Utusan Malaysia 18 Ogos 2006 Oleh Sadatul Mahiran Rosli (Mari kita semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia sama-sama berdoa) KUALA LUMPUR 17 Ogos Seorang ibu yang akan menunaikan umrah di Mekah merayu anaknya, Azlina Jailani atau Lina Joy, 42, yang mengaku murtad, kembali semula ke pangkuan Islam.
Ini adalah amanat dan harapan mak sebelum mak bertolak menunaikan umrah. Alin, baliklah ke pangkal jalan dan bertaubat, rayu ibu itu yang mahu dikenali sebagai Mak Som kepada Azlina dalam satu pertemuan dengan pemberita di sini hari ini. Mak Som yang akan menunaikan umrah di Mekah minggu ini akan berdoa supaya Alin dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Menurut Mak Som, keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya walaupun keadaannya telah berubah. Saya tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali merestui anak saya murtad. Saya telah mendidik anak saya sebagai orang Islam dan dia masih beragama Islam, katanya dengan nada sedih. Mak Som membuat pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan keluarga merestui Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki. Hadir sama dalam pertemuan yang diaturkan oleh Majlis Perundingan Wanita Islam dan Mothers in Iman itu ialah dua adik-beradik Azlina dan jirannya. Tambah Mak Som, Azlina merupakan anak ketiga daripada enam beradik telah cukup diberi pendidikan agama sejak kecil. Alin pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya meninggal dunia, dialah yang membaca Yasin. Dia juga berpuasa dan sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa, jelasnya. Mak Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan keluarganya melalui telefon atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari Raya tahun lalu, dia balik ke rumah meraikan bersama-sama. Hanya setelah Alin pindah ke Sarawak hampir dua bulan lalu, mak cik tidak berjumpa dengannya, katanya. Sementara itu, menurut jurucakap keluarga itu, tindakan Azlina untuk keluar dari Islam dan memeluk agama lain sejak 1998 adalah suatu keputusan yang tidakpernah diduga keluarganya. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang ke pangkuan mereka. Kami telah pujuk dia secara baik dan diplomasi, malah dia juga pernah diberi nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi surat untuk menghadiri kaunseling, namun dia tidak menghadirinya, katanya. Beliau sebagai wakil keluarga berharap rayuan ibu dan keluarganya mendapat perhatian Azlina. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

