Assalamualaikum,

Pohon kebenaran moderator.

Pihak PTS Millennia Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan buku milik penuh 
bumiputera yang mengkhusus kepada penerbitan buku-buku bacaan umum 
berbahasa Melayu sedang mencari calon-calon bagi mengisi kekosongan 
jawatan sebagai EDITOR PEROLEHAN di syarikat kami. Antara bidang tugas 
editor perolehan adalah :

    * Membuat penyelidikan dan pembinaan produk-produk buku PTS M
    * Membuat perolehan manuskrip baru daripada para penulis
    * Mencari dan membina penulis-penulis baru
    * Mereka konsep dan tema setiap produk buku
    * Menguruskan program pemasaran dan promosi


Antara kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan ini :

    * Berumur dalam lingkungan 23 hingga 30 tahun
    * memegang ijazah ataupun diploma dalam bidang kewartawanan, 
komunikasi, perniagaan, penerbitan dan bidang yang sewaktu dengannya 
(Graduan baru digalakkan memohon)
    * Calon wanita amat digalakkan memohon, namun begitu calon lelaki 
juga boleh memohon
    * Mempunyai personaliti menarik dan aktif
    * Mampu bekerja dengan baik dalam satu pasukan
    * Mempunyai kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang baik
    * Bersedia bekerja di luar kawasan. Calon mempunyai kenderaan 
mempunyai kelebihan
    * Calon yang pernah bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan dalam 
IPT dan luar mempunyai kelebihan


Sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi kami di talian 
03-41427413/16 bercakap dengan Cik Noor Hafizah ataupun Cik Nahddatun 
Nisa ataupun emailkan resume atau CV kepada [EMAIL PROTECTED] Anda 
juga boleh menghantarkan permohonan kepada alamat kami di

PTS Millennia Sdn Bhd
9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3,
53300 Wangsa Melawati,
Kuala Lumpur
No. Tel : 03-41427416/13
No. Faks : 03-41427415
email : [EMAIL PROTECTED]
Laman Web : http://www.ptsmillennia.com

Tarikh akhir tawaran ini adalah pada 25 hb. Ogos 2006. Terima kasih


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke