Dalam satu taklimat yang diberikan oleh seorang doktor
perubatan yang baru pulang dari Lubnan dalam misi
bantuan kemanusiaan , kesimpulannya ialah :
1. Pimpinan Hamas dan Hizbullah berpesan kepada umat
Islam di Malaysia apa yang penting ialah umat Islam di
Malaysia berdoa untuk keselamatan, kejayaan dan
kemenangan Islam di Palestin, Lubnan dan seterusnya.
2. Jika umat Islam di Malaysia ingin membantu
hulurkanlah bantuan kewangan untuk misi perubatan dan
kemanusiaan merawat begitu ramai rakyat awam Palestin
dan Lubnan yang sengsara, sakit, kebuluran akibat
serangan ganas setiap hari rejim zionis. Anak-anak
Palestin dan Lubnan tidak dapat bersekolah kerana
sekolah dan jalan di bom.
3. Umat Islam di Malaysia ini tak perlulah hendak
berjihad untuk melawan tentera Israel disana, kerana
bukan mudah untuk menjadi pejuang Hamas atau
Hizbullah. Mereka mempunyai tapisan yang rapi. Mereka
perlu terlebih dahulu memperkuat ibadah solat, solat
sunat, puasa sunat, qiamullail, baca quran dan banyak
lagi. Selepas 5 tahun barulah mereka tahu samada
mereka lulus untuk menjadi pejuang. Dalam satu satu
pertempuran di Lubnan 17 tentera Hizbullah telah
berjaya mengusir 3,000 tentera Israel dengan izin
Allah.
4. Oleh itu umat Islam di Malaysia perlu balik kepada
yang asas, iaitu solat 5 waktu yang wajib, kemudian
barulah pergi kepada yang sunat. Masjid-masjid dan
surau-surau haruslah dihidupkan dengan kuliah-kuliah
agama, halaqah Al Quran, bacaan yasin, kenduri
kendara, segala aktiviti masyarakat dan banyak lagi.
5. Disamping berdoa dan menghulurkan bantuan
kemanusiaan, umat Islam di Malaysia juga disaran
memboikot segala barangan dan perkhidmatan syarikat
Israel dan Amerika.
6. Mengadakan demonstrasi aman dan edaran risalah dan
bantahan dari masa ke semasa.
Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
Syarak Mengata , Adat Menurut
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/