Assalamu'alaikum

Muslim Professionals Forum (MPF) akan mengadakan satu forum yang 
bertajuk : Forum Gerakan Tajdid : Sejarah, Perkembangan dan Cabaran 
Di Era Globalisasi
Tempat : Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara, Kuala 
Lumpur.
Tarikh : Ahad, 23 Julai 2006
Masa : 9:00 pagi hingga 1:00 tgh
Yuran : Orang Awam : RM10.00 sahaja
Pelajar IPT : PERCUMA
(Ahli-ahli profesional, para pelajar IPT dan pencinta Islam (tajdid) 
pastikan anda tidak melepaskan peluang ini).

Tajdid adalah satu istilah yang menjadi topik perbincangan hangat 
oleh masyarakat makakini. Cuma istilah ini di fahami melalui cara dan
pendekatan yang berbeza dan pelbagai. Apakah maksud tajdid itu 
sebenarnya? Dan apakah pandangan Islam terhadap gerakan-gerakan yang
cuba membawa mesej ini?

Menyedari ia adalah satu isu yang penting, yang perlu dilihat dari 
kacamata Islam yang sebenar, Muslim Professionals Forum (MPF) 
mengambil inisiatif menganjurkan forum berkaitan dengan fenomena 
tajdid ini dengan memfokuskan perbincangan kepada mengetahui sejarah 
tajdid, bagaimanakah perkembangannya dan apakah cabaran yang bakal 
menanti gerakan-gerakan tajdid, serta relevannya di era globalisasi 
ini.

Secara umumnya, objektif program ini adalah untuk memberikan 
penjelasan secara ilmiah dan universal, serta membuka ruang kepada 
diskusi ilmiah diantara ahli panel dan para peserta. Antara lainnya, 
ia juga berharap agar dapat menghilangkan kekeliruan dan membendung 
salah tafsir terhadap maksud tajdid yang sebenar. 

Di samping itu, pertemuan yang bakal di adakan nanti juga diharap 
dapat mengumpulkan semua pendokong aliran tajdid ini demi 
menyemarakkan lagi proses tajdid yang sedang giat tersebar, 
terutamanya dikalangan para cerdikpandai dan ahli-ahli profesional 
masakini.

Aturcara Majlis

9:00 pagi : Pendaftaran & Jamuan Ringan

10:00 pagi : Kata-kata aluan pengerusi majlis

10:05 pagi : Ucapan perasmian oleh YB. Dato' Seri Shahidan Kassim,
Menteri Besar Perlis.

10:20 pagi : Forum : Gerakan Tajdid : Sejarah, Perkembangan dan
Cabaran Di Era Globalisasi

Ahli Panel :

1. Professor Madya Dr. Ahmad Farouk Musa
(Pakar Bedah Kardiotorasik, Pensyarah Fakulti Perubatan UPM. Ahli 
pengasas MPF)

2. Ustaz Maszlee Malik
(Pensyarah UIAM. Penceramah agama dan penulis khususnya didalam isu 
Palestine)

3. Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
(Juruterbang MAS dan telah penulis lebih dari 24 buah buku agama)

4. Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Pensyarah USM. Pengkhususan Hadith dan penceramah agama)

Moderator : Dr. Musa Mohd Nordin
(Pakar Perunding Pediatrik. Presiden Federation of Islamic Medical
Association dan Matan Presiden MPF).

Pendaftaran :

Bagi tujuan pendaftan sila hubungi nama di bawah :-

1. Manan Razali (016-2097727)
2. Siti Jamilah Shiekh Abdullah (012-3718518)
3. Asnah Ahmad (012-2100577)

Kepada para pelajar, sila hubungi :-

1. Dr M. Izham Ishak (019-4341981)
2. Rosmalizawati Abdul Rasyid (013-9402247)
3. Nurhidayati Hissan (013-7634950)

atau melalui e-mail :

[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED]

Anjuran :

Muslim Professionals Forum Berhad
Suite 1810, 18th Floor, Plaza Permata Jalan Kampar,
Off Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.

website : http://mpf.org.my

 









///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke