SOAL :
Ustadz, apa hukumnya ikut upacara bendera dan menjadi pembina upacara?
 
JAWAB :
Untuk menjawab pertanyaan di atas, ada sebuah kaedah fiqh yang mesti difahami. Kaedah itu ialah "al-wasilah ila al-haram haram" (segala perantaraan yang membawa pada yang haram, hukumnya haram juga) (An-Nabhani, Asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyah, III/440).
 
Kaedah fiqh ini bererti, tatkala syariah mengharamkan sesuatu, maka syariah juga mengharamkan segala wasilah (perantaraan/jalan/sarana) yang kemungkinan besar (ghalabathuzh zhann) akan mengakibatkan munculnya sesuatu yang haram itu. Segala perantaraan itu hukumnya jadi haram, baik ia berupa perbuatan (al-af’aal) mahupun benda (al-asy-yaa`), meskipun tidak terdapat nash syar’i khusus yang mengharamkannya.
 
Contohnya, syariah telah mengharamkan zina (QS 17:32). Maka haram pula segala macam perantaraan yang diduga kuat akan menimbulkan zina, seperti menyewakan bilik atau rumah kepada pasangan bukan suami-isteri. Contoh lainnya, syariah telah mengharamkan arak (QS 5:90). Maka haram pula segala macam perantaraan yang kemungkinan besar akan mengakibatkan konsumsi arak, seperti menjual buah-buahan atau biji-bijian tertentu kepada pihak yang diketahui akan mengolahnya menjadi arak.
 
Seperti diketahui, Islam telah mengharamkan perbuatan menyeru kepada ‘ashabiyah. ‘Ashabiyah adalah segala fanatisme golongan/kelompok, seperti fanatisme kesukuan, fanatisme mazhab, fanatisme kebangsaan (nasionalisme), dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda,
 
"Bukan termasuk golongan kami, siapa sahaja yang menyeru kepada ‘ashabiyah." (HR Abu Daud, hadis hasan) (Imam Suyuthi, Al-Jami’ush Shaghir, II/138).
 
Maka dari itu, haram juga hukumnya segala macam jalan atau sarana yang mengantarkan pada perbuatan menyeru kepada ‘ashabiyah, seperti upacara bendera atau menjadi pembina upacara. Sebab upacara bendera yang dilaksanakan di Dunia Islam saat ini, tiada lain adalah sarana atau jalan untuk menyeru dan menanamkan fahaman nasionalisme. Padahal Islam tidak pernah mengajarkan dan membenarkan fahaman nasionalisme. Fahaman nasionalisme sebenarnya berasal dari negara-negara kafir penjajah. Fahaman ini sengaja dihembuskan kepada Dunia Islam untuk memecah belah kaum muslimin yang sebelumnya bersatu dalam satu kekhilafahan (Taqiyuddin an-Nabhani, Piagam Umat Islam, hal. 20-22).
 
Akan tetapi jika terdapat paksaan (ikrah), syara’ memberikan rukhsah (keringanan). Tidak apa-apa melaksanakan upacara bendera jika terdapat paksaan selama hati kita tetap tidak setuju.
 
Rasulullah SAW pada saat masih di Makkah (sebelum hijrah) seringkali terpaksa menerima keadaan yang ada, walau pun keadaan itu bertentangan dengan Islam. Saat itu, di sekitar Ka’bah terdapat banyak sekali berhala-berhala sembahan kafir Quraisy. Rasulullah SAW tidak melakukan tindakan apa-apa, lantaran beliau dalam keadaan tertindas dan dipaksa oleh sistem jahiliyah.
 
Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku tindakan yang tersalah (tidak sengaja), lupa, dan yang mereka dipaksa melakukannya." (HR Ibnu Majah & al-Baihaqi).
 
Wallahu a'lam
 


Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail. __._,_.___

///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke