----- Original Message -----
Sent: Wednesday, August 16, 2006 2:36 PM
Subject: [al-Falaah] KITA SOKONG HIZBULLAH BUKAN SYIAH
 
kamin <[EMAIL PROTECTED]com> wrote:
KITA SOKONG HIZBULLAH BUKAN SYIAH

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sebelum episod Peperangan Teluk Pertama bermula, saya berada di
Jordan. Suasana ketika itu cukup panas. Saddam yang sebelum itu
dikenali sebagai seorang yang teramat zalim dalam sekelip mata
ditabalkan menjadi wira umat yang akan bertempur dengan syaitan besar
iaitu Amerika. Apatah lagi pabila Saddam meletakkan perkataaan 'Allahu
Akhbar' pada bendera Iraq. Khutbah-khutbah Jumaat begitu menggegarkan
di seluruh Timur Tengah dan dunia Islam. Nama Saddam yang merupakan
samseng semalam telah dianugerahkan 'Salahuddin Al-Ayubi Baru'.

Bahkan, dia dikatakan insan yang RasululLah s.a.w janjikan dalam
hadith-hadith baginda. Sehingga ada yang cuba mengkaitkan keturunannya
dengan keturunan RasululLah s.a.w. Pemimpin-pemimpin gerakan Islam
juga menuju ke Iraq. Saddam dipuji dan disanjung. Tiada siapa lagi
yang mempertikaikan akidah ba'ath yang dianut oleh Saddam. Tiada siapa
lagi yang mempertikaikan sosialisme Saddam. Tiada siapa lagi yang
bertanya tentang darah-darah para ulama yang dibunuh zalim oleh
Saddam. Bahkan semua kejahatannya dibela oleh berbagai pihak dengan
berbagai ungkapan yang menghiasi kalam. Ketika itu juga sikap dan
pendirian al-Ikhwan al-Muslimin berpecah di peringkat antarabangsa.
Negara yang terlebih semangat seperti di Jordan, para pemimpin Ikhwan
mengangkat nama Saddam. Namun pemimpin mereka di Iraq yang telah lama
merasai kejahatan dan kezaliman yang tidak terperi dari Saddam enggan
mempercayai penuh watak baru Saddam. Apa pun yang berlaku, pusingan
Perang Teluk Pertama tamat, Saddam tidak tumbang. Saddam juga tidak
banyak berubah. Tapi, Perang Teluk Kedua sekali lagi mengangkat
namanya. Seperti juga cerita semalam ketika perang Teluk Pertama.
Ramai ulama berfatwa. "Dosa dan akidah Saddam jangan ditanya,
menentang musuh itulah yang lebih utama". Kita semua setuju.
Berkalungan doa untuk Iraq dan Saddam setiap waktu. Sehinggalah dia
dijatuhkan dalam edisi perang tersebut oleh Amerika yang merupakan
syaitan lagi dajjal itu.

Hari ini ramai yang sudah melupai Saddam. Namanya sudah tidak
kedengaran lagi. Dia disanjung ketika bersenjata dan perwira, dan
dilupai ketika dipenjara dan dihina. Begitulah kita dan pendirian
kita. Namun satu hakikat yang tidak boleh siapa pun nafikan;
Amerikalah yang memberikan kekuatan dan kuasa kepada Saddam dan
Amerikalah juga yang menjatuhkannya.

Episod baru di Timur Tengah bermula. Dajjal Amerika mempunyai
perancangannya yang sentiasa jahat. Bermula dengan pembunuhan Hariri,
presiden Lebanon, dihambat keluar kuasa Syria dari Lebanon sehinggalah
dicetuskan peperangan yang akan ditamatkan nanti. Isu nuklear Iran
dibangkitkan sebelum itu. Isu itu juga dipadamkan dengan isu baru.
Seperti mana perang Lebanon memadamkan tumpuan kepada jihad di
Pelestin dan kejahatan Yahudi yang menculik dan menangkap pimpinan
kerajaan Hamas. Nama pimpinan Hamas yang tulus berjuang dilupakan.
Kini, Nama Hasan Nasr ALLAH pula kedengaran sebagai wira baru. Dia
ditabalkan dengan lebih bersih. Nilai-nilai pengganas atau terorism
kurang dilekatkan kepadanya. Tidak seperti Usamah bin Laden yang
ditakuti itu, atau Mullah 'Umar yang berperang mempertahankan
Afghanistan. Kedua-duanya dianggap pengganas yang merbahaya tanpa
tolok bandingnya. Watak Hasan Nasr ALLAH lebih indah dan media lebih
memberikan nilai-nilai tambah untuknya. Siapa di sebalik drama baru
ini kita tidak pasti. Sekalipun kita amat menyokong setiap penentangan
terhadap regim zionist Israel, atas apa logo sekalipun. Zionist adalah
paksi kejahatan. Sesiapa menentangnya maka layak digelar wira. Namun
kita perlu berhati-hati..agar pisang tidak berbuah dua kali..

Seperti Perang Teluk, Perang Lebanon juga mencetuskan beberapa sikap
dan tindak balas. Ada yang enggan menyokong sama sekali kerana
Hizbullah itu syiah. Saya katakan ini sikap yang kurang wajar dalam
suasana kita kekurangan wira untuk menentang zionist. Kebencian tidak
boleh menyebabkan kita melakukan kezaliman. Syiah bagi kita
menyeleweng, namun kita tidak kafirnya sekalipun kebanyakan fatwa
mereka mengkafirkan kita. Melainkan sesiapa di kalangan mereka yang
terbukti kufur disebabkan tindakan atau kepercayaan tertentu. Sama
juga orang sunni jika menyeleweng dari batasan iman. Fekah Islam tidak
melarang berperang di belakang pemimpin yang fasik dan zalim selagi
yang diperangi itu golongan kuffar yang menentang Islam. Bahkan
keadaan sekarang menuntut kesatuan suara dalam menghadapi Yahudi.
Hizbullah sedangkan melakukan hal itu. Seperti Hamas yang sekian lama
sudah melakukannya. Cuma mereka kurang dipuji kerana kurang senjata.
Puncanya pengkhianatan pimpinan Arab yang ada. Adapun Hizbullah,
senjata mereka cukup. Walaupun baru bertempur, namanya cukup-cukup
disebut.

Ada pula yang terlajak sehingga menganggap segala ajaran Syiah boleh
diterima pakai. Ini lebih melampau. Di Malaysia, aktivis Syiah bukan
sahaja mengangkat gambar Hasan Nasr ALLAH, gambar pimpinan Syiah yang
lain turut diangkat. Bukan itu sahaja, kafir mengkafir sahabat atau
penghinaan termasuk terhadap Abu Bakr dan 'Umar sudah kian berani.
Email-email groups kian aktif mengedarkan fikrah ini. Jika sebahagian
kepercayaan ini diterima mudah, runtuhlah bentang-bentang Islam yang
telah dibina. Mereka ini memang betul-betul mengambil kesempatan. Jika
benteng kota Lebanon roboh, apakah kita ingin robohkan juga kota
akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang ada?!!

Saya seorang yang terbuka dengan kebebasan fikir. Namun kebebasan ini
hendaklah tidak membawa kepada keruntuhan prinsip. Ada yang kata
kepada saya: "Dr, kita orang sunni tidak melawan dengan Amerika dan
kuffar, ahli sunnah sudah tidak relevan lagi..Syiah saje yang berani
sekarang". Saya katakan; kita sanjung penentangan mereka. Apatah lagi
rekod Hizbullah juga mendorong ke arah itu. Namun kenyataan yang
menyebut orang sunni tidak menentang Amerika dan kuffar sudah
melampau. Siapa yang menghalau Rusia keluar dari Afghanistan? Siapa
yang membantu mujahidin ketika itu? Siapa yang berperang di Kasymir?
Siapa yang berperang Chechnya? Siapa yang berperang di Iraq sehingga
hari ini?. lebih penting, siapa yang sedang berjihad di Palestin yang
sedang lupai sekarang akibat isu Lebanon. Begitulah adanya kita,
apabila dibuat serangan baru, kita lupa serangan lalu..kita lupa
Afghanistan, kita lupa Iraq, kita lupa Chechnya, kita lupa
Palestin..kita lupa..kita lupa..

Cumanya pusingan dalam masa sehari dua ini, nama Hizbullah
diperkatakan. Walaupun ketika artikel ditulis pemimpin Hizbullah baru
sahaja menyebut kesediaan untuk genjatan senjata. Kita tidak tahu apa
pula episodnya selepas ini. Namun, kita melihat Hizbullah sebagai
Hizbullah. Kita enggan menyalahkannya dalam perkara yang mereka tidak
lakukan. Walaupun hati kita amat terluka dengan pembunuhan kaum sunni
oleh Syiah Iraq yang saban waktu dan belum lagi tamat hingga hari.
Sekalipun para ulama termasuk al-Qaradawi meminta agar fatwa
dikeluarkan oleh ulama Syiah mengharamkan perbuatan itu, namun mereka
hanya mendiamkan diri. Tetapi dosa Iraq tidak patut untuk ditanggung
oleh Lebanon. Maka seruan membantu perjuangan Hizbullah kita laungkan.
Namun kita selalu meminta semua pihak berhati-hati. Banyak sendiwara
dunia yang kita belum cukup faham mengenainya. Dan kita pula tidak
boleh menghukum apa yang kita tidak tahu.

Kita belum mendengar Hasan Nasr Allah mengutuk dan menghina sahabat
seperti yang dilakukan oleh Khomeni dan tokoh-tokoh Syiah yang lain.
Kita tidak boleh menuduh sehingga terbukti. Namun kita berhati-hati.
Kaum sunni di Lebanon bekerjasama dengan Hizbullah. Namun mereka
berhati-hati. Kita juga perlu berhati-hati di samping terus menyokong
mereka..Allah mencerita pendirian orang mukminin dalam Perang
Rom-Parsi dalam surah al-Rum (maksudnya):1. Alif, Laam, Miim.(2).
Orang-orang Rom telah dikalahkan -(3). Di bumi yang paling rendah
(permukaannya); dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan
lawannya -(4). Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. kepada
pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya
dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom)
itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -

Ya! Orang mukmin gembira dengan kemenangan Rom. Rom lebih dekat
pegangannya dengan golongan beriman jika dibandingkan dengan Parsi.
Namun orang mukmin tidak berkempen menganut agama Rom. Bahkan akhir
tentera Islam menguasai Rom.

Saya secara peribadi tidak pernah terikat dengan fatwa mana-mana
negara atau ulama. Tidak Arab Saudi, tidak juga Iran. Entah berapa
banyak pendapat ulama-ulama dari Arab Saudi yang kita bangkang. Saya
baru saje turut membentangkan kertas kerja di UIA, dalam satu seminar
antarabangsa yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh ulama Syiah termasuk
Ayatullah Taskhiri dari Iran. Saya mendengar pendapat yang baik dan
menapis apa yang menyanggahi pegangan generasi awal Islam yang terdiri
dari para sahabah dan tabi'in dan atba' al-Tabi'in. Agama bukan
sekadar berpolitik di dunia, tetapi keselamatan diri di akhirat.
Penilaian kita hendaklah bersifat penilaian akhirat sebelum penilian
dunia.

Malangnya ada yang mengambil kesempatan menuduh al-Syeikh Ibn Jibrin
membuat fatwa yang tidak sesuai dengan waktu tentang Hizbullah.
Pro-tehran di Malaysia memukul gong Syiah mengambil kesempatan isu
tersebut. Fatwa itu sebenarnya fatwa empat tahun lepas. Al-Syeikh Ibn
Jibrin berkata : Sesungguhnya fatwa tersebut tidak berkaitan dengan
Hizbullah sama sekali. Akan tetapi ia berkaitan Rafidhah yang
menganggap Ahl al-Sunnah sebagai kafir. Mereka (Rafidhah) juga
mengkafirkan para sahabat Nabi saw -ridwanullah 'alaihim- dan mereka
mencela al-Quran dengan mendakwa bahawa al-Quran telah berlaku
perubahan dan ada kekurangan. (mereka menganggap) ada yang dibuang
daripada al-Quran yang bersangkutan tentang Ali Bait (ahli keluarga
Nabi saw).." Jika dilihat secara keseluruhan, ulasan terbaru beliau
senada dengan apa yang saya tulis untuk menyokong Hizbullah dalam
peperangan tersebut. Lihat penjelasan ini dalam Islamonline. Namun
benar jika ada pendapat beliau tidak serasi dengan nas dan tuntutan
politik semasa, kita berhak membangkang dan tidak bersetuju dengannya.

Ahli Sunnah di Iran telah menyokong perjuangan Khomeini menegakkan
revolusinya. Kerana ia penilaian wajar ketika itu. Sekalipun selepas
itu mereka ditindas dan dibunuh. Namun mereka tidak meratap atas
sokongan lepas. Ini kerana pendirian itu dibuat sesuai dengan suasana
dan tuntutan masa. Hal yang sama berlaku kepada gerakan Islam di
Mesir. Jamal 'Abd Nasir pernah berperang menentang Israel dan menang.
Dia dibantu oleh pejuang-pejuang gerakan Islam. Lebih hebat ada yang
menulis sejarahnya dengan menyebut 'he was strongest enemy to
zionism'. Namun beliau jugalah yang selepas itu membunuh para pejuang
gerakan Islam termasuk Syed Qutb, 'Abd al-Qadir 'Audah dan lain-lain.
Namun sokongan yang benar tidak pernah dikesali.

Kita wajar sentiasa berhati-hati dalam sikap dan melihat masa depan.
Kita doakan kemenangan Hizbullah jika mereka benar-benar berjuang
menentang Yahudi. Kita sokong senjatanya. Namun kita tidak sokong
akidah Syiah. Harus dibezakan dua hal tersebut. Dalam musim ramai
orang dikatakan ingin murtad, adakah wajar kita juga menuduh para
sahabah kesemuanya telah murtad melainkan beberapa orang sahaja?!!
Katakan tidak untuk Syiah!!

Apa yang menjadi masalah ialah perang di Lebanon diambil kesempatan
oleh pencerca para sahabah di Malaysia.Yang menullis email mengedarkan
akidah Syiah. Demikian yang berceramah. Begitu juga seorang penulis
sastera mereka. Semakin berani menonjolkan akidah syiahnya.

Beritahu mereka kita ada sempadan yang jelas..kita pernah sokong
Saddam bukan ba'athnya, kita pernah sokong Jamal 'Abd Nasir, bukan
sosialisnya, kita sokong Bin Laden bukan keganasannya... Maka kita
sokong Hizbullah bukan Syiahnya!!!


---------------------------------

__._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.

Kirim email ke