Asalamualaikum

:) Artikel dibawah ni rasa-rasanya akan di komen oleh golongan salafi 
melenium. Almaklum la artikel yang diambil dari Sheikh Sufi Sheikh Abdul 
Qadir Al-Jailani susah sikit nak diterima oleh golongan ini. Apa-apa pun 
buat peminat sufi silakan mebacanya.
------------------------------------------------------------------------

Ada empat jenis manusia dalam dunia ini

Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Mereka ini 
ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil 
yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka 
ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih 
sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta 
menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. 
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. 
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita 
minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah 
cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan

* Ilmu Ketuhanan,
* Guru kepada yang baik,
* Pembimbing kepada agama Allah,
* Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh 
kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang 
memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka 
menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah 
dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan 
Rasul-rasul.

Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli;

"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka 
itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

* Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
* Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari 
Allah.
* Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi 
mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.
* Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka 
sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
* Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.

Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang 
'Alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang 'Alim seperti itu. Oleh itu, 
larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, 
kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan 
apoi dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh 
kamu.

Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak 
ada lidah.

* Dia adalah seorang yang beriman.
* Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
* menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
* memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
* Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan 
yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang 
timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap 
banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan 
bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;

"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".

Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, 
sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam 
rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan 
diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada 
mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan 
orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat 
demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan 
dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan hamba-hambanya yang Sholeh.

Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang dijak ke dunia tidak 
nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;

'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan 
orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda 
Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan 
orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang 
lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir 
kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. 
Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan 
ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan 
pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan 
maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat 
bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa 
mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam 
golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan 
tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah 
orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh 
itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan 
dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan 
pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Jadi saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusi itu 
kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa 
diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri 
kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita 
menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan 
di akhirat kelak.

Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.



[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke