KENYATAAN RASMI PERBINCANGAN KHAS NGO-NGO ISLAM
MENGENAI ISU AZLINA JAILANI (LINA JOY) DAN ISU-ISU
ISLAM SEMASA
SIARAN MEDIA: 17 Julai 2006 / 21 JAMADIL AKHIR 1427H

Perbincangan khas di kalangan wakil-wakil NGO yang
beraspirasikan Islam telah berlangsung di Gombak, pada
hari Ahad 16 Julai 2006 (2:30 petang hingga 6:00
petang) untuk merangka sikap dan gerak kerja bersama
bagi menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan
kedudukan Islam di Malaysia. Mesyuarat tersebut
memutuskan untuk menubuhkan gabungan yang dinamakan
Pertubuhan-Pertubuhan (NGO) Pembela Islam (PEMBELA)
sebagai rangkaian gerak kerja bersama
pertubuhan-pertubuhan tersebut. 

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil lebih 50
buah pertubuhan beraspirasikan Islam termasuk Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM), Peguam Pembela Islam
(PPI), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Persatuan
Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Muslim Professional
Forum (MPF), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Teras
Pengupayaan Melayu (Teras), MUAFAKAT, badan-badan
pelajar dan lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO).
Ia turut dihadiri oleh wakil-wakil taman perumahan,
surau, masjid, para peguam, individu-individu yang
mendokong aspirasi yang sama, selain para peguam yang
terlibat secara langsung mengendalikan kes-kes
berkenaan permohonan keluar Islam di negara ini.

Mesyuarat ini digerakkan dari keprihatinan terhadap
beberapa kes-kes mahkamah yang melibatkan Islam yang
telah timbul akhir-akhir ini seperti kes Muhammad
[EMAIL PROTECTED], Azlina Jailani (Lina Joy) dan Meor
Atiqulrahman. Wujud kebimbangan dan ketidak-puasan
hati yang semakin memuncak di kalangan masyarakat
Islam di negara kita berkenaan dengan isu murtad serta
kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan perundangan
negara. 

Antara perkara penting yang diputuskan dalam mesyuarat
tersebut adalah seperti berikut:

• Menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap
masalah murtad di negara kita dan kesal dengan usaha
berterusan pihak-pihak tertentu bertujuan menggugat
kedudukan Islam di Malaysia melalui saluran
perundangan.

• Menegaskan bahawa persoalan status keIslaman dan
permohonan untuk keluar dari Islam adalah persoalan
yang harus diadili oleh para Hakim yang memahami
perundangan Islam di Mahkamah Syariah; dan bukan di
Mahkamah Sivil terutama apabila ia melibatkan para
Hakim bukan Islam.

• Masalah murtad perlu dipandang secara jujur dan
serius oleh semua pihak terutama kerajaan. Kami
percaya masalah ini boleh ditangani tanpa menimbulkan
sebarang kekecohan sekiranya ia ditangani dengan
bijak. Pihak kami bersedia untuk bekerjasama dengan
agensi kerajaan berkaitan bagi mengatasi masalah ini. 

• Menegaskan masalah murtad dan kedudukan istimewa
Islam adalah perkara yang amat sensitif di kalangan
umat Islam di negara ini dan memperingatkan sebarang
cubaan menggugat kedudukan ini akan mengguris perasaan
ramai pihak dan bakal mengganggu keharmonian dan
kerukunan masyarakat berbilang bangsa.

• Menyatakan rasa kesal di atas beberapa komentar yang
tidak sepatutnya dibuat dalam penghakiman kes Meor
Atiqulrahman Islam mengenai Rasulullah(saw) dan sunnah
memakai serban.

Mesyuarat juga telah menubuhkan jawatankuasa bertindak
yang akan menjalankan gerakan menangani masalah murtad
dan mengukuhkan kedudukan Islam dalam perundangan
negara. Kami mengalu-alukan sumbangan semua pihak
untuk menangani masalah ini dari semua sudut. 

PEMBELA bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak
untuk mengadakan majlis penerangan, dialog termasuk
dengan bukan Islam dan pertemuan dengan pemimpin
kerajaan bagi mencari penyelesaian bagi masalah
murtad. Kami juga dalam proses menyediakan memorandum
kepada para pemimpin kerajaan mengenai masalah murtad.

Sebarang sumbangan dan pertanyaan boleh ditujukan
kepada:
Pertubuhan-Pertubuhan (NGO) Pembela Islam (PEMBELA)
d/a Sekretariat Abim Pusat, 
Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur 
Tel: 03-6188 0300
Faks: 03-6189 6700
Email: [EMAIL PROTECTED]

YUSRI MOHAMAD
Presiden ABIM merangkap
Pengerusi Mesyuarat

http://www.abim.org.my/web/modules/news/article.php?storyid=732


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke