KENYATAAN RASMI HALUAN  
Thursday, 20 July 2006  
Akhir-akhir ini, kita dapat menyaksikan gelombang
kebangkitan rakyat Malaysia, khususnya yang beragama
Islam, bagi mempertahankan kepentingan agama yang
tercinta. Bicara isu-isu semasa tidak lagi berkisar
sesama para ulamak dan ahli akademik, malah ia telah
turut sama dibincangkan oleh orang-orang Islam di
segenap lapisan masyarakat. Di sana-sini terdengar
keluhan dan desakan agar kehormatan agama Islam tidak
dipersoalkan atau dicabar dalam apa jua segi
sekalipun. 

Isu-isu agama yang dimaksudkan ialah seperti cadangan
penubuhan Suruhanjaya Antara Agama, desakan-desakan
terhadap pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi
merendahkan martabat dan kedaulatan Mahkamah Syariah,
isu-isu anti hadis, murtad, kes Azalina Jailani dan
sebagainya. Kami percaya bahawa kesemua itu bukanlah
isu-isu peribadi beberapa individu semata-mata, malah
ia adalah suatu kesan pada tahap kemuncak yang
terakibat daripada penyebaran Pemikiran Islam Liberal
yang amat berleluasa di negara ini. 

Kami percaya bahawa Permikian Islam Liberal telah
menyuntik virus-virus di dalam sanubari masyarakat
Islam untuk meninggalkan pengamalan Islam yang
sebenar. Ia telah cuba memberi pentafsiran baru kepada
prinsip-prinsip agama yang sedia ada dan
menyesuaikannya dengan kehendak-kehendak diri sendiri
mengikut acuan barat yang menyimpang. Akibatnya,
terdapat ancaman-ancaman yang serius oleh
pendokong-pendokongnya bagi memperlekehkan kedudukan
agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. 

Dalam mengikuti perkembangan semasa ini, HALUAN turut
berkongsi rasa keprihatinan terhadap kemaslahatan dan
keharmonian agama Islam di negara ini. Untuk itu,
HALUAN telah menyertai rangkaian pertubuhan-pertubuhan
bukan kerajaan yang dinamakan Pertubuhan-Pertubuhan
(NGO) Pembela Islam (PEMBELA) bagi memberi sumbangan
ke arah memperdaulatkan kesucian agama Islam yang
tercinta. 

Buat masa ini, kami menyeru kepada semua lapisan
masyarakat Islam agar memperkukuhkan kefahaman dan
pengamalan agama masing-masing supaya ia menjadi
benteng daripada serangan-serangan Pemikiran Islam
Liberal ini. Kami juga mengajak anda semua agar
menjadi prihatin kepada agenda semasa dan seterusnya
membuat sumbangan-sumbangan yang bermakna ke arah
mempertahankan kedaulatan agama Islam selaku agama
rasmi negara. 

Setiausaha Agung 
HALUAN MALAYSIA
Dr. Hj. Azizan Ahmad
 
Layari www.haluan.org.my


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke