Seremban 21 Julai Dr Rosly Yaakop Pesuruhjaya PAS
Negeri Sembilan hari ini mengetuai demonstrasi
mengutuk serangan membuta tuli dan kekejaman rejim
Zionis Israel yang melancarkan serangan yang tidak
berperikemanusiaan di Palestin dan Lubnan. Laungan
Hancur Israel, Jahanam Israel, Hancur Amerika, Jahanam
Amerika bergema diperkarangan Masjid Jamek Ampangan,
Seremban semasa demonstrasi yang diadakan selepas
solat Jumaat. Dalam ucapannya beliau menyeru agar umat
Islam di Malaysia ini membantu rakyat Palestin dan
Lubnan yang sekarang ini saban hari menjadi sasaran
tentera pengganas Israel yang rakus. Disamping
mendoakan kejayaan dan keselamatan umat Islam di
Palestin dan Lubnan, umat Islam di Malaysia ini
haruslah juga membantu dari sudut kewangan, kerana
rakyat Palestin dan Lubnan amat memerlukan kewangan
untuk perubatan, makanan serta infrastruktur asas yang
rosak teruk.
Turut hadir dalam demonstrasi tersebut ialah beberapa
pimpinan peringkat perhubungan negeri dan dewan pemuda
antaranya Sdr Zulkefly Omar dan Us Ramli yang
merupakan Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya PAS
N.Sembilan, Sdr Hassan Ketua Penerangan PAS
N.Sembilan, Tn Hj Taufek Timbalan Ketua Pemuda PAS
N.Sembilan, Us Khairil Naib Ketua Pemuda PAS
N.Sembilan dan Us Azhar EXCO Pemuda PAS N.Sembilan.
Sementara itu Sdr Zulkefly Omar menyeru agar umat
Islam turun beramai-ramai untuk menyertai demonstrasi
besar-besaran dalam sejarah Malaysia pada 28 Julai
2006 nanti selepas solat Jumaat di Kedutaan Amerika
Syarikat , Kuala Lumpur untuk mengutuk dan membantah
serangan pengganas Israel yang tidak berhati perut.
Menurut beliau lagi demonstrasi kali ini menjangkakan
penyertaan lebih 100,000 umat Islam dari seluruh
Malaysia.
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Yahoo! Groups gets a make over. See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/XISQkA/lOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/