Pusat-pusat hiburan, kelab malam punca utama Aids    

Oleh Sahar Abdul Majid  KOTA KINABALU, 24 Ogos (Hrkh)
- Penyebaran Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV)
yang didakwa berpunca dari pergaulan bebas terutama di
pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam merupakan
fakta yang jelas menyumbang kepada penyebaran penyakit
Aids di negara ini .

Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Queen Elizabeth
(QEH), Dr Timothy William membuat pendedahan itu dalam
“Forum Awam Mengenai HIV/Aids”, yang dianjurkan oleh
Persatuan Perkhidmatan Sokongan Aids Kota Kinabalu
(Kasih), di Hotel Beverly dekat sini baru-baru ini.

Beliau mendakwa, kewujudan kelab-kelab malam, karaoke,
pusat-pusat hiburan yang berleluasa dan hotel-hotel
kecil yang menawarkan perkhidmatan seks komersil,
membuka ruang seluas-luasnya untuk jangkitan penyakit
itu.

“Orang ramai harus menyedari bahawa di Sabah, adalah
sangat berbahaya untuk melakukan seks tidak selamat
dengan pekerja seks komersil atau yang dipanggil
Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) di pusat-pusat
hiburan ini.

“Para suami atau lelaki yang kerap berkunjung ke
tempat-tempat ini untuk melakukan seks adalah tidak
selamat dan terdedah kepada bahaya mendapat jangkitan
HIV/Aids. Ramai GRO turut bekerja sebagai pelacur dan
ini adalah fakta yang diketahui,”jelas Dr Timothy.

Dr Timothy turut menegaskan bahawa pesakit yang
dijangkiti HIV/Aids di negeri ini tidak mendapatnya
dari Semenanjung Malaysia, Filipina atau Thailand
tetapi di Sabah sendiri khususnya di ibu negeri.

Beliau juga berkata, penyakit itu juga kini sedang
menular ke desa-desa dan kampung-kampung ekoran
penduduk yang dijangkiti di kawasan bandar kemudiannya
membawa pulang penyakit itu ke kampung masing-masing.

“Tiga hingga empat tahun dulu, ramai penghidap HIV
adalah dari Kota Kinabalu, tetapi kini penyakit
berbahaya itu telah menular ke kampung-kampung”
katanya.

Menurutnya lagi, pekan-pekan yang terjejas termasuk
Penampang, Papar, Kudat, Tuaran, Kota Belud, Beaufort,
Kota Marudu, Ranau dan Kunak.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, beliau
mendedahkan, statistik menunjukkan bahawa jangkitan
HIV yang dilaporkan di Malaysia sejak 1986 hingga
penghujung 2005 berjumlah 70,559 orang melibatkan
65,345 lelaki dan 5,214 adalah wanita.

Dalam kajian itu, kebanyakan kumpulan yang paling
terdedah ialah mereka yang berumur antara 20 dan 40
tahun dan terdapat 619 kanak-kanak yang tidak berdosa
turut dijangkiti HIV itu pada tempoh yang sama

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=3929&Itemid=29



     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke