Asalamualaikum wrt, Maaf la ek, pakcik nak komen/nasihat sikit kat diri pakcik dan kat semua yg hatinya gelap gelita Teringat akan pakcik sebuah hadis. Sebuah hadis dimana jika diambil perhatian / ambil berat maka insyaallah dapat memperbaiki diri ini. Jika diambil ringan maka menyesal tak sudah la diakhirat kelak.
Amalan-amalan yang telah lulus tapisan inilah yang akan diambil untuk diletakkan di neraca timbangan kita dihari perhitungan kelak. Pikir-pikirlah, kita ni berat kearah mana.? Ya Allah aku tidak layak ke syurgamu namun aku takut akan neraka mu. Seperti biasa, kata-kata pakcik ni, pi check dulu dengan ust-ust yang soleh Hadis dibawah ini pun, pi rujuk ust-ust samaada sahih ke tak? Pakcik ni bukannya terer sangat. Maaf bebanyak kot-kot ada yg tersilap. insan yg banyak kona-kona, insan yang hatinya busuk, ust-ust ni walau tinggi ilmunya tak perlu la dihormat atau diangkat dirinya, tak perlu la diwar-warkan pada orang ramai akan ketinggian ilmunya bukan apa takut takut nanti kita bersubahat dalam menjadikannya lebih riak/bangga diri dan sebagainya. Tapi jangan la pula kita pi umpat, memburukkan, menghina akan insan-insan seperti ini kerana kalau begitu kita tak ubah sepeti mereka. Renung-renungkan la hadis dibawah ni, rasa-rasanya semua dah tahu akan hadis ini. ------------------------------------------------------------------------ Sabda Rasulullah SAW., "Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, *bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna, tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak".* "Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. "Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat Hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: "Saya penjaga tukang umpat. Lemparkanlah balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana *saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat"*. "Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya herkata: "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab *dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain".* Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: "*Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong"*. Rasulullah s.a.w. meneruskan sabdanya, "Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata, "Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. *Dia seorang yang ujub (bangga dengan diri sendiri). Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub".* Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata: "Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. *Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad".* Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata, "Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk *melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain.* Kalau orang dapat musibah (mala petaka) dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini". Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Rupanya bercahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata, Saya ini penjaga sum'ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dan para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. *Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riyak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak".* Kemudian malaikat Hafazah jtu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ke tujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah. Tetapi firman Tuhan, "Hafazah sekelian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. *Dia tidak ikhlas kepada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui".* "Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa sahaja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi". "Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalnya ini?" *"Laknat-Ku tetap padanya".* Dan *ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata, "Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekelian bagi mereka".* *Dan semua yang di langit turut berkata, "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat".* Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dan apa yang diceritakan ini?" Sabda Rasulullah saw., "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan". Muaz bertanya kembali, "Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal, bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dan bahaya tersebut?" Bersabda Rasullullah, "Ya begitulah, *kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain".* *"Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam".* Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia". Muaz berkata, "Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?" Jawab Rasulullah SAW., "Muaz, *yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar"*. ------------------------------------------------------------------------ kiddik kiddik wrote: > > AA tu memang kurang ajar. Berlagak macam dia yang > paling tinggi ilmu. Kalau AA ni berdepan dengan aku, > dah lama aku lempang dia dek kerana berlagak nak > mampus. > > kiddik the angry. > > --- albaniasghar <[EMAIL PROTECTED] > <mailto:albaniasghar%40yahoo.com>> wrote: > > > --- In [email protected] > <mailto:islah-net%40yahoogroups.com>, Hamidah M > > <[EMAIL PROTECTED] ..> wrote: > > > > > > a'kum... > > > > > > sudah -sudah la tu sesedara sume... saya cadangkan > > > tutup aje lah topik ni sbb... tengok tajuk email > > ni je > > > saya dah rasa nak tergelak campur nangis... saya > > > hormati sesedara sume sbb masing2 tinggi ilmu > > agama. > > > anyway... cukup lah ok... > > > > ~~~~~~~~~~~~~~~reply > > w;kum > > > > memang kena tutup pun, dengan mamat ni memang sah > > tak boleh nak bahas > > apa pun... > > > > tapi pn/cik midah terima ke nasihat hizamjo tu? hehe > > > > > > > > > [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Check out the new improvements in Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

