http://members.tripod.com/~matfikir/wanita.htm
  
     Ibnu Umar berkata:
"Telah datang seorang kepada Rasulullah lalu   bertanya:"Apakah hak suami 
keatas isteri?" Jawab baginda, "Tuniakan hajatnya   sekalipun engkau di atas 
belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan   izin suami, kalau 
engkau berpausa jugamaka pahalanya unutk suami dan dosa   untuk isteri, jangan 
keluar rumah melainkan dengan izinnya:
Jika keluar   juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab 
sehingga kembali ke   rumah". 
  

  
   Riwayat dari Hassan, bahawa nabi telah bersabda: "Apabila lari wanita dari   
rumah suaminya, tidak diterima sembahyang sehingga ia kembali dan ia   
menghulurkan tangannya kepada suaminya (minta maaf)."   
   Mana - mana wanita yang berkata pada suaminya, "Tidak pernah   aku dapat 
dari engkau satu kebajikan pun". Allah akan hapuskan amalannya   selama 70 
tahun. Walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah malam hari.   

  
     
Apabila memanggil oleh suami akan isterinay ke tempat tidur tetapi   
ditolakknya, maka marahlah suaminya: akan tidurlah wanita itu dalam laknat   
malaikat hingga ke pagi. 
  

  
   seorang wanita mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata:
"Aku telah   dipinang orang. Katakan padaku apakah hak - hak suami atas isteri? 
Jika   terdaya aku lakukan maka aku akan kawin. 
Bersabda Rasulullah,
"setengah   darinya ialah jiak mengalir darah atau nanah dari hidungnya lalu 
dijilat oelh   isteri untuk membersihkannya, belumlah tertunai lagi hak suami 
atas isteri,   dan jika patut atau boleh seseorang menyembah manusia maka akan 
aku   perintahkan wanita - wanita sujud menyembah suami mereka". Mendengar itu  
 wanita tadi lantas menjawab, "Demi Allah yang membangkitkan engkau sebagai   
nabi, aku tidak akan bersuami selagi ada didunia ini".   

  
   Hadith dari Baihaqi dan Ibnu Huban:
Tiga golongan manusia yang tidak   diterima sembahyangnya oleh Allah:   
      
      Hamba yang lari dari tuannya.     

    
      Wanita yang bermasam muka dengan suaminya atau wanita yang dimarahi     
suaminya hingga diredhainya.     

    
      Orang mabuk hingga ia sedar.

http://www..mymasjid.com.my/article/show.asp?id=1472
 
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti 
Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya. 

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada 
pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka 
ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" 
Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan 
ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih 
belum rasa berpuas hati dan cukup." 

19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah 
bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. : 

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, 
kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan 
melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah. 

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui 
suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih 
di atas pemberian suaminya.) 

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila 
berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin 
dengan awak tidak ada apa-apa pun.) 

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap 
mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.) 

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering 
tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling 
dan suasana serta kemewahan lahiriah. 


  
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=3137&Itemid=29
   
  Mon | Jul 10, 06 | 05:38:26 PM 
Oleh Maslan Yusoh
   
        PENGKALAN CHEPA, 10 Julai (Hrkh)       - Benarkah apabila anda sebagai 
suami 'melakukan hubungan seks' dengan       isteri tanpa kerelaannya, ia boleh 
dikategorikan sebagai merogol       dan disabitkan hukuman penjara 20 tahun dan 
sebat.       
Tanpa disedari banyak pihak ia sebenarnya terkandung dalam Rang       
Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004, Rang Undang-Undang       Kanun  
Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 yang dijangka dibentang di       Dewan Rakyat 
minggu ini.
      
Anggota Parlimen Rantau Panjang, Haji Abdul Fatah Haron berkata,       berdasar 
kepada kanun tersebut, seseorang suami yang ingin bersama isteri       tanpa 
kerelaannya boleh ditafsir sebagai merogol.
      
"Kanun ini jelas bercanggah dengan prinsip Islam kerana semua orang       
maklum, suami berkuasa penuh ke atas isteri mengikut batas-batas       
ditetapkan agama.
      
"Namun apa yang bakal berlaku apabila rang undang-undang itu       diluluskan, 
suami boleh dikenakan tindakan di bawah kategori merogol       apabila isteri 
tidak rela di atas perbuatan suaminya," katanya pada       ijtimak pilihan raya 
jentera Helwa di Putik, kelmarin.
      
Dewan Rakyat pada mesyuarat kedua, penggal pertama Parlimen Ke-11, 20       
Julai 2004 telah membuat ketetapan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan       
(Pindaan) 2004 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)       
2004 diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. 
      
Jawatankuasa itu diberi tanggungjawab mengkaji kedua-dua rang       
undang-undang berkenaan dengan memberi pandangan serta membuat syor ke       
atas peruntukan yang terkandung di dalamnya.
      
Ia dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohd Radzi       
Sheikh Ahmad dan dianggotai Dato' Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong),       
Devamany a/l S Krishnasamy (Cameron Highlands), Tan Ah Eng Gelang Patah),       
Donald Peter Mojuntin (Penampang), Che Min Che Ahmad (Pasir       Puteh) serta 
Teresa Kok Suh Sim (Seputeh). 
      
Bagaimanapun menurut Abdul Fatah anggota Parlimen Pasir Puteh sebagai       
seorang berkelulusan agama dianggap gagal memainkan peranan bagi       
mengemukakan pandangan dalam konteks agama semasa rang undang-undang       
tersebut digubal.
      
"Zaman Perdana Menteri sekarang bermacam-macam undang-undang yang jelas       
bertentangan dengan Islam dilulus, sedangkan Dato' Seri Abdullah Ahmad       
Badawi diketahui umum mempunyai latar belakang agama," katanya.
      
Rang undang-undang kanun keseksaan itu menyebut kesalahan mengadakan       
hubungan seks dengan memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj atau dubur       
seseorang. Kesalahan itu terkandung dalam seksyen baru 377CA yang       
dicadangkan dalam rang undang-undang tersebut.
      
Hukuman yang dicadangkan bagi kesalahan terbabit iaitu penjara sehingga       
20 tahun dan hukuman sebat.
      
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Hajah Siti Zailah Mohd       
Yusof berkata, tiada lagi masa untuk jentera pilihan raya muslimat berehat      
 bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 bakal diadakan tidak lama lagi.       




                                
---------------------------------
Want to be your own boss? Learn how on  Yahoo! Small Business. 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke