Assalaamu'alaikum

Insya-Allah hari kelas Tafsir al-Qur'an yang di Akademi al-Nidaa' 
akan diteruskan. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan Dr 
Azwira Abdul Aziz, Pensyarah dari UKM dan juga penulis buku yang 
paling hangat di pasaran ketika ini iaitu SIAPAKAH AHLI SUNNAH YANG 
SEBENAR? (sinopsis buku disertakan di bawah)

Butiran Majlis

TARIK : 7hb July 2006 (Jumaat)
WAKTU : Selepas solat isyak
TEMPAT : Akademi An Nidaa', No 42-1 Jalan 3/146,Bandar Tasik Selatan

Sekian Wassalaam

============================================
Sinopsi buku

Judul:
Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar? Penjelasan Terhadap Tohmahan 
Zamihan Mat Zin al-Ghari Ke Atas Pegangan Ahli Sunnah Dan Para 
Tokohnya.

Pengarang: Ustaz Dr. Azwira Abdul Aziz (UKM, Bangi).

Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah.

Saiz: 8.5 x 5.5, 307 mukasurat.

Harga: RM18.00

Ulasan:

Akhir-akhir ini timbul fenomena di mana setiap individu atau aliran 
mendakwa diri mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam membuat 
dakwaan ini, 
sebahagian individu ada yang sanggup melakukan dusta,
menyeleweng perkataan ulama dan memutar belitkan terjemahan teks 
Arab. Antara individu yang terkenal dengan manhaj seperti ini ialah 
Zamihan Mat Zin al-Ghari.

Ini bukanlah dakwaan kosong semata-mata. Pendustaan, penyelewengan 
dan putaran beliau telah dibuktikan oleh Ustaz Dr. Azwira dalam 
bukunya di atas. Sebelum 
ini, pendustaan, penyelewengan dan putaran Zamihan sudah dibuktikan 
oleh dua pengarang yang lain, iaitu:

[1] Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah: 73 
Penilaian Semula Ke Atas Penilaian Zamihan Mat Zin Al-Ghari oleh 
Hafiz Firdaus Abdullah, 
terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2003.

[2] Membela Sunnah Nabawiyah: Menjawab Syubhat Buku Bid'ahkah 
Kenduri Arwah Dan Talqin oleh Abdul Wahab Bustami, terbitan 
Jahabersa, Johor Bahru, 
2006.

Buku terkini oleh Ustaz Azwira menjawab kertas kerja Zamihan yang 
sekarang ini sedang beliau bentangkan di pelbagai tempat sekitar 
Semenanjung Malaysia 
(Road Show?).

Berikut intisari kandungan buku Ustaz Azwira. Perhatikan bahawa ia 
menjawab hampir semua fitnah yang dilontarkan kepada dakwah Ahli 
Sunnah Wal Jamaah 
yang sebenar, sama ada oleh Zamihan atau kuncu-kuncunya:

·Tohmahan Pertama:
Ibn Taimiyyah Dan Ibn al-Qayyim Pencetus Fahaman Tajsim Dan Tashbih.

·Tohmahan Kedua:
Ibn Taimiyyah Menolak Konsep Takwil

·Tohmahan Ketiga:
Para Pendukung Sunnah Di Malaysia Hanyalah Pengikut Gerakan 
Wahabiyyah Dan Bukannya Ahli Sunnah Yang Sebenar.

·Tohmahan Keempat:
Muhammad Ibn `Abd Al-Wahhab Berasal Dari Najd, Negeri Tempat 
Munculnya Tanduk Syaitan.

·Tohmahan Kelima:
Muhammad Ibn `Abd Al-Wahhab Mendakwa Nabi Adam Melakukan Syirik.

·Tohmahan Keenam:
Muhammad Ibn `Abd Al-Wahhab Mentafsirkan Kalimah Syahadah Dengan 
Tafsiran Yang Menyalahi Ijma'.

·Tohmahan Ketujuh:
Para Pendukung Sunnah Malaysia Penyemai Bibit Perpecahan, Fahaman 
Radikal Dan Anti Kerajaan.

·Tohmahan Kelapan:
Al-Albani Banyak Membuat Kesilapan Dan Percanggahan Dalam Penilaian 
Darjat Hadis.

·Tohmahan Kesembilan:
Pendukung Sunnah Di Malaysia Tidak Faham Konsep Bid'ah.

·Tohmahan Kesepuluh:
Para Pendukung Sunnah Malaysia Sebenarnya Adalah Penentang Sunnah 
Lagi Jahil Tentang Kaedah-Kaedah Fiqh Dan Usul Fiqh.

·Tohmahan Kesebelas:
Para Pendukung Sunnah Malaysia Menolak Ijma' Dan Merupakan Pembuat 
Bid'ah Yang Sebenar.








///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke