Assalamualaikum,
 
Gempabumi di Jogjakarta pada 27 Mei 2006 telah
memusnahkan 880 surau dan masjid. Umat Islam di
Jogjakarta ketika ini menghadapi masalah untuk
menunaikan solat secara berjamaah apatah lagi bulan
Ramadan, Syawal seterusnya Zulhijjah.

Yayasan Pembangunan Ummah dengan kerjasama Lembaga
Da'wah Al-Qolam Indonesia telah mengambil inisiatif
untuk mendirikan "MASJID DARURAT" yang dijangka boleh
bertahan selama lima tahun untuk membolehkan umat
Islam beribadah sementara menunggu masjid kekal yang
dijangka memakan masa yang amat lama untuk dibina
semula.
 
Pada 12 Julai 2006, Yayasan Pembangunan Ummah menerusi
Pengerusinya, Tuan Haji Mohd Anuar Tahir telah
menyerahkan bantuan yang telah disumbangkan oleh
rakan-rakan yang prihatin untuk mendirikan sebanyak
dua buah "Masjid Darurat" di bekas-bekas tapak masjid
yang runtuh di Jogja. 

Semasa lawatan ini kami dapati mubaligh-mubaligh
Kristian juga berhempas-pulas untuk mendirikan rumah
ibadat mereka di kawasan yang padat penduduknya dengan
umat Islam. Malahan disebuah perkampungan, kami
dimaklumkan bahawa 493 dari 500 keluarga Muslim telah
bersetuju untuk menerima tawaran untuk didirikan
rumah-rumah mereka semula yang telah runtuh akibat
gempabumi dengan syarat mereka menerima ajaran
Nasrani.
 
Kami juga telah melihat sendiri satu program yang
dijalankan oleh YAKKUM (Christian Foundation for
Public Heath) disebuah perkampungan di Jogja. Ketika
azan Maghrib berkumandang, khemah YAKKUM tersebut
dipenuhi oleh kanak-kanak Islam yang cukup terhibur
dengan program tersebut. Didalam program yang dipimpin
oleh mubaligh Kristian ini, kanak-kanak yang tidak
tahu apa-apa ini disogokkan dengan pelbagai dakyah
Kristian menerusi permainan, program dan aktiviti yang
menarik serta diberikan gula-gula dan makanan.
Kedengaran sekali-sekala kanak-kanak tersebut
bersama-sama dengan mubaligh Kristian tersebut
menjeritkan "Halelujah!!!....". Untuk keterangan
lanjut mengenai YAKKUM, sila lawat
http://www.yakkum.or.id/
 
Diatas kesedaran ini, Yayasan Pembangunan Ummah
bertekad untuk menambah pembinaan "Masjid Darurat" dan
sumbangan umat Islam di Malaysia amat diperlukan.
Yayasan Pembangunan Ummah juga berhasrat untuk
menjalin kerjasama dengan Gerakan Pemuda Islam
Indonesia (GPII) untuk menempatkan ahli-ahli muda
mereka disegala pelosok Jogja untuk membanteras
usaha-usaha mubaligh Kristian yang mengambil
kesempatan diatas kesusahan umat Islam di Jogja ketika
ini. 
 
Didalam temubual kami dengan ibu-ibu diperkampungan
tersebut, mereka mengatakan bahawa tiada apa-apa yang
boleh mereka lakukan atas usaha-usaha YAKKUM kerana
rata-rata mereka masih lagi dalam trauma dan kebuntuan
kerana rumah-rumah mereka telah hancur musnah sekali
dan tambahan pula kanak-kanak tersebut mendapat
makanan dan terhibur semasa program Halelujah mereka.

Yayasan Pembangunan Ummah amat mengharapkan kerjasama
tuan-tuan dan puan-puan selaku pimpinan didalam
masyarakat untuk sama-sama menggunakan rangkaian
masing-masing untuk mendapatkan dana untuk tujuan
tersebut. Segala sumbangan boleh diberikan terus
kepada pihak kami atau menerusi akaun berikut:
 
Yayasan Pembangunan Ummah
No. Akaun: 1204 7010 0200 20
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad, Petaling Jaya
 
Tuan-tuan dan puan-puan juga diharapkan dapat
menyumbangkan pemikiran dan idea untuk bagaimana
menghadapi permasalahan umat Islam di Jogja dan dalam
masa yang sama umat Islam di Malaysia wajar disedarkan
betapa seriusnya implikasi undang-undang atas dokongan
segolongan kumpulan liberal atau pemerintah yang
berfikiran dangkal yang mungkin memberi ruang kepada
pihak bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka
dinegara ini diatas prinsip kononnya kebebasan
beragama. 
 
Di Jogjakarta, kita menyaksikan kesusahan dan
kemiskinan di eksploitasi untuk pengembangan agama
mereka di kalangan umat Islam yang tertekan.
 
Umat Islam Jogja mengucapkan terima kasih diatas
sokongan dan sumbangan anda.
 
 
Mohamad Rafie Ab Malek
Ahli Majlis Pengurusan
Yayasan Pembangunan Ummah
[EMAIL PROTECTED]


     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke