Utusan Malaysia 27 Julai 2006 (JANGAN LUPA DEMO
RAKSAKSA 28 JULAI DI KEDUTAAN AMERIKA LEPAS SOLAT
JUMAAT, UMNO, PAS, KEADILAN, ABIM, JIM, YADIM, PERKIM,
JAKIM, DAN LAIN-LAIN SEMUA TURUN. JAHANAM ISRAEL,
AMERIKA DAN SEKUTUNYA !)

IPOH 26 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Perak hari ini
membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat (AS)
sebagai tanda bantahan terhadap penindasan ke atas
rakyat Palestin dan Lebanon.

Sambil menyifatkan Israel dan AS sebagai musuh nombor
satu dunia, lebih 150 pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO
dari 24 bahagian melakukan tindakan itu di pekarangan
Dataran Bangunan UMNO Perak di sini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Zainol Fadzi Paharuddin yang
mengetuai acara membakar bendera beramai-ramai itu
turut melaungkan kata-kata ‘Jahanam Israel dan jahanam
Amerika’ sebagai tanda protes.

Mereka mendesak AS dan sekutunya supaya tidak
menggunakan kuasa veto yang berat sebelah dalam
menyelesaikan konflik di Gaza dan Tebing Barat dengan
mendesak Israel meninggalkan kawasan yang dicerobohi.

Di samping itu, mereka juga menggesa Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya tidak hanya berdiam
diri, sebaliknya menghantar pasukan pengaman ke Tebing
Barat serta-merta dan meneruskan usaha gencatan
senjata.

Menurut Zainol Fadzi, Pergerakan Pemuda UMNO negeri
juga mahukan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN
menyuarakan penentangan terhadap kezaliman Israel.

“Kami mahukan ketiga-tiga pertubuhan ini yang
dipengerusikan oleh Malaysia bersatu mendesak
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice
yang akan hadir ke Persidangan ASEAN di Kuala Lumpur
mempengaruhi Israel menghentikan kekejamannya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke