---------- Forwarded message ----------
From: Kiyosuke Tachibana <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 15-Jul-2006 23:11
Subject: [maahad] Zizou Zidane!
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], Apo ? <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
kak long <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], encik jag <
[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]



Note: forwarded message attached.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com




---------- Forwarded message ----------
From: noor nadia mohd sahar <[EMAIL PROTECTED]>
To: adeq <[EMAIL PROTECTED]>, hannah <[EMAIL PROTECTED]>, wa <
[EMAIL PROTECTED]>, azah <[EMAIL PROTECTED]>, izzati zati <
[EMAIL PROTECTED]>, tikah <[EMAIL PROTECTED]>, zatti jalil <
[EMAIL PROTECTED]>, zatiJ <[EMAIL PROTECTED]>, mimi <
[EMAIL PROTECTED]>
Date: Sat, 15 Jul 2006 16:02:18 +0100 (BST)
Subject: Fwd: [permai2004] Zizou Zidane!


Note: forwarded message attached.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


---------- Forwarded message ----------
From: Din <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Date: Thu, 13 Jul 2006 15:23:11 +0100 (BST)
Subject: [permai2004] Zizou Zidane!

*[image: Photo]*
**
*Zizou, Zizou, Zizou: Islamophobia di padang bola
*
Maszlee Malik


"Zidane was the magician in the game." Pele



"Zidane is one of the greatest players in history" Franz Beckenbauer

"Zidane.You are a virtuoso, a genius of world football. You are also a man
of the heart, of commitment, of conviction, and that's why France admires
and loves you" Chirac (Presiden Peranchis).

"Zizou for president" , Penyokong-penyokong pasukan bolasepak Peranchis

Saya bukanlah dari kalangan penggila bola (footballmaniac) yang sanggup
mengorbankan tidur saya semata-mata untuk menyaksikan dua puluh dua orang
berebut satu bola di dalam padang. Saya juga tidak akan pernah bersetuju
dengan tindakan membazirkan wang dan tenaga sesetengah pihak yang sanggup
memakai jersi dan menconteng muka semata-mata menyokong pasukan bolasepak
mereka yang berada beribu batu nun jauh di Jerman. Bagi saya, fenomena ini
semua hanya merupakan lambakan kekotoran globalisasi. Tanpa kita dapat
menafikan, ianya juga merupakan lombong emas bagi para kapitalis. Siapakah
yang paling untung sepanjang "Mondeal" ini ?

Sekadar menamakan, syarikat-syarikat televisyen, syarikat-syarikat arak
(terutamanya Carlsberg), syarikat-syarikat telefon bimbit (Orange, Vodafone,
Maxis, Celcom, DiGi, dll.), pengeluar jersi sukan dan peralatan sukan,
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan 1001 pihak kapitalis lagi. Semakin gila
rakyat dengan Mondeal ini, semakin untunglah golongan Borguese. Di atas
dasar inilah saya tidak nampak perlunya saya bazirkan sekelumit dari waktu
saya untuk menonton malah mengambil peduli tentang apa yang berlangsung di
Jerman. Agak menarik juga apabila ada pertubuhan Islam yang membuat
kenyataan tahniah untuk pasukan Peranchis kerana menjuarai kejohanan
tersebut. Mungkin ianya salah satu strategi untuk "memasyarakat"kan diri...

Walau bagaimanapun di akhir kejohanan Mondeal tersebut saya telah dikejutkan
dengan satu insiden yang besar. Bukanlah kekalahan Peranchis yang
memeranjatkan saya, tetapi insiden berbau "Islamiphobia" yang berlaku di
pandang bola Berlin. Insiden yang telah menyebabkan kapten pasukan bolasepak
Peranchis, Zinadene Zidane telah diprovokasi dengan pelbagai ucapan berbau
perkauman dan islamiphobic oleh pemain Itali, Marco Materazzi. Provokasi
tersebut telah mengundang tindak balas agresif dari Zidane yang telah
menghantukkan kepalanya ke dada Materazzi. Natijahnya, beliau telah
dikenakan kad merah, hanya 10 minit sebelum perlawanan akhir Mondeal itu
berakhir.

Pihak media pada mulanya telah menyalahkan Zidane yang dikecam sebagai
"panas baran" dan "hilang akal". Akhirnya kesemua tuduhan yang dilemparkan
senyap apabila Zidane telah muncul membela dirinya di dalam kenyataan akhbar
yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa. Zidane telah
menjustifikasikan tindakannya itu kerana bertindak balas terhadap cacian
Materazzi terhadap ibunya dan saudara perempuannya. Zidane, walau
bagaimanapun menafikan kenyataan salah sebuah akhbar anti-perkauman di Paris
yang mengatakan Materazzi telah melabel Zidane sebagai "Terrorist"
(pengganas) lantas membuatkan beliau naik angin.

Pakar membaca gerakan bibir dan forensik dari Britain, Jessica Rees di dalam
kenyataan beliau kepada akhbar The Times mengatakan, Materazzi sememangnya
telah membuat kenyataan perkauman tersebut. Menurut Rees, Materazzi telah
mengatakan bahawa Zidane adalah *"son of a terrorist whore" (anak kepada
pelacur pengganas).* Rees menambah lagi, setelah mengamati video makian
Materazzi itu berkali-kali, beliau juga mendapati bahawa Materazzi telah
menucapkan juga *"so just f*** off' for good measure" (Pergi berambus lebih
baik).* Kenyataan Rees ini telah disokong oleh pelbagai pihak. Antara mereka
yang menyokong adalah akhbar "The Daily Mail" dan juga akhbar "The
Independent". Para penyokong dan peminat bolasepak seluruh dunia pun agak
bersetuju dengan pendapat ini.

*Apa yang dapat kita simpulkan di sini?*

Setiap orang berhak membuat analisa mereka yang tersendiri. Setiap orang
mempunyai persepsi mereka yang tersendiri. Apa yang pasti, insiden tersebut
telah mencerminkan wajah sebenar dunia masakini. Materazzi dan Zidane
hanyalah dua aktor yang meneruskan skrip yang sama diulang dan ditayangkan
oleh aktor-aktor lain. Skrip yang agak monotenous ini merupakan satu wajah
yang dipaksakan kepada penduduk dunia. Skrip tersebut malangnya bertemakan
"Islamiphobia". Tidak kiralah samada yang mengucapkan itu Materazzi, atau
Pat Paterson, atau Jerry Farewell, atau Bush, ataupun para kartunis Jyllen
Posten. Kesemuanya membawa mesej yang sama...Islamiphobia. Ide dan
propaganda zaman kegelapan (medievel) Eropah kini muncul kembali.
Kemunculannya kali ini agak lebih agresif dan lebih global. Lebih
parah, *propaganda
Islamiphobia alaf ini turut sama menyerang tanah air umat Islam dan
masyarakat Islam itu sendiri.*

Jika insiden yang menimpa Zizou itu berlaku di Eropah, ianya dimaklumi. Jika
ianya dikeluarkan oleh Materazzi, ianya juga maklum. Jika yang membawa
racun-racun Islamiphobia itu adalah para orator Kristian Evangelist juga,
ianya agak maklum. Namun, jika ianya berlaku di Malaysia sendiri,
dikeluarkan oleh mereka yang dilahirkan oleh seorang ibu yang Muslim,
ataupun dikeluarkan oleh non-Muslim di tanah air yang dinobatkan sebagai
Negara Islam Hadhari...apakah ianya boleh diterima?

Inilah hakikat yang melanda tanah air kita dewasa ini. Media berbahasa
Inggeris semakin berani menampakkan belang "Islamiphobic" mereka. Segala
berita dan kenyataan yang berbau Islam akan diwarnakan dengan
grafiti-grafiti yang negatif. Kenyataan berat sebelah pihak yang berbau
Islamiphobic akan mendapat liputan meluas dan akan disensasikan. Kenyataan
balas yang lebih rasional dan mematahkan hujah mereka yang prejudis akan
di"khatan"kan. Akhirnya kenyataan balas, akan dilihat dengan hambar, lesu
dan kadang-kadang sengaja diprovokasikan. Fenomena inilah yang telah dibawa
oleh Muslim Profesional Forum kepada pihak media dan pihak berkuasa.
Persoalan yang sering dipersoalkan oleh MPF, "Mengapakah Islamiphobia begitu
ketara di dalam media di Malaysia?"

*Uniknya Islamiphobia di Malaysia ini, ianya diperjuangkan oleh orang Melayu
sendiri. Tidak kiralah jenama dan ideologi apa yang mereka tonjolkan, namun
mesejnya adalah sama. Islam tidak patut lebih diistimewakan di Malaysia.
Islam mesti tunduk kepada kehendak rakyat dan juga tuntutan non-nuslim. Umat
Islam tidak berhak mendapat kedudukan istimewa di Malaysia, begitu juga
dengan agama Islam dan undang-undang Islam. Para ilmuan Islam tidak berhak
untuk campurtangan di dalam urusan kehidupan. Islam perlu diubah menurut
kehendak nafsu. Islam perlu mengiktiraf "kebenaran" agama lain. Islam tidak
perlu lagi!
*
Samada yang membawanya itu berlogokan "hak asasi manusia", "hak untuk
murtad", "kebebasan beragama", "Pluralisme aqidah (dan bukan sosial)",
"liberal", "feminisme" dan apa-apa sahaja, ianya tetap menjayakan agenda
"Islamiphobia".

Persoalan yang patut kita fikirkan, *"Kemanakah "Zidane" di Malaysia ini
untuk memperjuangkan hak Islam dan umat Islam?".* Jikalaulah Zidane sanggup
dilayangkan kad merah demi mempertahankan maruah ibunya, tidak adakah Zidane
di Malaysia ini untuk mempertahankan Islam?

*Viva la Zizou!*
**


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com




-- 
Visit my Islamic NBFI & Capital Market Blog
http://islamicfinance2u.blogspot.com or Site http://nbfi.tripod.com

Thanks & regards

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Acc (UK), Dip in Acc (UiTM), CUTE, CEILLI, PCEIA
Islamic NBFI & Unit Trust Consultant
*********************************************************************************
(013) 391-2695
[EMAIL PROTECTED]
*********************************************************************************
TAKAFUL http://nbfi.tripod.com/id3.html
ISLAMIC UNIT TRUST http://nbfi.tripod.com/id8.html
ISLAMIC ESTATE PLANNING http://nbfi.tripod.com/id9.html
HAJJ & UMRAH http://nbfi.tripod.com/id10.html
*********************************************************************************


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke