit yang dihadapinya.
Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis
saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja
darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan
rongga-rongga...dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan
celah-celah kuku.Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat
itu
dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan...dan
menyedihkan.
Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah
saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu
murid saya yang memang saya kenal sangat.
Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya
meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?" Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula?
Ada masalah ke?" "Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta
sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun
dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.
Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa
yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat
Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di
seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun
lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang
dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.
Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan
cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya.
Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu
wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.
Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal
tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar
supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi
sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.
Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami ambil kapas
dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi
Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.
Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas
yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain
dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa
banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.
Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya
ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu.
Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di
muka dan badannya.
Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama
bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di
sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.
Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum
keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam
ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang
anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih,
seorang demi seor ang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat
keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu
saya tadi.
Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya
ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja
yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa
dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi
malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu
lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah
Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan
spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan
kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul
1.30 pagi.
Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat
mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak
putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.
Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah
banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang
ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam
keadaan ia ditenggelami air.
Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi
merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap
macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu
itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau
siang...
Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan
papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai
semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang
menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya
menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah.Yang tahu
cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah
kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar.Saya tidak mengatakan
Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini
mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan
dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.
PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak
caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat
darah itu mahal harganya.
KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan
makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir
dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim
atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.
KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat
kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan.
Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya.
Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu
saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah
itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.
Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah,
suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya
perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.
#ygrp-mlmsg { FONT-SIZE: small; FONT-FAMILY:
arial,helvetica,clean,sans-serif}#ygrp-mlmsg TABLE { }#ygrp-mlmsg SELECT {
FONT: 99% arial,helvetica,clean,sans-serif}INPUT { FONT: 99%
arial,helvetica,clean,sans-serif}TEXTAREA { FONT: 99%
arial,helvetica,clean,sans-serif}#ygrp-mlmsg PRE { FONT: 100% monospace}CODE
{ FONT: 100% monospace}#ygrp-mlmsg { LINE-HEIGHT: 1.22em}#ygrp-text {
FONT-FAMILY: Georgia}#ygrp-text P { MARGIN: 0px 0px 1em}#ygrp-tpmsgs
{ CLEAR: both; FONT-FAMILY: Arial}#ygrp-vitnav { FONT-SIZE: 77%; MARGIN:
0px; PADDING-TOP: 10px; FONT-FAMILY: Verdana}#ygrp-vitnav A { PADDING-RIGHT:
1px; PADDING-LEFT: 1px; PADDING-BOTTOM: 0px; PADDING-TOP: 0px}#ygrp-actbar {
CLEAR: both; MARGIN: 25px 0px; COLOR: #666; WHITE-SPACE: nowrap; TEXT-ALIGN:
right}#ygrp-actbar .left { FLOAT: left; WHITE-SPACE: nowrap}..bld {
FONT-WEIGHT: bold}#ygrp-grft { PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 0px;
FONT-SIZE: 77%; PADDING-BOTTOM: 15px; PADDING-TOP: 15px; FONT-FAMILY:
Verdana}#ygrp-ft {
PADDING-RIGHT: 0px; BORDER-TOP: #666 1px solid; PADDING-LEFT: 0px;
FONT-SIZE: 77%; PADDING-BOTTOM: 5px; PADDING-TOP: 5px; FONT-FAMILY:
verdana}#ygrp-mlmsg #logo { PADDING-BOTTOM: 10px}#ygrp-vital {
PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 8px; MARGIN-BOTTOM: 20px; PADDING-BOTTOM:
8px; PADDING-TOP: 2px; BACKGROUND-COLOR: #e0ecee}#ygrp-vital #vithd {
FONT-WEIGHT: bold; FONT-SIZE: 77%; TEXT-TRANSFORM: uppercase; COLOR: #333;
FONT-FAMILY: Verdana}#ygrp-vital UL { PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT:
0px; PADDING-BOTTOM: 0px; MARGIN: 2px 0px; PADDING-TOP: 0px}#ygrp-vital UL LI {
CLEAR: both; BORDER-RIGHT: #e0ecee 1px solid; BORDER-TOP: #e0ecee 1px
solid; BORDER-LEFT: #e0ecee 1px solid; BORDER-BOTTOM: #e0ecee 1px solid;
LIST-STYLE-TYPE: none}#ygrp-vital UL LI .ct { PADDING-RIGHT: 0.5em;
FONT-WEIGHT: bold; FLOAT: right; WIDTH: 2em; COLOR: #ff7900; TEXT-ALIGN:
right}#ygrp-vital UL LI .cat { FONT-WEIGHT: bold}#ygrp-vital A {
TEXT-DECORATION: none}#ygrp-vital A:hover { TEXT-DECORATION:
underline}#ygrp-sponsor #hd { FONT-SIZE: 77%; COLOR: #999}#ygrp-sponsor #ov {
PADDING-RIGHT: 13px; PADDING-LEFT: 13px; MARGIN-BOTTOM: 20px; PADDING-BOTTOM:
6px; PADDING-TOP: 6px; BACKGROUND-COLOR: #e0ecee}#ygrp-sponsor #ov UL {
PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 8px; PADDING-BOTTOM: 0px; MARGIN: 0px;
PADDING-TOP: 0px}#ygrp-sponsor #ov LI { PADDING-RIGHT: 0px;
PADDING-LEFT: 0px; FONT-SIZE: 77%; PADDING-BOTTOM: 6px; PADDING-TOP: 6px;
LIST-STYLE-TYPE: square}#ygrp-sponsor #ov LI A { FONT-SIZE: 130%;
TEXT-DECORATION: none}#ygrp-sponsor #nc { PADDING-RIGHT: 8px;
PADDING-LEFT: 8px; MARGIN-BOTTOM: 20px; PADDING-BOTTOM: 0px; PADDING-TOP: 0px;
BACKGROUND-COLOR: #eee}#ygrp-sponsor .ad { PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT:
0px; PADDING-BOTTOM: 8px; PADDING-TOP: 8px}#ygrp-sponsor .ad #hd1 {
FONT-WEIGHT: bold; FONT-SIZE: 100%; COLOR: #628c2a; LINE-HEIGHT: 122%;
FONT-FAMILY: Arial}#ygrp-sponsor .ad A { TEXT-DECORATION: none}#ygrp-sponsor
.ad A:hover { TEXT-DECORATION:
underline}#ygrp-sponsor .ad P { MARGIN: 0px}o { FONT-SIZE:
0px}..MsoNormal { MARGIN: 0px}#ygrp-text TT { FONT-SIZE: 120%}BLOCKQUOTE
{ MARGIN: 0px 0px 0px 4px}..replbq { }
---------------------------------
Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/