Ariff Budiman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:


MOTIVASI MUTIARA  DR  DANIAL ZAINAL ABIDIN
 KEMERDEKAAN & REALITI TELEVISION
Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Tiga atau empat hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan. Kita akan mengibarkan Jalur Gemilang. Kita hendak bertempit Merdeka!! Merdeka!!Merdeka!! tetapi jangan kita lupakan bahawa kemerdekaan bukan hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, bertempit merdeka. Ia lebih daripada itu. Ia merupakan sambutan syukur dan bukan sambutan menyanyi terkinja-kinja bersama artis-artis popular. Ia merupakan sambutan syukur bukan sekadar kita berseronok dan berhibur tetapi ia merupakan sambutan syukur.
          Syukur kepada siapa. Syukur kepada Allah swt sebab secara hakikinya Allah sahajalah yang mengizinkan kita mengecapi kemerdekaan ini. Tanpa izin Allah, kita merempat dan masih berada di takok lama. Sewajarnya kita sambut kemerdekaan dengan kesyukuran, sujud, sembah dan juga pengabdian kepada Allah. Tetapi ramai kita lupa tentang aspek ini. Kita lupa perkara utama iaitu bersyukur kepada Allah. Kita utamakan perkara yang kurang utama iaitu berseronok dan berhibur di samping mengibarkan Jalur Gemilang.
          Tuan-tuan & puan-puan yang di muliakan, minggu ini ialah minggu kemerdekaan. Sayangnya television kita tidak begitu ghairah tentang kemerdekaan apatah lagi hendak di kaitkan dengan kesyukuran. Saya tertarik dengan Mingguan Malaysia semalam yang bertarikh 27 Ogos 2006. Yang menarik perhatian saya ialah hasil tulisan yang bertajuk, “ Inikah realiti television ” oleh Ku Seman Ku Hussain. Beliau mengatakan minggu ini TV3 nampaknya berebut-rebutan sedikit dengan RTM. TV3 milik Media Prima akan menyiarkan liputan majlis perkahwinan artis dengan seorang datuk. RTM pula telah bekerjasama dengan ASTRO untuk mengumum dan menyiarkan satu program yang kononnya mempertemukan Mawi dengan Ina.
            Berebut-rebutan nampaknya TV3 dan RTM. Hebat nampaknya. Tetapi saya tertarik dengan komen dari Ku Seman Ku Hussain. Beliau menulis, “ Apakah pemikiran masyarakat akan berubah apabila majlis perkahwinan artis di beri keutamaan bertaraf nasional. Begitu juga dengan isu putus tunang diantara Mawi dan Ina. Apakah program ini memberi sumbangan mengecilkan permasalahan sosial di kalangan remaja yang gawat pada hari ini. Apakah perkahwinan artis satu maklumat penting yang mesti di sampaikan kepada penonton ”.
             Satu pertanyaan yang menarik oleh Ku Seman Ku Hussain. Bagi saya, saya bersedih jika media kita seperti ini. Isu gawat sedang menghadapi bangsa melayu. Isu murtad, isu wanita melayu mengandung anak luar nikah di tahap yang membimbangkan seperti yang di laporkan oleh The New Sunday Times bertarikh 20 Ogos 06 baru-baru ini. Isu 65% yang terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah dari kalangan bangsa melayu, 77% dari kalangan yang mengandung anak luar nikah ialah wanita-wanita melayu. Bangsa melayu berada di tahap yang gawat ketika kita menyambut hari kemerdekaan ke 49 bagi tahun 2006.
             Semalam PM telah menegur tentang pembanggunan di Pulau Pinang yang nampaknya telah meminggirkan melayu. Melayu ada masalah. Tiba-tiba berita dan media lebih menggahkan tentang artis berkahwin dan artis putus tunang. Malam ini saya akan tutup kesemua tv. Saya hendak membaca quran. Saya hendak terus menulis buku dan saya akan bercakap dengan keluarga saya tentang jangan jadi melayu yang ada bangsa dan takutnya menjadi bangsat. Saya hendak berkata kepada anak-anak saya kuasailah ilmu. Jadikanlah cendekiawan ilmuan sebagai idola. Jangan jadikan artis sebagai idolamu. Berbanggalah dengan Malaysia yang merdeka tetapi kebanggaanmu bukan kebanggaan bertunjangkan artis tetapi bertunjangkan agama.
               Itu yang hendak saya sebutkan. Semoga bangsa saya, bangsa yang mulia dan semoga bangsa saya yang bernama melayu ini akan menjadi satu bangsa yang di contohi. Saya mengharapkan kita, tuan-tuan & puan-puan disaat kita menyambut hari kemerdekaan bagi tahun ke- 49 ini, marilah kita sambut dengan syukur. Kita sambut dengan kesedaran bahawa kerja kita masih banyak dan kesemua kita kena memainkan peranan. Jika anda pemimpin melayu jangan hanya pentingkan perut dan kocek anda. Minta maaf Dr Danial menegur anda. Sebab saya menganggap anda seperti orang lain yang ada perut dan kocek. Jangan hanya pentingkan itu. Jangan bila ada melihat orang pandai, cerdik sedikit anda hendak pijak supaya dia jatuh.
              Itu untuk pemimpin. Untuk ahli agama jangan hanya ajar agama sekadar an in un, ban bin bun dan cara mandi wajib dan angkat hadas kecil. Naikkanlah martabat agama ke tahap yang sebenarnya. Menjadikan agama sebagai satu wadah yang mampu menyelesaikan masalah, yang mampu menggarap isu-isu besar secara yang betul. Jika anda sebagai ibubapa jadikanlah diri anda dan kita, ibubapa yang professional. Bukan hanya menjadi ibubapa yang mengira anak tetapi ibubapa professional yang mampu mendidik anak. Semoga insyaallah di pagi Isnin yang permai ini, di minggu kemerdekaan ini mari kita sentakkan diri kita ke arah keinsafan dan jangan tertipu dengan panorama-panorama yang seolah-olahnya seperti  fatamorgana di tengah padang pasir.
              Ya Allah Ya Tuhan. Selamatkanlah bangsa ini dan Ya Allah Ya Tuhan jadikanlah umat islam di Malaysia ini, umat islam yang peka. Amin Ya Rabbal Alamin.
Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 28 Ogos 2006, hari Isnin jam 7.30 pagi di Mutiara FM pulau Pinang 95.7 mhz.


Talk is cheap. Use Yahoo! Messenger to make PC-to-Phone calls. Great rates starting at 1¢/min. __._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke