Assalamua'laikum wbth. Gabungan Anak-anak Asnaf (ANAS) mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumpang & penaja Siri program Kem Personaliti Remaja Putera Anak-Anak Asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim, miskin & terbiar. Program tersebut telah dijalankan di Janda Baik pada awal Julai yang lalu. Seramai 50 peserta remaja lelaki berumur 13-17 tahun menyertainya. Program tersebut cuba mendidik anak-anak ini dalam aspek membangunkan diri, potensi, hati, pemikiran, akhlak, ibadah dan masa depan. InsyaAllah, selepas ini para peserta akan mengikuti program mentor mentee secara bulanan mulai Ogos ini.
Kini, ANAS mempelawa kepada muslimin muslimat yang berhajat dan sudi untuk membiayai / menyumbang untuk program seterusnya iaitu Kem Personaliti Remaja untuk Puteri yang berumur antara 13-17 tahun. InsyaAllah program akan dijalan pada bulan Ogos. Untuk keterangan lanjut dan ingin membantu/menyumbang bolehlah menghubungi Koordinator Projek Pembangunan Pendidikan Anak-anak Asnaf, Sdr. Ghazali Maarof 019-333 8484. Wassalam. Mereka bertanya kepada kamu ya Muhammad tentang soal anak yatim. Katakanlah kepada mereka, memperbaiki keadaan mereka adalah lebih baik dan juga kamu bergaul dengan mereka samalah sepertimana kamu bergaul dengan saudara-saudara kamu sendiri. Allah mengetahui siapa yang suka membuat kerosakan dan siapa pula yang memperbaiki dan kalau dikehendaki nescaya menyempitkan kamu, bahawasanya Allah Maha kuasa lagi Bijaksana." Quran Surah al-Baqarah 2:220 FIRMAN Allah yang bermaksud: "Tahukah kamu (orang yang mendustakan agama, itulah orang-orang yang menindas anak-anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makanan kepada orang-orang miskin." (Surah Al Maun ayat 1-3). __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design. http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

